Posts

Book Review #31: Stigma

Image
Tajuk : Stigma Penulis : Muharikah Penerbit : Iman Publication
Bagaimana jika seseorang tahu mencintai 'Si Dia' itu bukan fitrahnya, tapi perasaan itu tak mampu dibendung?
Ulasan Buku LGBTQ satu isu yang hangat diperkatakan di media masa mahupun di sosial media. Begitu banyak kecaman serta kebencian ditonjolkan oleh masyarat terhadap golongan ini. Tidak dinafikan perbuatan mereka ini menyalahi hukum agama dan cukup dimurkai Allah. Namun dari perspektif yang lain pula salah satu sebab kewujudan mereka ini juga berpunca dari stigma yang terdapat di dalam masyarakat kita. 
Novel Stigma ini menceritakan kehidupan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh golongan yang bergelumang dengan kehidupan LGBTQ. Bak kata penulis novel ini, terbitnya novel ini bukan untuk memenangkan satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain tetapi lebih membuka ruang diskusi bagi merungkai masalah yang ada.
Bermula dengan kisah Iman Syahirah yang bertugas sebagai seorang doktor di wad penyakit berjangkit. Tugas dan…

Fakta menarik tentang si pembaca buku

Image
Seorang yang mempunyai empati dalam diri.
Bila membaca, pelbagai karakter dan keadaan akan dilalui. Gembira, sedih, marah, kecewa, simpati, bertolak ansur dan bermacam-macam lagi pasti dirasai oleh seorang pembaca. Ini membantu meningkatkan empati dalam diri.
Seorang yang menghargai masa bersendirian.
Jika ada ruang masa yang menyebabkannya dia berseorangan, itu bukan satu masalah. Buku teman setia, pasti masa berlalu dengan pantas sekali. 
Seorang yang berpandangan jauh.
Membaca umpama satu pengembaraan mencari ilmu. Semakin banyak buku yang dibaca, semakin luas fikiran akan dibuka. Aktiviti membaca juga membantu menajamkan minda untuk menganalisis sesuatu keadaan dan memberi cadangan yang baik.
Seorang yang suka melakukan aktiviti positif.
Membaca adalah salah satu aktiviti yang positif. Seorang yang suka membaca pasti tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah dan aktiviti yang berunsur negatif.



Seorang pendengar yang baik.
Apabila membaca, ia memerlukan daya t…

[INFO] Apabila doktor menulis.

Image
1) Dr. Muharikah -  Stigma
Tema yang diketengahkan dalam novel adalah satu tema yang agak kontroversial. Isu LGBTQ yang mana turut sinonim dengan penyakit HIV dan Aids. Kisah di dalam buku ini cuba memberi gambaran tentang kehidupan golongan ini (Gay dan Lesbian) dan struggles yang mereka perlu hadapi. Masyarakat perlu membuang segala persepsi dan stigma agar dapat membantu mereka kembali kepada fitrah.Dr. Iman dan Dr. Faris , dua orang doktor muda yang sering kali berhadapan dengan penghidap HIV. Pesakit yang paling kerap mereka temui adalah dari golongan yang mencintai sesama jantina. Rawatan yang mereka beri bukan setakat sakit fizikal tetapi juga bantuan kerohanian. Pada masa yang sama kedua-dua doktor itu sendiri mengalami konflik dalaman akibat sejarah hitam dalam kehidupan mereka sendiri.
2) Dr. Fahd Razy -  Cakar Ayam Seorang Doktor
Dr. Fahd Razy menulis tentang kisah apa sebenarnya yang dilalui oleh seorang doktor. Realiti seorang doktor perubatan yang mungkin tidak diketahui ol…

Book Review #30: I'm not a monster

Image
Tajuk: I'm not a monster Penulis: Sara Aisha Terbitan: Karya Seni Tahun Terbit: 2018
Ini kali pertama aku membaca karya Sara Aisha. Kenapa aku teruja hendak memiliki buku I’m not a monster ini adalah kerana ulasan mengenai karyanya yang bertajuk Salju Kyoto. Jadi semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2018 baru-baru ini aku tak melepas peluang membeli karya terbaru Sara Aisha.

Jarang sekali aku lihat penulis wanita mampu menulis cerita aksi dengan cukup hebat dan suspen, tetapi Sara Aisha merubah persepsi aku terhadap kemampuan penulis wanita malah karya beliau ini cukup mengagumkan.

Babak percintaan antara Ryu dan Maya cukup unik dan menarik. Membaca novel ini bagaikan menonton sebuah filem, garapan yang cukup kemas sehingga membuatkan kita sebagai pembaca dapat berimaginasi setiap aksi watak secara terperinci. Disamping itu banyak informasi mengenai organisasi dan aktiviti sebuah kongsi gelap dijelaskan di dalam novel ini. Sara Aisha ternyata membuat kajian secara mendalam tentang kehidupa…

Book Review #29: Padam

Image
Tajuk: Padam
Penulis: Ibrahim Jama Huri
Terbitan: Buku Fixi
Tahun Terbitan: 2018

#pemenangsayembarabukufixi2017/8


Sinopsis: 
Malik seorang dropout askar dan beberapa rakannya masuk ke hutan untuk melakukan aktiviti lasak. Namun, mereka ditimpa musibah apabila bertembung dengan penjahat yang membunuh sesuka hati. Terlepas daripada tragedi itu, Malik cuba menjalani kehidupan normal. Tanpa disedari, dia diburu oleh penjahat yang ditemuinya di hutan. Malik yang terambil pendrive tanpa sengaja daripada penjahat itu masih tidak menyedari hal itu sehinggalah beberapa musibah melanda rakan dan ibunya. 

Pendrive itu mempunyai maklumat rahsia organisasi pembunuh upahan negara atau BILL. Dia kemudian bertemu seorang lelaki misteri yang menawarkan pertolongan. Tanpa mengetahui identiti sebenar lelaki itu, Malik turut serta dengan rancangannya bersama beberapa orang lain dalam menumpaskan organisasi rahsia tersebut.

Ulasan:
PADAM. Sebuah kisah thriller sains fiksyen. Malik dan rakannya berada di tempat pad…