Posts

Showing posts from March, 2018

Book Review #22: HERO

Image
Tajuk: HERO
Penulis: Hilal Asyraf
Tahun Terbit: 2017
Terbitan: Hilal Asyraf Resources


Sebuah lagi karya dari penulis Hilal Asyraf. Ini buku ke-3 beliau yang saya baca. 
Sinopsis

HERO mengisahkan tentang Afam yang hilang hala tuju. Semenjak kematian kedua-dua orang tuanya, hidupnya jadi tak tentu arah. Hanya tahu berhibur. Namun ada sesuatu kebaikan dalam dirinya yang mendorong dia menggunakan sut hero untuk membantu orang ramai. Sebenarnya misi Afam adalah untuk menjejaki siapa dalang pembunuhan ibubapanya. 
Komen Kisah perjalanan Afam dalam memburu dan diburu telah menemukan dia dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Novel ini mencakupi banyak aspek. Kisah kehidupan, cinta, perjalanan mencari diri, kebenaran, ketenangan dan makna Islam yang sebenar. Bukan hanya sekadar pada nama atau kad pengenalan.
Setiap orang yang ingin berubah tidak akan menemui jalannya sekiranya dia masih dalam kelompok yang salah. Kemunculan Husna dan wasiat bapanya telah membuka satu lembaran baru untuk Afam menc…