#throwback: Perhimpunan 1000 Penulis 2017

Assalamualaikum semua.

Nak buat juga entri #throwback ni. Masa event ni berlangsung blog kami belum siap, ni yang buat throwback...hehehe

Siapa pergi PERHIMPUNAN 1000 PENULIS di PBAKL2017??? 

Kalau pergi, kita geng. Entah - entah duduk sebelah...hahahaha. Yelah tak kenalkan nak buat macam mana.


Ramai juga yang sertai perhimpunan ni. Pendaftaran dibahagikan mengikut nombor giliran yang telah diberikan sebelum peserta datang. Dapat no giliran yang 600 ke atas bagus juga. Nak tahu kenapa, barisan pendek, jadi cepat. Untung kami...hehehe




Tajuk Forum: Aprisasi dan masa depan sastera di tangan generasi muda

Antara penulis popular tanah air yang datang dan menjadi ahli panel dalam salah satu segmen semasa perhimpunan ini - Fahd Razy (Cakar Ayam Doktor), Hilal Asyraf (Pemburu, Suri Hari Encik Pembunuh), Saharil Hasrin Sanin (Cerpen - cerpen patah hati) , ZF Zamir (Thukul Cetak)

Zamir - "Ini bukan zaman tunggu, ini zaman buat" Kebanyakkan kita sekarang asyik rajin pergi ke bengkel untuk belajar. Betul, kita perlu belajar, tapi sampai bila. Katanya minimum 3 bengkel penulisan pun dah cukup, kemudian kita perlu mula menulis, jika tidak apa yang kita belajar akan sia - sia. Kita akan terus belajar tanpa menggunakan apa yang telah dipelajari. 



Tajuk Forum: Penulis Merentasi Sempadan dan Generasi

Gina Yap (Malaysia), Abdul Razak Panaemalae (Thailand),Isa Kamari (Singapura), M.Aan Mansyur (Indonesia)

Forum ini menarik, di mana kita dapat mendengar pengalaman penulis dari negara jiran kita. Penulis dari Thailand adalah seorang pensyarah di universiti. Agak memeranjatkan kerana beliau sangat fasih berbahasa melayu. Seperti yang kita ketahui, Thailand adalah sebuah negara yang menitik beratkan bahasa Thai. En Abdul Razak menceritakan bagaimana beliau mempelajari bahasa melayu dengan usahanya sendiri.

Begitu juga dengan penulis dari seberang (Indonesia), Aan Mansyur suka menulis puisi. Dia banyak belajar dari penulis - penulis terdahulu dan dari situ minatnya berkembang. Beliau menjadi lebih dikenali setelah berkolaborasi dengan penerbit filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Puisi dalam filem itu diambil dari buku puisinya "Tidak Ada New York Hari Ini."

Credit: femina.co.id

Isa Kamari penulis tersohor dari Singapura pula berpendapat bila mana buku - buku beliau diterjemah ke bahasa lain merupakan satu penghargaan yang sangat tinggi. Novel "Satu Bumi" telah diterjemah ke bahasa Mandarin pada tahun 1999 menggunakan judul "Yi Pien Re Tu". Ini adalah salah satu cara bagaimana penulisan boleh merentasi sempadan bahasa. Buku - buku lain yang turut diterjemahkan kepada bahasa inggeris ialah Rawa, Memeluk Gerhana dan Duka Tuan Bertakhtaisa-kamaris-books-on-singapore-from-malay-to-english




Forum ke -3 : Adaptasi Novel ke Filem
Pengerusi: Zabidi Mohamed (Catatan Penglipur Lara Sang Majistret)
Ahli Panel: Ramlee Awang Murshid (Malaysia) & Trinity (Indonesia)


Siapa tak kenal Tuan Ramlee Awang Murshid, penulis novel thriller no 1 Malaysia. Karya beliau yang terkenal seperti Tombiruo, Sunan, A.D.A.M, Mandatori dan banyak lagi. Seperti yang umum tahu, novel beliau Tombiruo dalam proses diadaptasi ke filem. Ramai peminat yang tertunggu - tunggu tayangan filem ini. Bakal keluar di pawangan berhampiran pada Oct 2017. Jadi beliau menceritakan pengalamannya semasa proses menghasilkan filem ini. "Ini bukan satu kerja yang mudah, banyak kali perbincangan dijalankan, saya faham, director tak faham. Director faham, saya pulak tak faham". petikan kata - kata beliau semasa forum ini berlangsung. Menurutnya banyak plot dari novel yang ingin diangkat menjadi filem tapi tidak semua dapat dilakukan. 

Begitu juga dengan Trinity, travelognya "The Naked Traveler" sudah diadaptasi menjadi filem. Beliau juga melalui pengalaman yang serupa, sebelum filem ini berjaya direalisasikan. Perbincangan demi perbincangan dilakukan untuk menghasilkan script filem yang dipersetujui oleh semua pihak. Apa yang penting kata Trinity, beliau ingin memastikan jalan cerita filem itu menepati kisah sebenar yang dilalui dan diceritakan dalam travelognya. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang travelog ini boleh lawati blog Trinity


Perhimpunan yang memberi banyak manfaat, informasi dan peluang untuk berjumpa dengan penulis - penulis dari segenap pelusuk daerah di Malaysia. Wajar diteruskan dan mungkin bilangan yang menyertainya akan bertambah dari 1000 ke 2000. 

Book Review #10: Jika Aku

Tajuk: Jika Aku
Penulis: Anna Lee
ISBN: 978-967-13211-9-5
Terbitan: Prolog Media
Tahun terbitan: 2017




Seorang lelaki dan perempuan berdiri ditengah padang, saling berpandangan. Apakah bicara mereka? Jika aku dapat meneka apa yang bermain diminda mereka berdua, adakah ianya satu keistimewaan atau ketulahan? 

Begitulah yang aku boleh gambarkan bila mana melihat cover buku ini. Ilustrasi yang ringkas tapi penuh makna tersembunyi. "JIKA AKU" seperti satu angan - angan. Dulu masa sekolah, aku ingat akan ada satu jenis karangan seperti " Aku sebatang pensel", "Aku seekor lebah". Kita membayangkan diri dalam satu bentuk atau suasana yang lain. Ekspresikan diri anda.

JIKA AKU sebuah kisah yang unik dalam suasana yang sangat dekat dengan kehidupan harian kita. Unsur dan tempat yang digunakan seperti komuter, KL Sentral, Uber dan usha orang dalam train adalah satu yang kebanyakkan orang pernah lalui. Hehehe, aku pun dulu masa mula - mula bekerja ulang alik dari Rawang ke Kelana Jaya menaiki komuter dan LRT. Bila baca kisah ni, rasa macam mengimbas kenangan sangat. 



Ok, meh aku story sikit sinopsis novel JIKA AKU ni kat korang. Mengisahkan Teja seorang gadis yang ada kelebihan luar biasa. Dia boleh dengar apa yang ada dalam fikiran orang lain. Jadi hidup dia sangat serabut dengan suara dari benak orang lain. Macam - macam dia dengar dan di jelak dengan semua fikiran manusia. Oleh itu, dia akan pastikan earphone sentiasa di telinganya. Satu hari, dia ter'usha' sorang jejaka ni. Tertarik dengan jejaka misteri ini, Teja seperti mendapat motivasi di pagi hari. Dia memberanikan diri untuk mendekati, tetapi itu hanya menghancurkan jiwanya. 



Konflik bermula, pelbagai persoalan mula wujud. Dalam kotak fikiran aku punyalah banyak ? ? ? ? ?. Aku dah rasa macam Teja. Mula keluarkan assumption sendiri. Sambil baca, sambil fikir apa jawapan kepada setiap misteri yang ada. Takkan hero jahat kot? Tapi apasal dia pun macam suka je kat Teja tu? Entah - entah diorang ni kawan sekolah? Nampak tak, aku cuba buat plot cerita aku sendiri hahaha. Marah Anna Lee nanti, aku suka hati ubah cerita dia dalam otak aku. 

Dapat sign dari penulis sendiri, happy tak terkata. Bukan senang nak dapat :)


Hidup tak selalunya indah, dalam aku syok - syok  dibuai dengan jalan cerita yang aku duk follow dari awal...tiba tiba plot cerita bertukar 360 darjah. ??? mula memenuhi semula benak fikiran. Kenapa ini semua terjadi? Adakah yang jahat sememangnya jahat? Betul ke Teja ni seorang mind reader? Siapa sebenarnya Puan Lola ? Apa sebenarnya yang jadi pada Pak Long Teja. Dimana semua kebenaran ini tersembunyi. Sememangnya novel ini bukan buku yang korang boleh baca bab depan, skip then baca bab belakang je. Confirm korang tak faham. Jadi sila baca perlahan - lahan dari halaman 1 sehingga halaman 341. Baru kebenaran akan tersingkap. 

Dapat bookmark juga, bukan 1 tapi 2. Tq Prolog Media


Di sini aku nak selitkan sedikit komen, secara keseluruhan aku suka novel ni. Unpredictable twist, bukan sekali tapi 2 kali. Bukan sesuatu yang mudah, tahniah untuk penulis Anna Lee. Cuba aku rasa organisasi misteri yang menjadi dalang dalam beberapa kejadian not strong enough. Bagaimanapun perlu diingat, ini novel cinta fantasi. Jadi kewujudan cerita tentang organisasi ini hanya side dishes. Tidak mencacatkan keseluruhan storyline novel ini. Aku ada terpikir, kalau cerita pasal organisasi ni di thriller kan best jugakan.

Akhir kalam, aku nak pecah rahsia, cerita ni akan putar belitkan fikiran korang berkali - kali. Bersedialah untuk menghadapinya. Jangan korang keliru kerana "HANYA KEBENARAN JALAN KELUARNYA"





Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...