Tajuk: Uwan Konah
Penulis : Haida HassanISBN: 978-967-14675-8-9
Terbitan: dear Novels
Tahun Terbitan: 2017
Uwan Konah… Uwan
Konah… nama pun agak unik, catchy dan mudah diingati. Melihat kulit buku dan
font style pada perkataan Uwan Konah kita dah boleh meneka secara samar
siapakah Uwan Konah. Dia sudah tentu seorang wanita tua yang mistik dan
menyeramkan. Aku rasa memang itulah yang penulis mahukan. Tidak perlu pening
kepala sebab dari kulit buku imaginasi kita sudah boleh menduga Uwan Konah
adalah dalang di sebalik semua konflik yang bakal kita baca kelak.
Haida Hassan anda
seorang penulis yang cukup teliti dan anda membuat kajian yang cukup terperinci.
Kagum saya dengan susunan plot dan pergerakan cerita yang cukup lancar dan
teratur. Tiada konflik atau subplot yang berselirat mahupun twist yang membelit
urat otak pembaca. Dari awal penceritaan sudah menjurus ke arah konflik yang
berlaku diantara dua watak utama. Watak protagonis dan antagonis digambarkan
secara jelas, kita sebagai pembaca tidak perlu pening untuk meneka.
Kisah mengenai
Munah yang kerap menerima gangguan dari makhluk halus milik nenek saudaranya. Kepulangannya
ke kampung untuk bercuti seolah-olah mendekatkan dirinya dengan makhluk
tersebut. Hidup Munah semakin tidak keruan bila hampir setiap malam dia
dihantui dan bermimpi ngeri. Malah mimpi tersebut boleh menyebabkan Munah
cedera secara realiti.
Namun di dalam
ketakutan itu terdapat seseorang yang membantu Munah setiap kali dia bermimpi
ngeri. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Munah sentiasa rasa selamat
setiap kali dia muncul. Ada unsur romantik seram di situ. Watak hero yang
mempunyai kelebihan untuk memasuki mimpi Munah dan berinteraksi.
Bukan sahaja unsur
seram sahaja yang cuba ditonjolkan tetapi nilai kekeluargaan, persahabatan dan
percintaan di antara dua darjat. Malah penulis juga menekan tentang rawatan
secara Islam dan doa-doa melindungi diri dari gangguan makhluk halus melalui
ayat-ayat Al-Quran. Mukasurat 83 terdapat dialog di mana Hadi meminta Munah mengamalkan
bacaan bismillah lima sebagai pendinding diri.
Klimaks cerita dan
twist yang menarik, sehingga saya tak nak berhenti membaca malah tak sabar nak
tahu kesudahannya. Jujurnya saya dapat merasai perasaan geram Munah terhadap
Hadi apabila masih tidak mahu berterus terang tentang hubungan mereka berdua.
Saya pun jadi geram jugak… kalau Hadi kat depan mata memang dah kena
ketuk…hahah. Tapi rasanya itulah yang penulis mahu pembaca rasa bukan... kalau
itulah yang sepatutnya kami rasai maka penulisan anda berjaya menyentuh emosi
pembaca.
Kemasukan setiap
watak baru pula disusun dengan rapi. Sangat mudah untuk saya sebagai pembaca
menghadam fungsi setiap watak dan konflik yang muncul. Penceritaan yang full of
suprises and suspens.
Cuma ada sedikit
kelemahan yang ingin saya tekankan. Babak pertama adalah paling crucial dalam
sesebuah novel. Babak inilah yang akan menentukan mood pembaca. Sekiranya
penceritaan awal agak mendatar dan meleret akan menyebabkan bacaan ke babak
seterusnya ditundakan. Di dalam novel ini saya mulai rasakan movement plot dan
debaran di bab 7. Walaupun begitu di sebabkan penceritaan seterusnya graf
semakin menaik saya terlupa tentang plot awal yang mendatar. Tapi alangkah
baiknya kalau sedari awal suspens dan cliff hanger itu wujud dari bab pertama
hingga enam.
Apa sekalipun saya
sukakan novel ini. Sekarang saya nak tidur takut termimpikan Uwan Konah tapi
indahnya kalau dapat jumpa Hadi kan…. Ahaks.. Tahniah Haida Hassan, saya
menantikan karya anda seterusnya.
👍👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDelete