Book Review #16: KANVAS

KANVAS By Ayumi


Tajuk: Kanvas
Penulis : Ayumi
ISBN: 978-967-15370-1-5
Terbitan: Prolog Media
Tahun Terbitan: 2017

Penulis baru, aku belum pernah baca lagi karya penulis ni. Reputasi Prolog Media yang menyebabkan aku tanpa ragu-ragu beli buku baru terbitan mereka. Bila diorang post je kat instagram, buku dan siap untuk dijual, terus aku DM admin diorang buat order. Penantian memang satu penyeksaan, seperti kata lagu Penantian nyanyi Febians. Maklumlah, buku baru dan order pun banyak. Akhirnya novel ini sampai juga ke tangan aku.

Ok, let start review about this novel.

Ed - Creepy & mystery guy. Dia takde ramai kawan, yang ada cuma Dom & Mama. Inspiration hunting is Ed favorite activity. Kat studio Dom, Hutan Rinan & menara di kolej. Sketch book adalah peneman setia, ke mana saja dia pergi buku itu pasti dibawa bersama. Dia memang tak kisah apa orang nak kata "screw them" .Buktinya dalam satu kelas, Prof open free topic and he choose about serial killer. Hahaha...creepy right! 

Kara seorang gadis yang happy-go-lucky, berkawan baik dengan Zea dan Lisa. Statusnya sebagai anak tunggal menyebabkan dia sering dikongkong oleh papanya En Rafat. Lepas final exam berakhir, mereka semua merancang untuk berkhemah bersama di Hutan Rinan. Bila Kara suarakan saja plan tersebut, terus ayahnya membantah. Kara yang tidak mahu dianggap anak manja nekad berbohong dengan ayahnya tentang destinasi perkhemahan mereka. Di sini segala-galanya mula berubah 360 darjah. Tulah, lain kali jangan bohong pada parent. Natijahnya kena tanggung sendiri.

Permulaan cerita ni, penulis dah mula membina watak Ed supaya pembaca boleh mula berimaginasi. Ed ni memang kira creepy habis lah, mana taknya tengah malam duduk lepak dalam hutan. Haish...orang normal rasanya akan lepak kat shopping compleks ke, kafe ke kan. Lebih menguatkan lagi character Ed, bila dia buat kecoh jumpa mayat dalam longkang kat kolej. Tapi masalahnya takde bukti, polis pun tak jumpa apa-apa yang mencurigakan. Lagilah semua orang mula pandang serong pada dia.

Keputusan Kara untuk mengingkari amaran ayahnya supaya tidak meneruskan niat untuk berkhemah di Hutan Rinan memang membawa padah. Bukan itu yang diimpikan  oleh Kara pada aktiviti perpisahan bersama teman-teman seperjuangan. Bila cerita sampai di konflik utama, korang memang akan terpaku dikerusi. Buku seperti digam pada tangan. Perasaan kesian pada Kara, ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi malam itu dan apa yg Ed buat bercampur baur. Kalau otak aku ni lutsinar, orang mungkin boleh nampak banyaknya tanda tanya (?) yang berlegar. Hahaha...nasib baik bukan, so nampak kerut dimuka je la.



Kombinasi Ed yang suka melukis dan buat komik online mengingatkan aku pada satu drama Korea - Two World. Kalau korang pernah tengok drama ni, cerita dia berkisarkan seorang pelukis komik. Dia ada anak perempuan seorang doktor yang tah macam mana boleh masuk ke dunia komik tu. Ada satu watak jahat dalam komik tu cuba bunuh penulis ni sebab dia tak suka penulis cuba matikan wataknya dalam webcomic tersebut. 

Mula - mula baca tu, ingat cerita Kanvas ni lebih kurang macam drama tu lah. Seriusly, aku silap. Kenapa aku cakap macam tu, sebab persamaannya cuma ada pada satu perkataan "webcomic" yang lain tak sama langsung. Makin di baca, makin menghilang tanggapan pertama aku itu. Tahniah penulis sebab berjaya berdiri atas cerita sendiri.

Dalam novel ni, Ed ada 4 versi yang berlainan. Aku tak nak pecah rahsia, hahaha. Korang kena baca baru tahu dan faham apa aku cakapkan ni. Novel ini menerapkan nilai persahabatan, kesetiaan, kekeluarga dan kasih sayang sesama manusia. Kesetian pasti diuji dan kebenaran akhirnya bakal terbukti. Actually this story about normal life of student in college which try to find out themself. Namun, cara penulis menterjemahkan cerita ini yang membuatkan novel ini menarik dan ada keunikan yang tersendiri.

Cuma ada persoalan yang tak terjawab, kenapa Azlam bertindak sebegitu? Kenapa En Rafat buat begitu pada Mama Kara? Erm...tidak ada penjelasan detail untuk 2 persoalan ini. Ya, mungkin plot sampingan tapi kalau dapat diberikan jawapan baru rasa penutup novel ini benar - benar kemas.

p/s: ada contest #ulasgayasendiri mari sertainya. 

No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...