Book Review #18: LARI

Tajuk: LARI
Penulis : Mesbo
Terbitan: S.O Publishing
Tahun Terbitan: 2017



Lari genre action thriller adalah karya kedua penulis yang menggunakan nama pena Mesbo. Apabila mendengar nama Mesbo, dibenak saya hanya terfikir ianya satu nama yang unik dan mudah diingati.
Mungkin ramai yang tidak tahu Mesbo bukanlah orang baru di dalam dunia penulisan, hakikatnya pemilik nama itu sendiri adalah seorang yang sudah lama berada dalam industri penulisan dan penerbitan. Mesbo atau nama sebenarnya adalah Shah Othman, tak kan tak kenal kot siapa lelaki hensem ni...pemilik Buku SO.
Sebagaimana tajuknya Lari, saya yang membaca turut merasakan degupan jantung yang laju seperti turut berlari bersama Shariman.
Lari mengisahkan Shariman yang mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian seseorang yang cukup dikasihi. Dia terpaksa mengharungi pelbagai konflik demi kebenaran dan sebuah dendam. Pada masa yang sama Shariman tidak menyedari Marco ketua sebuah kumpulan sindiket gelap turut menjejakinya. Nyawa ibu dan adik Shariman jadi pertaruhan.

"Aku sudah mulakan sesuatu yang besar, sesuatu yang sudah lama aku simpan. Aku tak boleh berhenti sekarang. Sebab Marco atau sesiapa sahaja yang tahu aku sedang lakukan perkara ini pasti tidak akan berhenti."
Antara ungkapan dialog Shariman ketika dia dan Samad melarikan diri dari kuncu-kuncu Marco. Nak tahu apa yang dimaksudkan dalam dialog diatas kenalah dapatkan buku ini.

Plot di dalam novel ini bergerak pantas menyebabkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Setiap plot dijalin dengan kemas. Peranan setiap watak dikembangkan dengan baik. Penggunaan bahasa yang mudah dan santai. Saya rasa fokus penulis sememangnya lebih tertumpu kepada babak pertarungan, siasatan dan juga permainan emosi, but not so much on plot twist. Sedari awal kita telah didedahkan tujuan komplot antara Lia dan Shariman, malah siapa Dato’ Rizki dan Marco juga turut diceritakan. Namun masih ada twist dipengakhiran cerita. Teknik flashback juga agak menarik membuat pembaca lebih rasa simpati terhadap Shariman.
Walau selasak mana seseorang hero, mesti ada taman dalam hati, selitan kisah cinta yang tidak keterlaluan merubah rentak cerita menjadi sedikit sentimental.

Sedikit komen dari saya:
1) Olahan kisah di dalam novel ini membuatkan kita terbayang-bayang akan filem-filem aksi dari Hollywood. Namun budaya kita tidak sebebas mereka di barat. Contohnya Lia bukanlah calang-calang orang, tapi digambarkan seperti terlalu bebas sementara Shariman begitu mudah keluar masuk ke rumah Lia.
Sesebuah penulisan perlu menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam minda pembaca. Sekiranya ada unsur-unsur negatif perlu ada kesudahan yang memberi pengajaran.

2) Tiada motif yang jelas ke atas pembunuhan Datin Maimon dan Dato' Rizki. Kenapa mereka ini dibunuh masih lagi misteri.
Novel ini sesuai untuk pembaca dewasa. Apa pun tahniah buat Mesbo, semoga anda menghasilkan lebih banyak karya aksi yang hebat.

Jangan tak tahu, Malaysia pun ramai penulis novel thriller yang berbakat besar. Nak tahu apa lagi novel thriller yang best - 5 Novel Action Thriller Melayu

Comments

Popular posts from this blog

Senarai buku-buku menarik untuk dibaca tahun 2018

5 Novel Seram Melayu Wajib Baca.

5 novel action thriller melayu yang patut anda baca.