Book Review #24: Impian Jalanan





Tajuk: Impian Jalanan
Penulis: Teme Abdullah
Tahun Terbit: 2018
Terbitan: Iman Publication



Impian Jalanan merupakan sebuah buku motivasi yang dikarang dalam bentuk kisah hidup seorang insan yang bernama Iskandar. 

Kisah bermula dari Iskandar di sekolah rendah hingga dia bekerja. Cabaran dan dugaan bagaimana dia melalui semua liku hidup dan berusaha mencapai apa yang dia impikan.

1) Bila engkau di khianati oleh kawan baik sendiri, apa yang akan anda lakukan? Pada aku itu dugaan yang sangat hebat pada seorang kanak-kanak seusia dengan Iskandar. Aku sendiri tidak pasti, apa yang bakal aku lalukan sekiranya aku dalam situasi tersebut. Sedih? Kecewa? Itu sudah pasti, tapi apa yang menggagumkan bagaimana Iskandar bangkit dan bertekad untuk bertanding lagi pada tahun hadapan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berulang lagi. Ya, belajar dari sejarah hitam dan ambil pengajaran. Itu yang dia lakukan.

2) Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita serba kekurangan? Menyesali kekurangan bukan satu langkah yang bijak. Sebaliknya, kita perlu menjadikan kekurangan itu sebagai satu kelebihan. Kagum aku bila Iskandar gunakan perang psikologi untuk mengalahkan peserta-peserta lain dalam pertandingan Poster Anti-Dadah peringkat daerah. Pada tahun pertama dia sertai pertandingan ini, Iskandar tewas kerana terlalu memikirkan kelebihan peserta lain. Juga dia gagal dalam pengurusan masanya. Namun, kegagalan mengajar dia untuk bangkit dan terus berusaha. Ya, dia berjaya membuktikan, selagi kita berusaha, insya allah kejayaan bakal jadi milik kita.

3) Apa sebenarnya erti bahagia? Punya wang yang berjuta-juta? Kereta mewah? Rumah besar? Bahagia suatu rasa yang sangat subjektif. Ada orang akan rasa bahagia bila bersama keluarga tersayang, tidak kisah di mana pun. Ada orang mungkin merasakan dengan wang yang banyak, kereta dan rumah besar, dia akan bahagia. Namun, kenapa ramai juga mereka yang punya harta masih mengambil keputusan untuk mencabut nyawa dari badan? Hanya mereka yang mempunyai jawapannya. 


Banyak lagi persoalan yang cuba di jawab dalam kisah Iskandar ini. Semoga ianya menjadi pengajaran, motivasi dan ingatan untuk kita semua. Sebuah naskah yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Moga mata hati kita lebih terbuka dan menghargai setiap yang kita miliki.


"Dreams don't work, unless you do."

No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...