Penulis: John Shors
Penterjemah: Samsudin Jaapar
ISBN: 9789670892153
Tahun Terbit: 2019
Terbitan: ITBM
SINOPSIS:
Pada 1632, Maharaja Hindustan, Shah Jahan, diselubungi kehibaan akibat kemangkatan maharani baginda, Mumtaz Mahal. Bagi memenuhi permintaan terakhir kekasihnya itu, baginda mengarahkan pembinaan makam diraja sebagai lambang keagungan cinta mereka, Taj Mahal. Berlatarbelakangkan kekayaan dan kuasa yang tak terbayangkan, persaingan adik-beradik yang berakhir dengan tragedi, dan kekejaman pemerintahan kuku besi, Puteri Jahanara menceritakan semula peristiwa luar biasa yang melingkungi keajaiban Taj Mahal. Terperangkap dalam perkahwinan tragis yang bukan pilihannya, Jahanara berjaya mengalihkan perhatiannya dengan melibatkan diri dalam pembinaan Taj Mahal sebagai pembantu dan penasihat kepada Isa, jurubina Taj Mahal.
Lama-kelamaan, puteri kesayangan maharaja itu terperangkap antara tanggungjawabnya sebagai seorang anak, sekatan tegar yang dikenakan ke atas wanita, dan kisah cinta terlarang. Berbekalkan keberanian yang luar biasa, Jahanara mencabar kebutaan dan ketaasuban di istana dalam usaha melindungi empayar ayahandanya daripada terjerumus ke dalam kancah perang saudara, sekali gus menyelamatkan maharaja daripada kekejaman putera baginda sendiri, Aurangzeb. Berlatarbelakangkan kebencian dan kekejaman, John Shors menggarap indah sebuah kisah cinta teragung bumi hindustan, peristiwa bersejarah yang mewarnai Empayar Mughal dan rahsia di sebalik kemasyhuran Taj Mahal.
ULASAN:
Novel ini menceritakan tentang kehidupan keluarga Maharaja Shah Jahan mengenai cinta, persahabatan, perebutan kuasa, pengkhianatan, pengorbanan dan juga kisah pembinaan Taj Mahal sebagai simbol cinta. Sekiranya sesiapa yang membaca tanpa mengetahui sejarah sebenar, akan mudah percaya ini adalah berdasarkan kisah benar.
Novel ini adalah bergenre fiksyen sejarah, jadi hanya 20% sahaja berdasarkan fakta. Hakikatnya agak mengecewakan bila penulis ini memanipulasi fakta sejarah mengikut imaginasinya.
Memandangkan penulisnya “Mat Salleh”, jadi dia telah membaratkan budaya empayar Moghul yang memang beragama Islam. Bagaimana seorang maharaja cukup berpegang pada ajaran islam boleh membenarkan Puterinya yang telah berkahwin bersekedudukan dengan kekasihnya sehingga melahirkan anak luar nikah. Minum wain pula tidak menjadi masalah walaupun ada nyatakan dalam novel ini tentang haram minum arak. Bagaimana watak yang digambarkan cukup beriman tapi pada masa yang sama masih melakukan dosa besar.
Ada pro dan kontranya pada setiap karya. Bagi pendapat Min, boleh memfiksyenkan kisah sejarah tetapi bukan pada fakta yang sahih, ini akan mengelirukan pembaca. Watak utama Puteri Jahanara di dalam novel ini dikatakan berkahwin dengan seorang bangsawan, hakikatnya Jahanara tidak pernah berkahwin.
Dikatakan Puteri Jahanara bercinta dengan arkitek yang membina Taj Mahal bernama Isa, sedangkan realitinya Isa hanyalah pembantu atau penyelia kepada projek pembinaan makam itu dan mereka tidak pernah bertemu. Kalau baca review di goodreads memang ramai yang anggap buku ini berdasarkan kisah benar.
Tapi kalau dilihat dari perspektif teknik penulisan dan idea, novel ini cukup hebat. Garapan plot yang cukup menarik, imaginasi yang kreatif dan bagi saya this is how writers should write. John Shors seorang penulis yang cukup berbakat. This book will hold you from the first chapter. Ada sesetengah plot yang boleh membuatkan kita menitiskan airmata. Setiap babak diceritakan dengan baik sehingga kita boleh bayangkan suasana peristiwa, tempat apatah lagi bila diceritakan tentang keindahan senibina Taj Mahal membuatkan kita rasa nak sentuh makam tu.
Kalau nak baca buku ni, put aside the historical facts and just enjoy the story.
Honestly memang menarik…
Tahniah juga buat penterjemah novel ini, you did a good job.
Karya "Mat salleh" ni perlu diboikot supaya dia lebih menghormati agama Islam.
ReplyDelete