Book Review #19: ANARKIS


Tajuk: ANARKIS
Penulis : Khairul Nizam Khairani
ISBN: 978-967-369-321-4
Terbitan: Penerbit X
Tahun Terbitan: 2016

Buku ni buat aku rasa berbelah bagi, 50 - 50 perasaan nak baca atau nak stop. Aku baca sampai bab 3, lepas tu aku sembang pasal buku ni dengan member. Lepas habis borak, rasa macam apa yg aku baca pada 3 bab pertama jadi menarik. Pelikkan. Dah la sembang dalam Grab, mesti driver tu confius. Yelah aku cerita pasal Jeneral Revan kena tembak oleh sharpshooter Sarjan Awai. Cerita dengan bersungguh-sungguh macam kejadian yang betul-betul berlaku. Kami bercerita macam ini adalah peristiwa hangat dan tengah viral di media sosial. Aku perasan driver tu duk jeling kat cermin pandang belakang. Sebelum turun, sempat aku tamatkan cerita dengan bagi tahu kawan aku, "kita sembang pasal novel ni, macam kes ni betul-betul berlaku, padahal ni cerita thriller je." Hehehe

Aku rasa betul juga anggapan yang kita perlu bercerita atau kongsi pandangan dengan orang lain. Hasilnya aku lebih faham dengan 3 bab pertama yang aku baca. Jadi bersemangat aku sambung baca bab seterusnya sampai habis.

Kesimpulannya DAHSYAT.

Aku dan novel ni ada satu tarikan yang lebih kurang sama dengan TEMPUR. Dah lama aku usha, tiap kali ke kedai buku nampak, belek tapi tak beli. What a strange relationship.

So, korang pun mesti rasa excited kan bila baca review aku ni. ANARKIS kisah tentang seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk misi pengaman di Bosnia. Namun satu kejadian yang tidak diingin telah berlaku dan dia tekad membunuh Jeneral Revan Tanovic, tentera Serbia. 5 tahun meringkuk dalam penjara di Croatia, akhirnya dia berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Di sini perlariannya bermula sekali lagi bila dia menjadi buruan musuh yang tidak dikenalpasti.

ANARKIS ini adalah satu falsafah yang membawa maksud cara hidup yang menolak kedaulatan kerajaan ke atas seseorang. Bila selesai membaca novel ini, baru kita akan faham kenapa tajuk ini dipilih. 

Bab awal menceritakan sedikit sejarah peperangan Bosnia, siapa Sarjan Awai dan bagaimana dia membunuh Jeneral Revan. Aku terfikir, apa yang menyebabkan bacaan ini diteruskan? Erm, aku pun tak pasti. Bunyi tembakan hanya bergema sekali dua dalam 3 bab ini. Jadi penulis berjaya menarik perhatian pembaca at least 50% untuk terus membaca. Momentum bacaan terus meningkat, emosi turun naik, debaran di sana sini. Ada ketika plot cerita jadi kelakar dengan sedikit cubit manja antara Arman dan Anne. Begitu juga ada diselitkan konflik keluarga antara Dr. Jason, Marina dan Sarjan Awai. Novel ini telah dimasak dengan pelbagai rempah ratus bagi menghidangkan juadah yang menyelerakan kepada peminat genre thriller.



Sedikit plot yang saya rasa boleh diperbaiki lagi bagi menambah rasa umphh dalam cerita ini.

1) Plot ketika Ejen Doyle dan Sir Anthony diserang hendap ditengah-tengah bandar. Berdasarkan situasi awal, kereta mereka terperangkap dalam kesesakan dan ketika itu sebutir peluru dilepaskan dan mengenai Sir Anthony. Bila aku baca, rasa macam situasi itu cuma ada mereka bertiga (driver, Ejen Doyle & Sir Anthony) dan penembak hendap. Kenapa aku rasa sebegitu, penceritaan terlalu menumpu kepada mereka saja. Tidak ada penceritaan tentang situasi sekeliling secara jelas. Ya betul, penulis ada menyatakan yang orang ramai menjerit bagai histeria. Namum itu tidak berjaya mengambarkan kekecohan secara tepat. Kemudian, banyak tembakan dilepaskan, jadi dalam keadaan kelam kabut ini aku rasa pasti ada orang awam yang terkena tembakan rawak itu @ tercedera. Perasaan cemas dan debaran kurang dirasai, yang pada aku kalau ditambah sedikit lagi rencah memang akan jadi lebih cantik dan kemas.

2) Beberapa plot pertempuran Sarjan Awai dengan bekas skuad elite SAS, aku mengharapkan scene pergaduhan mereka lebih banyak aksi. Aku rasakan Sarjan Awai menang dengan agak mudah tanpa tentangan yang hebat dari askar-askar Flint. Tak sempat nak tengok kehebatan mereka dah mati ditembak Awai.

Ok yang ni nak puji sikit, ada satu plot tu...sedih. Serius terasa dihati. Dalam pelarian, dia masih sempat menyelamatkan orang dan disebabkan itu, persepsi orang ramai berubah terhadap Sarjan Awai. Mereka menyuruhnya lari supaya tidak ditangkap polis. Aku tak nak bagi spoiler, korang baca dan rasa sendiri feel ni. Good job, feel sampai.


Bagaimanapun, masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Tengah syok baca lepas tu habis kat situ je.  Arghh...kena cari sambungan ANARKIS:BANGKIT. 

Pesanan terakhir, buat korang yang plan nak baca buku ni, make sure korang ada novel ANARKIS dan ANARKIS:BANGKIT. Kalau tak jadi macam aku, tengah syok baca tiba - tiba dah sampai helaian terakhir. Kesudahan tak pasti lagi macam mana. Jadi terpaksa bersabar dan pergi cari sambungannya untuk mengetahui nasib Sarjan Awai.

Book Review #18: LARI

Tajuk: LARI
Penulis : Mesbo
Terbitan: S.O Publishing
Tahun Terbitan: 2017



Lari genre action thriller adalah karya kedua penulis yang menggunakan nama pena Mesbo. Apabila mendengar nama Mesbo, dibenak saya hanya terfikir ianya satu nama yang unik dan mudah diingati.
Mungkin ramai yang tidak tahu Mesbo bukanlah orang baru di dalam dunia penulisan, hakikatnya pemilik nama itu sendiri adalah seorang yang sudah lama berada dalam industri penulisan dan penerbitan. Mesbo atau nama sebenarnya adalah Shah Othman, tak kan tak kenal kot siapa lelaki hensem ni...pemilik Buku SO.
Sebagaimana tajuknya Lari, saya yang membaca turut merasakan degupan jantung yang laju seperti turut berlari bersama Shariman.
Lari mengisahkan Shariman yang mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian seseorang yang cukup dikasihi. Dia terpaksa mengharungi pelbagai konflik demi kebenaran dan sebuah dendam. Pada masa yang sama Shariman tidak menyedari Marco ketua sebuah kumpulan sindiket gelap turut menjejakinya. Nyawa ibu dan adik Shariman jadi pertaruhan.

"Aku sudah mulakan sesuatu yang besar, sesuatu yang sudah lama aku simpan. Aku tak boleh berhenti sekarang. Sebab Marco atau sesiapa sahaja yang tahu aku sedang lakukan perkara ini pasti tidak akan berhenti."
Antara ungkapan dialog Shariman ketika dia dan Samad melarikan diri dari kuncu-kuncu Marco. Nak tahu apa yang dimaksudkan dalam dialog diatas kenalah dapatkan buku ini.

Plot di dalam novel ini bergerak pantas menyebabkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Setiap plot dijalin dengan kemas. Peranan setiap watak dikembangkan dengan baik. Penggunaan bahasa yang mudah dan santai. Saya rasa fokus penulis sememangnya lebih tertumpu kepada babak pertarungan, siasatan dan juga permainan emosi, but not so much on plot twist. Sedari awal kita telah didedahkan tujuan komplot antara Lia dan Shariman, malah siapa Dato’ Rizki dan Marco juga turut diceritakan. Namun masih ada twist dipengakhiran cerita. Teknik flashback juga agak menarik membuat pembaca lebih rasa simpati terhadap Shariman.
Walau selasak mana seseorang hero, mesti ada taman dalam hati, selitan kisah cinta yang tidak keterlaluan merubah rentak cerita menjadi sedikit sentimental.

Sedikit komen dari saya:
1) Olahan kisah di dalam novel ini membuatkan kita terbayang-bayang akan filem-filem aksi dari Hollywood. Namun budaya kita tidak sebebas mereka di barat. Contohnya Lia bukanlah calang-calang orang, tapi digambarkan seperti terlalu bebas sementara Shariman begitu mudah keluar masuk ke rumah Lia.
Sesebuah penulisan perlu menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam minda pembaca. Sekiranya ada unsur-unsur negatif perlu ada kesudahan yang memberi pengajaran.

2) Tiada motif yang jelas ke atas pembunuhan Datin Maimon dan Dato' Rizki. Kenapa mereka ini dibunuh masih lagi misteri.
Novel ini sesuai untuk pembaca dewasa. Apa pun tahniah buat Mesbo, semoga anda menghasilkan lebih banyak karya aksi yang hebat.

Jangan tak tahu, Malaysia pun ramai penulis novel thriller yang berbakat besar. Nak tahu apa lagi novel thriller yang best - 5 Novel Action Thriller Melayu

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...