Book Review #15: INFINITI

Tajuk: Infiniti
Penulis : Farrah Izzlorna
ISBN: 978-967-13211-8-8
Terbitan: Prolog Media
Tahun Terbitan: 2017




Lihat pada kaver buku, simple graphic with white background. Jujurnya kurang menarik tetapi kita ingat balik pepatah mat salleh “don’t judge a book by its cover” and you know what it is true. Storyline novel ini memang mengagumkan. Lepas habis membaca keseluruhan buku yang mana mengambil masa selama enam jam aku masih tak boleh move on. Dah ada crush lak dengan Andrian…hahah.

Susunan plot yang kemas,  penggunaan bahasa yang mudah dan teknik plot twist yang cukup menarik. Walaupun cerita ini mempunyai timeline berbeza dan menggunakan teknik flashback, ia tidak mengelirukan pembaca. Penceritaan yang banyak bermain dengan emosi. Jujurnya, mengalir jugak airmata aku bila membaca plot yang agak tragik. Aku huraikan serba ringkas mengenai novel Infiniti:

"Jom LIKE page kami Theulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"

Andrian kerap menafikan apa yang dilihat itu sebagai suatu kelebihan. Sementara puan Rohani ibu kepada Andrian menganggap itu adalah satu penyakit mental. Dakwaan itu yang menyebabkan Andrian menganggap dirinya selalu berhalusinasi dan solusinya adalah dengan bergantung kepada ubat anti-psikotik.

Hidupnya berubah apabila Andrian ditakdirkan merentasi ke masa lampau iaitu tahun 1985. Di waktu itu dia menemui kebenaran tentang diri dan juga keluarganya. Siapa Luth, Suri, Yasmin dan Puan Hafsyah yang sebenarnya. Siapa mereka di dalam hidup Andrian sehingga mengubah seluruh pendirian dan kepercayaannya.


“Sihir aku boleh mencederakan sesiapa saja dalam dunia ini. Kecuali keluarga aku. Darah daging aku. Keturunan aku. Anak-anak aku. Tapi kau bukannya anak aku. Jadi, siapa kau? Apa kaitan kau dengan aku?"

Dialog perbalahan antara Puan Hafsyah dan Andrian. Puan Hafsyah seorang wanita yang cukup digeruni oleh penduduk kampung malah suami dan anak-anaknya sendiri tidak mampu membantah arahannya.





Suri, gadis yang berjaya meruntuhkan ego Andrian. Nama itu yang sentiasa membuatkan perasaannya bergetar sehingga ke saat ini. Perasaan cinta itu adalah infiniti bagi Andrian. Suri adalah infiniti buat Andrian.

Teknik peralihan masa dari tahun 2007 ke 1985 kemudian kembali ke 2017 dilakukan dengan kemas. Setiap bab mempunyai “cliff hanger” yang menyebabkan aku tak sabar untuk mendapatkan jawapannya. Novel ini boleh dikategorikan sebagai urban fantasi. Diselitkan unsur mistik, fantasi dan cinta. Sekiranya ingin membaca sebuah novel cinta yang berlainan tetapi cukup menyentuh jiwa aku sarankan untuk membaca novel hebat ini. Tahniah Farrah Izzlorna!!






No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...