Penulis : Aliff Elyas
ISBN: 978-967-14459-6-9
Terbitan: Tebook Press
Tahun Terbitan: 2017
Rahmat, Jasman, Maisarah, Tan Sri Yasin ibarat satu kebanjiran watak kepada pembaca. Pada saya kisah ini bermula dengan tiba - tiba. Konsep terjah, macam melodi pulak lagaknya. Ahaks.
Rahmat datang ke pejabat dengan satu misi untuk menjelaskan isu kebocoran wang syarikat kepada Tan Sri Yasin. Maisarah pula ingin menyampaikan bukti baru yang ditemuinya kepada Rahmat. Pada pagi yang sama, Rahmat bertemu Jasman yang meminta belas ehsannya untuk membelikan makanan. Manakala Tan Sri Yasin seperti tidak kisah dengan isu besar yang sedang melanda syarikat tersebut.
Tiba - tiba nasib Rahmat berubah. Dia dituduh menggelapkan wang syarikat. Tuduhan dibuat oleh Tan Sri Yasin sendiri berdasarkan bukti gambar yang menunjukkan Rahmat memasukkan wang ke akaun peribadinya. Tan Sri datang bersama - sama anggota polis untuk menangkap Rahmat tanpa memberinya peluang untuk membela diri. Tidak dapat berbuat apa - apa, Rahmat terus ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap.
"Jom LIKE page kami Theulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"
Sekarang semua bergantung kepada Maisarah untuk menyelesaikan teka-teki ini. Siapa sebenarnya yang bersalah? Siapa dalang disebalik kejadian ini?
Pembacaan diteruskan dan watak - watak baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Saad, Mansor, Zul, Tan Sri Hazman, Dato' Faizal, Datuk Kamarul, Datuk Samsul, Lokman dan Mail.
Plot cerita pula ditambah dengan kemasukkan kumpulan gengster Mansor dan Tommy. Pergaduhan sesama mereka, aktiviti gusti haram dan pertemuan Jasman dan Maisarah. Kemudian muncul pula watak Jack yang dituduh cuba membunuh Tan Sri Yasin.
Di sini saya mula menjadi agak keliru. Pada pendapat saya cerita ini menjadi terlalu padat. Mungkin sekiranya ini sebuah novel, setiap sub-plot boleh dikembangkan dengan baik. Memandangkan ini hanya mini novel, penulis boleh mengurangkan sedikit sub-plot dan fokus kepada isu penyelewengan wang syarikat dan dendam Jasman.
Di sini saya mula menjadi agak keliru. Pada pendapat saya cerita ini menjadi terlalu padat. Mungkin sekiranya ini sebuah novel, setiap sub-plot boleh dikembangkan dengan baik. Memandangkan ini hanya mini novel, penulis boleh mengurangkan sedikit sub-plot dan fokus kepada isu penyelewengan wang syarikat dan dendam Jasman.
Sekiranya kita lihat, perkaitan hanya wujud antara Tan Sri Yasin dan geng Mansor. Di sini ada relationship yang kuat dimana Tan Sri mengupah Mansor untuk melakukan kerja kotornya. Permusuhan Mansor dengan Jack tidak membantu keseluruhan jalan cerita dan hanya mengusutkan lagi keadaan.
Buat penulis cerita ini, jangan putus asa, anda mampu mengubahnya dan menghasilkan satu karya yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada mini novel ini, kalau dilihat pada pecahan idea, anda mampu menghasilkan 2 novel yang berbeza. 1 mungkin novel aksi yang fokus kepada cerita kumpulan gengster - Mansor, Jack dan Tommy. 1 lagi mungkin novel aksi jenayah colar putih. Keep it up yo!!
p/s: novel ini gabungan 3 cerita. Cerita 1: PERTAMA, Cerita 2: LARI MANAP LARI, Cerita 3: KILLZONE
p/s: novel ini gabungan 3 cerita. Cerita 1: PERTAMA, Cerita 2: LARI MANAP LARI, Cerita 3: KILLZONE
Terbaik tuan. Terima Kasih dengan review itu. Insya Allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk karya seterusnya. :-)
ReplyDeletesama-sama. Teruskan berkarya, bukan semua orang ada bakat untuk menulis seperti tuan :)
Delete