Assalamualaikum semua.
Pada entri kali ini, admin ingin berkongsi tentang event kesukaan ramai. PESTA BUKU!!!
Peminat-peminat buku di luar sana pasti tidak ingin ketinggalan dengan aktiviti yang begitu menyeronokkan ini. Pesta ini telah bermula pada 29 MAC 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 8 APRIL 2018. Bagi anda yang belum berkesempatan untuk datang, jangan risau. Masih ada masa sehingga hujung minggu ini.
Lokasi pameran di SACC Shah Alam bersebelahan dengan PKNS Shah Alam. Mudah kan untuk cari tempat ini. Kalau anda tidak pasti atau takut sesat, guna saja GOOGLE MAP atau WAZE. Pasti sampai.
Terdapat sebanyak 100 gerai pameran yang menjual bermacam-macam jenis buku. Admin dah pergi jumaat minggu lepas. Macam biasa, sanggup ambil cuti sebab tidak mahu bersesak dengan orang ramai pada hari minggu. Jadi, bila pergi hari bekerja lengang sikit suasana. Dapat meneliti buku dengan selesa dan boleh berbual dengan para pempamer di gerai mereka.
Oh ya! Tidak lupa, ada cabutan bertuah setiap hari. Hadiahnya RM500. Lumayan kan!
Anda cuba perlu membuat belian minimum RM30 dan berpeluang mendapat 1 borang cabutan bertuah. Anda tidak perlu risau, mereka akan campurkan semua jumlah belian anda. Contoh, anda beli buku di 3 gerai berbeza, jadi anda ada 3 resit - RM20 + RM10 + RM30 = RM60. Jadi anda layak mendapat 2 borang cabutan.
Kalau anda ada mencari buku-buku terbitan lama, ada juga admin lihat banyak dijual. Admin pun dapat jumpa buku Takdir - Hilal Asyraf yang memang dah tidak diterbitkan lagi. Happy sangat!
Sebahagian dari buku-buku yang admin beli semasa berkunjung ke PESTA BUKU SELANGOR 2018
Inilah novel TAKDIR karya Hilal Asyraf yang dah lama admin cari. Akhirnya kami diketemukan di PESTA BUKU SELANGOR. Patutlah admin macam berat hati je nak balik. Rupanya ada yang menanti untuk dibawa bersama. :)
Nasihat admin, sediakan bajet dan senarai buku yang ingin dicari. Jangan jadi macam admin, seronok tengok semua buku-buku. Rasa ingin beli kesemuanya. PBAKL2018 nanti tak tau lah macam mana. Hehehe.
Akhir kata pada yang suka berswafoto, sila sertai pertandingan swafoto di gerai Bekazon depan pintu masuk. Selamat berpesta semua.
Back to the old memories dengan buku-buku nih ;)...
ReplyDeleteHarap dengan promosi berterusan begini ibubapa ambil kesempatan untuk "refresh" minda anak2 -- set/put aside devices & the internet heeee...
Ya betul tu. Bawa anak-anak ke sini untuk tanam minat membaca dalam diri mereka.
Deletemesti ada banyak promosi untuk buku-buku kan..nak pergilah pesta buku ni
ReplyDeletea'a, byk juga promosi. pergi PBAKL hujung bulan ni, lagi byk gerai buku.
Delete