Tajuk: Mental
Penulis: Tajul Zulkarnain
Tahun Terbit: 2017
Penerbit: Twirlight Zone Publishing
Mental! Itulah tajuk novel Tajul Zulkarnain yang ke-3. Hanya membaca tajuk seolah-olah boleh mengagak apa yang bakal dipersembahkan kepada pembaca. Bagi aku buku ini keluar tepat pada waktunya, disaat masalah kesakitan mental semakin meningkat di Malaysia sekarang ini. Melalui penceritaan di dalam novel ini kita dapat memahami pandangan dan melihat dari perspektif seorang pesakit yang mengalami major depresi sehingga membentuk satu personaliti yang lebih kejam.
Debaran penceritaan bermula seawal mukasurat pertama lagi dan tidak berhenti sehingga ke akhir. Kalau nak rasa perasaan seperti menaiki roller coaster maka novel ini adalah jawapannya. Walaupun hanya 219 mukasurat tetapi mengambil masa selama 3 hari untuk aku habiskan. Why? Kengerian bagi setiap seksaan, torehan dan aksi potong memotong membuatkan aku tidak mampu meneruskan bacaan. ‘Gilalah dia ni!!’… Itu adalah ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku. Betullah dia memang mengalami masalah mental yang kronik.
Susunan plot kemas, garapan yang cukup menarik sehingga membawa kita memasuki ke alam seorang psychopath. Disebalik plot ngeri dan ganas itu begitu banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis ini. Setiap mangsa yang terpilih telah melakukan kesalahan seperti korupsi, mengaibkan seseorang dan membuat fitnah di media sosial. Ada waktunya kita pula seperti menyokong tindakan lelaki psiko ini untuk menyeksa mangsanya. Lihat bagaimana permainan minda yang cuba penulis ini lakukan… bijak bukan!
Dialog yang mampu membuatkan pembaca rasa ngeri:
“Tengok rupa kau, imej muslimah kau, sekali pandang, aku tak percaya kau ni jahat dari setan.” Lelaki itu menarik jarum yang dicucuk pada bibir Lili dengan kasar seperti dia menarik benang yang menjahit koyakan pada kain.
Meskipun begitu, novel ini hanya sesuai untuk pembacaan 18 tahun ke atas. Mungkin terdapat plot yang secara tidak langsung mengajar bagaimana untuk menggunakan peralatan yang sesuai bagi setiap seksaan. Terlalu terperinci setiap perancangan bagi satu hukuman yang dahsyat. Mungkin disini penulis perlu berhati-hati, kerana pembaca diluar sana ada pelbagai karakter.
Lepas habis membaca buku ini, akan membuatkan kita lebih berhati-hati. Malang tidak berbau di mana sahaja kita boleh menjadi sasaran. Oh yer untuk beberapa waktu aku tidak singgah ke Mc D terima kasihlah kepada Tajul Zulkarnain.
Jika anda ingin tahu, buku pertama penulis ini adalah Dari Tanah ke Tanah. Baca ulasan kami di sini.
Wah saya suke crite2 mcm ni.. Kna baca jgk ni..
ReplyDeletekalau suka, mmg kena baca. hehehe
Deletemenarik plot cerita novel ni
ReplyDeletekalau minat psiko thriller, mmg patut baca buku ni.
Deletebaca u share pun dah ngeri
ReplyDeleteni nak suruh baca.. ngori laiii..
gilalah.. potong memotong..
kalau tembak tu ok lagi..kekeke
hehehe, memang ngeri, sebab tu ambil masa 3 hari untuk habiskan cerita ni. Bukunya tak tebal mana, tp tahap ngeri tu yg menyebabkan kena slow down sikit baca.
Delete