Showing posts with label novel psiko. Show all posts
Showing posts with label novel psiko. Show all posts

Book Review #23: MENTAL


Tajuk: Mental
Penulis: Tajul Zulkarnain
Tahun Terbit: 2017
Penerbit: Twirlight Zone Publishing

Mental! Itulah tajuk novel Tajul Zulkarnain yang ke-3. Hanya membaca tajuk seolah-olah boleh mengagak apa yang bakal dipersembahkan kepada pembaca. Bagi aku buku ini keluar tepat pada waktunya, disaat masalah kesakitan mental semakin meningkat di Malaysia sekarang ini. Melalui penceritaan di dalam novel ini kita dapat memahami pandangan dan melihat dari perspektif seorang pesakit yang mengalami major depresi sehingga membentuk satu personaliti yang lebih kejam.


Debaran penceritaan bermula seawal mukasurat pertama lagi dan tidak berhenti sehingga ke akhir. Kalau nak rasa perasaan seperti menaiki roller coaster maka novel ini adalah jawapannya. Walaupun hanya 219 mukasurat tetapi mengambil masa selama 3 hari untuk aku habiskan. Why? Kengerian bagi setiap seksaan, torehan dan aksi potong memotong membuatkan aku tidak mampu meneruskan bacaan. ‘Gilalah dia ni!!’… Itu adalah ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku. Betullah dia memang mengalami masalah mental yang kronik.


Susunan plot kemas, garapan yang cukup menarik sehingga membawa kita memasuki ke alam seorang psychopath. Disebalik plot ngeri dan ganas itu begitu banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis ini. Setiap mangsa yang terpilih telah melakukan kesalahan seperti korupsi, mengaibkan seseorang dan membuat fitnah di media sosial. Ada waktunya kita pula seperti menyokong tindakan lelaki psiko ini untuk menyeksa mangsanya. Lihat bagaimana permainan minda yang cuba penulis ini lakukan… bijak bukan!




Dialog yang mampu membuatkan pembaca rasa ngeri:
Tengok rupa kau, imej muslimah kau, sekali pandang, aku tak percaya kau ni jahat dari setan.” Lelaki itu menarik jarum yang dicucuk pada bibir Lili dengan kasar seperti dia menarik benang yang menjahit koyakan pada kain.

Meskipun begitu, novel ini hanya sesuai untuk pembacaan 18 tahun ke atas. Mungkin terdapat plot yang secara tidak langsung mengajar bagaimana untuk menggunakan peralatan yang sesuai bagi setiap seksaan. Terlalu terperinci setiap perancangan bagi satu hukuman yang dahsyat. Mungkin disini penulis perlu berhati-hati, kerana pembaca diluar sana ada pelbagai karakter.

Lepas habis membaca buku ini, akan membuatkan kita lebih berhati-hati. Malang tidak berbau di mana sahaja kita boleh menjadi sasaran. Oh yer untuk beberapa waktu aku tidak singgah ke Mc D terima kasihlah kepada Tajul Zulkarnain.

Jika anda ingin tahu, buku pertama penulis ini adalah Dari Tanah ke Tanah. Baca ulasan kami di sini.

Senarai buku-buku menarik untuk dibaca tahun 2018



1. HIKAYAT SATRIA SATRIA SEJATI: ARUS PERUBAHAN 

Bakal terbit tidak lama lagi. Follow FB page Hilal Asyraf Offical, slot pre-order telah dibuka dari 15-Feb-2018 hingga 15-Mar-2018.

Untuk makluman, novel ini merupakan kesinambungan dari novel Hikayat Satria Satria Sejati: Generasi Baru. Kisah Ariki seorang anak Maharaja yang tidak suka dan setuju dengan gaya hidup ayahandanya. Dia bangkit menentang dan bertemu dengan Aifer dan Kabeer. Mereka berdua membimbing Ariki dan menunjukkannya jalan kebenaran. Selain itu, mereka juga melatih Ariki menggunakan dan mengawal unsur yang ada dalam dirinya. Unsur apakah yang dimaksudkan, anda perlu baca untuk mengetahui.

Novel ini akan menyambung kisah perjuangan Ariki dalam menengakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman pemerintahan ayahandanya sendiri. 


p/s: Novel Samurai Melayu juga dah dibuka untuk pre-order.

2. KATSURO

Karya penulis novel TERORIS, saudara Syauqie MK. Novel ini terbitan Pukat Pikat Press bakal keluar di  PBAKL 2018. Dengarnya novel ini gabungan kisah romantis +  drama + misteri. Erm, macam mana agaknya tu, boleh follow FB page Pukat Pikat Press untuk dapatkan maklumat lanjut. Penulis ada memberi tahu, manuskrip novel ini telah tersimpan hampir 20 tahun, oh lama tu, mesti sesuatu yang istimewa. 

Bukan itu sahaja, penulis ini juga tengah ligat menulis 3 lagi manuskrip beliau yang bakal terbit iaitu  1.#KerisLongLeh  2.#KrisisCharlie #JanganCariPasal 3.#Sindiket

p/s: KRISIS1-LARI MANAP LARI juga merupakan hasil karya beliau.




3. RANEA

Sebuah novel fantasi sci-fic thriller. Gabungan yang menarik oleh penulis saudara Khairi Mohd. Bakal terbit pada Feb 2018 dan anda boleh baca bab awal novel ini di FB Page NovelKasyaf . Penulis memberi peluang untuk kita membaca bab awal, sekiranya novel ini kena dengan selera anda, boleh terus dapatkan dari penulis sendiri.




4. SCARLETT



Novel terbaru karya penulis Sha Hanim Ramli. Jika anda pernah membaca novel-novel beliau seperti Kitab Lama, Teori X, Cincin, pasti tidak sabar menantikan buah tangan terbaru beliau. Scarlett bakal terbit tidak lama lagi.

Kitab Lama bergenre sejarah, fantasi dan aksi. Disaat ramai penulis wanita berlumba menulis genre cinta pasangan kekasih mahupun suami isteri, penulis bernama Sha Hanim Ramli ini menulis tentang perjuangan bangsa, pengorbanan demi tanah air tercinta dan keluarga, percintaan berlandaskan syariat dan adab sopan yang semakin terhakis. 

Agak kagum dgn plot dan olahan cerita yg cukup menarik dan mengasyikkan. Ternyata penulis tidak menulis semborono tetapi membuat kajian secara terperinci terhadap fakta-fakta sejarah yang terdapat dalam novel ini. Jadi, memang tidak sabar menanti novel terbaru beliau.

5. PAKATAN BAWAH TANAH (ANEKDOT)


Gabungan 20 kisah mantap dari 20 orang penulis dari seluruh Malaysia. Penulis yang terlibat sudah pun memuat naik teaser dari anekdot ini di FB masing-masing. Buku ini sudah siap dicetak. Baca teaser yang dimuat naik oleh penulis-penulis ini memang tidak kering gusi. Pasti kelakar habis, jadi anda boleh dapatkannya segera.

Order di instagram @booklabenterprise pun boleh. Gerenti berbaloi!


6. PEARL

Karya terbaru Shirod Shukri penulis novel Iman Inbox. Kali ini tampil dengan novel terbaru PEARL. Kisah Pearl Ratna dan Rayn. Penulis ada upload bab awal di wattpad. Jadi anda boleh baca dan kalau suka boleh dapatkan novel terus dari penulis. 



PEARL

"You define your own happiness. Kita tak perlukan lelaki yang sesuka hati tarik rasa bahagia kita semudah macam tu! Kenapa perlu bersedih hanya kerana seorang lelaki yang tak mahukan kita?” Ya Pearl, kenapa? Kenapa? Dan kenapa ayat-ayat ini ibarat lontaran ayat penyedap hati kepada diri sendiri? 

Kali ini Pearl Ratna kembali ke Melbourne dengan misi khas. Bagi Pearl, sejarah lama membuatkan dia lebih berhati-hati menyusun lipatan perasaan. 



RAYN

“Dia... interesting.” Rayn tersenyum. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s... a gem. I could sense that.”

Reynolds Hanafi, kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau lelaki ini benci, benci sampai mati juga.




7. PLASMA


Novelis Maya Iris bakal terbit dengan novel thriller berkisarkan jenayah colar putih yang diberi judul PLASMA. Jika anda baca teaser novel ini yang dikongsikan oleh penulis, ada darah, belut, wang, kecantikan dan macam-macam lagi. Apa kaitan semua ini, akan terjawab bila anda baca sendiri novel PLASMA. Maklumat lanjut boleh lawati FB Fan Page Maya Iris

Selain itu, penulis juga bakal terbit dengan 2 lagi novel terbaru Paradoks dan Artifak. Bila? Sila ikuti perkembangannya di FB Fan Page beliau. 




8. Karya Asmah Hashim

Anda pernah baca novel beliau Aduh, Pening!  ðŸ˜¥ðŸ˜£ðŸ˜¢ðŸ˜“😔😕 .Kisah hidup Ikmal, Aleeya dan Nadia yang penuh liku. Aleeya ingatkan bila dia sudah berkahwin, semua masalah selesai. Tidak ada lagi suara-suara sumbang bertanya bila mahu makan nasi minyak. Rupanya, dugaan besar menanti. Nadia bekas isteri Ikmal datang nak rujuk kembali. Katanya demi anak-anak. Hidup Aleeya jadi huru-hara. Puas dia cuba menepis segala cabaran yang datang, namun tidak berjaya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengalah. Melepaskan Ikmal supaya kepalanya tidak pening lagi. Tapi hidup tidak seperti yang dijangka. Aduh, pening!!!



Penulis ini bakal keluar dengan buku terbarunya. Bukan 1 tapi 3 buah untuk bacaan peminat setia diluar sana. Kali ini buku beliau akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

1) Neraca Nisa - DBP (Novel Dewasa)
2) Terima Kasih Ibu - Antologi Cerpen Kanak-kanak- DBP
3) Legasi Bonda- Antologi Cerpen - DBP.



9. Cinta Undercover

Penulis anekdot Awek-Awek Sengal kembali lagi. Kali ini lebih mantap, lebih cun dan lebih kurus...hehehe itu yang penting. Nampaknya AAS bakal mengorat seorang abang macho yang kelihatan seperti Salman Khan. Siapakah abang macho ini dan AAS mana yang berjaya menambat hatinya. Keh,keh,keh...nantikan kemunculan Cinta Undercover April 2018 ini. Follow rapat-rapat update mereka di Facebook.





10. Sanggul Ular

Anda sudah dapatkan dan baca novel seram Uwan Konah? Novelis Haida Hassan bakal kembali dengan novel seram terbaru berjudul Sanggul Ular. Pasti anda semua tidak sabar menantikan novel ini yang bakal diterbitkan oleh Dear Novels. 

11. Tajul Zulkarnain

Nampaknya penulis psiko thriller ini memang mempunyai banyak idea. Mula dikenali dengan novel Dari Tanah ke Tanah, beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Terus fokus pada bidang penulisan dan sehingga kini telah ada 4 buah novel. Beliau juga telah meneroka genre baru iaitu seram dan novel yang bertajuk Bertarung Dengan Syaitan.



Bila kami tanyakan kepada beliau, manuskrip yang bakal terbit, nah!!! 8 terus dia bagi. 

Kesumat
Hutan
Lari
Ikut
Pulang
Khianat
Bertarung Dengan Syaitan Siri#2
Mental II

12. Pazuzu Syaitan Purba





Antara buku-buku lain yang bakal terbit pada tahun 2018

  • Antologi Komplot Seram & Thriller Sewang 


  • Kembara Sufi : Permulaan Sebuah Cerita - Kisah seorang pemuda bernama Sufi mempunyai kebolehan berhubung dengan 5 alam - Alam Kayangan, Alam Jin, Alam Bin, Alam Hin dan lain-lain. Kisah-kisah perang berlaku di setiap alam mencari dan menjaga jiwa paling suci. Menarik kan. 



p/s: Team TheUlatBuku mengucapkan terima kasih kepada semua penulis yang sudi berkongsi gambar dan informasi tentang novel terbaru mereka. 

*kami akan mengemaskini list ini dari semasa ke semasa. Informasi ini kami dapatkan secara terus dari penulis di FB mereka.

IMBASAN 2017



Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu, akhirnya kita sampai ke penghujung 2017. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2017 dan kami mengharapkan anda akan teruskan menyokong kami di tahun 2018.

Pada awal kemunculan, kami bermula dengan FB page yang diberi nama D'ulatbuku. Sayangnya, apabila sinar cahay mula kelihatan, page kami telah di block. Apa sebabnya tidaklah kami ketahui dan usaha untuk mendapatkannya semula gagal. Sedih, itu saja yang mampu kami ucapkan. Namun, untuk berjaya, jatuh sekali pasti tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus mencuba dan berjuang. BANGKIT!!!

Jadi terhasillah blog ini dan FB page TheUlatBuku. Kalau belum LIKE, mari ramai-ramai LIKE page kami. Anda pasti mendapat perkongsian yang berguna.


RANGKUMAN ULASAN BUKU 2017

Team TheUlatBuku telah menghasilkan 20 ulasan buku dari pelbagai jenis genre. Di bawah adalah senarai buku-buku yang telah kami ulas sepanjang 2017 untuk tatapan anda semua. Bolehlah marathon baca ulasan kami.


APA AKTIVITI MENARIK DI BLOG & FB PAGE SEPANJANG 2017?
  • Pertandingan #ulasgayasendiri - kami telah mengadakan satu pertandingan ulasan buku yang berlangsung pada bulan Nov '17 yang lalu. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap akan ada lebih ramai penyertaan untuk pertandingan yang akan datang.

Di bawah adalah screen shot ulasan dari pemenang Puan Rozita untuk buku Mat Clearner UK.





MAKLUMAT BERMANFAAT  UNTUK ANDA PEMINAT BUKU

Kami berkongsi maklumat yang pastinya diperlukan oleh peminat buku di luar sana. Informasi ini diharapkan dapat membantu peminat dan pencinta buku.

SEGMEN: 5 BUKU PILIHAN TEAM THEULATBUKU

Salah satu segmen yang kami perkenalkan bagi membantu anda semua mempelbagaikan jenis genre bahan bacaan. Mungkin ada yang tidak dapat membuat pilihan apa yang patut dibaca, jadi kami harap dengan cadangan pilihan yang kami kemukakan dapat membantu anda.

Kami akan teruskan segmen ini. Nantikan 5 pilihan menarik team TheUlatBuku dari genre yang lain pula.

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...