Showing posts with label bibliophile. Show all posts
Showing posts with label bibliophile. Show all posts

9 Fakta menarik tentang si pembaca buku



Seorang yang mempunyai empati dalam diri.

Bila membaca, pelbagai karakter dan keadaan akan dilalui. Gembira, sedih, marah, kecewa, simpati, bertolak ansur dan bermacam-macam lagi pasti dirasai oleh seorang pembaca. Ini membantu meningkatkan empati dalam diri.

Seorang yang menghargai masa bersendirian.

Jika ada ruang masa yang menyebabkannya dia berseorangan, itu bukan satu masalah. Buku teman setia, pasti masa berlalu dengan pantas sekali. 

Seorang yang berpandangan jauh.

Membaca umpama satu pengembaraan mencari ilmu. Semakin banyak buku yang dibaca, semakin luas fikiran akan dibuka. Aktiviti membaca juga membantu menajamkan minda untuk menganalisis sesuatu keadaan dan memberi cadangan yang baik.

Seorang yang suka melakukan aktiviti positif.

Membaca adalah salah satu aktiviti yang positif. Seorang yang suka membaca pasti tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah dan aktiviti yang berunsur negatif.



Seorang pendengar yang baik.

Apabila membaca, ia memerlukan daya tumpuan yang tinggi, jadi seorang pembaca sememangnya seorang pendengar yang baik. Dia pasti dapat mendengar dan menganalisis setiap bait kata yang anda sampaikan. Cuba berbual dengan mereka, anda akan sedar akan kelebihan ini.

Seorang yang mudah untuk rasa dihargai.

Kalau anda keluar dengan si pembaca buku, bawa mereka singgah di mana-mana kedai buku, dia pasti akan gembira dan rasa dihargai.

Seorang yang mempunyai ingatan yang baik.

Salah satu kelebihan membaca ialah aktiviti ini mampu meningkatkan daya ingatan. Membaca merupakan senaman kepada otak kita. Jadi seorang yang suka membaca, dia juga mempunyai ingatan yang baik. 

Seorang pembaca bukanlah seorang introvert.

Ada orang berpendapat, seorang yang suka membaca adalah introvert kerana dia seperti suka menyendiri. Oh, itu adalah tidak benar. Cuba anda berkawan dengan seorang pembaca, pasti banyak kebaikan akan diperolehi. Usah takut mendekati mereka.

Mudah untuk diberikan hadiah.

Kalau anda ingin mencari hadiah untuk si pembaca buku, tidak perlu berfikir panjang. Bagi saja hadiah buku pasti membuatkan tuan empunya diri tersenyum lebar.




Adakah anda seorang bibliophile?

Tahukah anda apa itu bibliophile?

Bibliophile bermaksud pencinta buku atau peminat buku. Adakah korang tergolong dalam kelompok unik ini?



Kelompok ini dikatakan unik kerana mempunyai ciri-ciri dibawah:

  • sukakan apa saja berkaitan buku - baca buku, beli buku, hias buku.
  • tempat shopping paling digemari ialah kedai buku.
  • objek yang perlu ada dalam beg ialah buku.
  • masa akan terasa cepat berlalu bila ada buku ditangan.
  • impian untuk ada sebuah library dirumah.


  • memperuntukkan satu bajet setiap bulan untuk membeli buku.
  • setiap buku baru yang dibeli mampu memberikan kebahagiaan.
  • menanti buku pre-order sampai adalah satu penyeksaan hehehe.
  • balut buku yang baru dibeli sebelum mula membaca.
  • bila dah mula baca, susah nak lepaskan buku selagi tak jumpa penamat.

Adakah anda dalam kelompok unik ini? Membacalah kerana itu bukti anda bijaksana.

#theulatbuku #writersbestfriend

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...