Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

9 Fakta menarik tentang si pembaca buku



Seorang yang mempunyai empati dalam diri.

Bila membaca, pelbagai karakter dan keadaan akan dilalui. Gembira, sedih, marah, kecewa, simpati, bertolak ansur dan bermacam-macam lagi pasti dirasai oleh seorang pembaca. Ini membantu meningkatkan empati dalam diri.

Seorang yang menghargai masa bersendirian.

Jika ada ruang masa yang menyebabkannya dia berseorangan, itu bukan satu masalah. Buku teman setia, pasti masa berlalu dengan pantas sekali. 

Seorang yang berpandangan jauh.

Membaca umpama satu pengembaraan mencari ilmu. Semakin banyak buku yang dibaca, semakin luas fikiran akan dibuka. Aktiviti membaca juga membantu menajamkan minda untuk menganalisis sesuatu keadaan dan memberi cadangan yang baik.

Seorang yang suka melakukan aktiviti positif.

Membaca adalah salah satu aktiviti yang positif. Seorang yang suka membaca pasti tidak akan menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah dan aktiviti yang berunsur negatif.



Seorang pendengar yang baik.

Apabila membaca, ia memerlukan daya tumpuan yang tinggi, jadi seorang pembaca sememangnya seorang pendengar yang baik. Dia pasti dapat mendengar dan menganalisis setiap bait kata yang anda sampaikan. Cuba berbual dengan mereka, anda akan sedar akan kelebihan ini.

Seorang yang mudah untuk rasa dihargai.

Kalau anda keluar dengan si pembaca buku, bawa mereka singgah di mana-mana kedai buku, dia pasti akan gembira dan rasa dihargai.

Seorang yang mempunyai ingatan yang baik.

Salah satu kelebihan membaca ialah aktiviti ini mampu meningkatkan daya ingatan. Membaca merupakan senaman kepada otak kita. Jadi seorang yang suka membaca, dia juga mempunyai ingatan yang baik. 

Seorang pembaca bukanlah seorang introvert.

Ada orang berpendapat, seorang yang suka membaca adalah introvert kerana dia seperti suka menyendiri. Oh, itu adalah tidak benar. Cuba anda berkawan dengan seorang pembaca, pasti banyak kebaikan akan diperolehi. Usah takut mendekati mereka.

Mudah untuk diberikan hadiah.

Kalau anda ingin mencari hadiah untuk si pembaca buku, tidak perlu berfikir panjang. Bagi saja hadiah buku pasti membuatkan tuan empunya diri tersenyum lebar.




INFO : Di mana boleh beli buku secara online?



Zaman sekarang kan, semua pun mudah, senang dan cepat. Banyak perkara yang kita boleh lakukan secara atas talian. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kedai buku bagi mendapatkan buku kegemaran anda.

Teringat satu peristiwa, bagaimana novel bersiri Harry Potter mula terkenal di seluruh dunia. Peminat siri ini sanggup beratur awal pagi dihadapan kedai menjual buku bagi mendapatkan naskah terbaru karya J.K.Rowling. 

Sekarang kita dah mempunyai banyak pilihan sama ada ingin ke kedai buku atau beli secara online melalui website, Facebook atau Instagram.

Jom kita tengok, antara laman web yang anda boleh lawati sekiranya ingin mendapatkan buku menarik dan terkini.

1) BUKUSO.COM

  • kedai buku online yang menjual pelbagai jenis buku terbitan beberapa penerbit seperti SO Publishing, KTR Press, Prolog Media dan beberapa penerbit lain lagi.



2) BOOKCAFE.COM.MY

  • website bookcafe.com.my menjual berbagai jenis genre buku dari buku kanak-kanak, buku agama, buku resepi, motivasi dan novel boleh didapati di sini. Apa yang menarik, selalu ada promosi hebat dan anda dapat membeli buku dengan harga yang lebih murah.



3) MPH ONLINE

  • Sebuah lagi kedai buku yang tidak asing lagi bagi orang ramai. Selain buku, MPH juga menjual pelbagai jenis kelengkapan alat tulis.


4) Karangkraf Mall

  • website ini menjual novel terbitan Buku Prima, buku-buku sekolah, majalah dan macam-macam lagi. 



5) Book Depository

  • Sekiranya ingin mencari bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda boleh melayari laman web ini. Pelbagai pilihan yang mereka tawarkan. 



6) Kinokuniya

  • Tidak perlu lagi bersusah payah ke KLCC. Anda boleh dapatkan buku-buku yang dijual di kedai buku Kinokuniya secara online.



Ada juga penulis buku yang menjual sendiri hasil karya mereka (self-publish). Biasanya mereka akan promosi di Facebook atau Instagram. Antaranya seperti dibawah:

Anekdot buku-buku perubatan

Novel Psiko Thriller - antaranya Dari Tanah ke Tanah

Novel cinta fantasi, lain dari lain - antaranya Rooftop, Infiniti

Novel Didera Hujan



Penerbit buku anekdot seperti Cikgu Kelas Sebelah

Antara novel karya beliau - Pemburu, Suri hati Encik Pembunuh & HERO


 Jadi mencari bahan bacaan yang berkualiti bukan satu masalah lagi. Dengan adanya media sosial yang digunakan secara berleluasa, semua informasi mudah untuk diakses dari mana sahaja.

#membacalahkeranaitubuktiandabijaksana
#books
#ulasgayasendiri


INFO: JUALAN BUKU MURAH.

Mungkin ramai yang tidak tahu, di mana nak dapatkan buku yang berkualiti and same time dengan harga yang berbaloi - baloi.

Jom tengok info kat bawah, boleh dapatkan segera sementara stok masih ada.

1. SO Publishing
2. FB: Buku SO
3. Berminat untuk beli, whatsapp je no yang tertera pada poster.
4. Boleh baca review - TERORIS, NALAR
5. Nak tengok buku apa lagi yang ada boleh pergi ke website http://www.bukuso.com/
6. Kami pun tak lepaskan peluang, baru beli buku sebab promo #kasikosongstor ni.


"Jom LIKE page kami Theulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"



3. Review novel Dari Tanah ke Tanah
4. Berminat untuk dapatkan, boleh contact penulis sendiri di FB.

Dengarnya stok untuk set kombo ni dah semakin berkurangan. Baik PM cepat sebelum kehabisan.



1. Satu lagi event untuk mengisi masa cuti hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah.
2. Bermula pada 29th Sept - 1st Oct 2017
3. Di mana? Di SUNWAY PUTRA MALL
4. Maklumat lanjut di FB: ThukulCetak
5. Bakal ada di event ni Prolog Media yang terkenal dengan novel - novel berikut - JIKA AKU, ROOFTOP, INFINITI



1. Merupakan satu lagi acara bi-weekly - PASAR BUKU BANGI
2. Kalau berkesempatan boleh dapat dan dapatkan buku - buku menarik di pasar buku ini
3. Untuk dapatkan info terkini boleh LIKE FB: PASAR BUKU BANGI
4. Ramai juga penulis yang jual buku sendiri di pasar ini. Antaranya Michiko Ohara Novelista
5. Sesi bertemu penulis pun ada, boleh lah beli buku terus minta autograph..hehehe




Happy weekend and happy reading!!!

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...