5 Faktor Pengaruhi Si Pembeli Buku



Dalam setiap perkara, pasti ada faktor pendorong yang akan mempengaruhi setiap keputusan. Begitu juga yang berlaku bila si pembeli buku ingin memilih buku pilihan. Pelbagai persoalan akan muncul di minda. Namun, apakah yang akan menjadi faktor utama dalam mereka membuat keputusan.

Baru-baru ini, kami telah membuat satu tinjauan ringkas di laman FB Theulatbuku. Terima kasih kepada semua yang telah memberi respon kepada tinjauan tersebut. Semua respon anda amat kami hargai. 


Berdasarkan komen dan respon yang diberikan, kami telah membuat analisis. 5 faktor pendorong telah dapat dikenalpasti. Faktor ini bakal mempengaruhi si pembeli buku. Ingin tahu? Jom kita lihat keputusan tinjauan tersebut.




  • Genre sesebuah buku telah menjadi faktor utama. 31% respon dari si pembeli buku berpendapat genre buku penting untuk mereka membuat keputusan. Jika kita lihat, pembaca di Malaysia ramai yang cenderung kepada satu genre sahaja. Ada yang suka membaca cerita seram, ada yang suka novel cinta, ada yang suka membaca travelog. Setiap mereka mempunyai minat yang tersendiri. 

2) PENULIS
  • Populariti seseorang penulis juga antara faktor penting yang akan mempengaruhi pembeli. Jadi penulis perlu membina nama dan populariti untuk menarik perhatian peminat buku. Contohnya, nama-nama besar  seperti   HAMKA, RAMLEE AWANG MURSHID dan PAK LATIF memiliki kelompok peminat yang sentiasa menanti karya terbaru mereka dan akan  terus membeli tanpa ragu-ragu. HAMKA, walaupun beliau telah lama tiada, namun namanya terus hidup hingga ke hari ini dan buku-bukunya sentiasa dicari.



3) HARGA
  • Harga sebuah buku menduduki tempat ke-3 dalam tinjauan ini. Pada masa sekarang, kos hidup semakin hari semakin meningkat. Mungkin bagi sesetengah orang, buku bukan satu keperluan yang wajib dibeli. Jadi harga untuk buku tersebut agak tinggi, mereka akan mengetepikan dahulu. Alternatif lain seperti membuat pinjaman di perpustakaan, membeli buku preloved juga antara pilihan untuk mereka.

4) REVIEW / ULASAN

  • Ulasan buku telah menjadi satu trend pada masa kini. Sudah banyak platform yang wujud untuk pembaca buku mencari ulasan tentang sesebuah buku sebelum membelinya. Platform seperti Goodreads, Instagram, Facebook, Twitter mempunyai banyak ulasan tentang sesebuah buku. Jadi melalui ulasan dapat membantu si pembeli membuat pilihan yang bijak.

5) CADANGAN DARI TEMAN RAPAT

  • Kadang kala, bila kawan syorkan sesebuah buku, si pembeli buku akan lebih senang terpengaruh. Jadi cadangan dari teman rapat ini memang memberi kesan dalam pilihan dan keputusan pembelian buku. Admin pun selalu juga dipengaruhi oleh kawan-kawan tentang buku apa yang hendak dibeli. 


Selain dari 5 faktor ini, terdapat banyak lagi faktor lain yang dipertimbangkan oleh pembeli buku. Antara respon lain yang kami perolehi ialah, design kulit buku, tajuk, sinopsis, penerbit, isi kandungan buku, kualiti cetakan, populariti buku dan akhir sekali koleksi.

Jika kita lihat dari tinjauan ini, setiap elemen pada buku itu memberikan kesan kepada pilihan pembaca. Ada yang melihat dari segi luaran buku seperti design kulit buku yang menarik, tajuk yang catchy, kualiti buku dan penerbit. Ada yang melihat dari segi dalaman seperti apa isi kandungan buku, apa kata mereka yang sudah membaca buku itu (ulasan) dan cara penulisan. Ada juga yang memilih buku berdasarkan minat mereka, jadi genre akan menjadi faktor utama.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak menjadi ulat buku, anda boleh mula mempertimbangkan faktor ini ketika membeli buku.


No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...