Apa genre buku yang menarik untuk dibaca?



Secara umumnya, novel boleh dikategorikan kepada 2 bahagian - fiksyen dan non-fiksyen. Terdapat banyak sub-kategori dibawah novel fiksyen antaranya seperti cinta, thriller, seram, sai-fai, fantasi dan misteri.

Pada entri kali ini, mari kita mengupas 4 kategori dalam bahagian fiksyen.

1) CINTA
  • Genre ini mengetengahkan tentang emosi, kasih sayang, kesetiaan dalam sesuatu perhubungan. Ianya adalah satu topik yang luas skopnya tidak hanya tertumpu pada kisah cinta lelaki dan wanita sahaja. 
  • Cinta boleh meliputi rasa cinta manusia kepada pencipta, cinta pada keluarga, kasih sayang antara sahabat dan banyak lagi. Rasa suka, sedih, kecewa bercampur baur sepanjang perjalanan cerita. Ini menambahkan lagi rencah cerita dan menjadikan emosi pembaca turut sama berubah. 
  • Antara novel-novel cinta yang menarik dan bagus untuk dibaca seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, Bisik Pada Langit karya Siti Khadijah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick karya Hamka
  • Jika diluar negara penulis genre cinta yang terkenal antaranya Nora Roberts (The Obsession). Beliau telah menghasilkan lebih kurang 200 novel cinta dan dipasarkan diseluruh dunia.

2) THRILLER
  • Genre thriller ini kita boleh klasifikasikan kepada beberapa jenis seperti action-thriller, psiko-thriller, crime-thriller, epik-thriller dan horror-thriller. 
  • Bila kita bercerita tentang thriller, ianya pasti melibatkan degupan jantung yang laju, perasaan cemas dan suspen. Jika semua ini berjaya digarap dengan sempurna, pasti karya itu akan menjadi genre thriller yang menarik.
  • Antara novel thriller yang bagus dan berjaya memaparkan semua elemen diatas dengan baik ialah karya Ramlee Awang Murshid seperti Mandatori, Ungu Karmila (psiko-thriller), Tombiruo, ADAM, Satu Janji (action-thriller). Siri novel beliau SUNAN adalah satu contoh novel epik-thriller yang baik.
  • Terdapat juga penulis novel lain yang menghasilkan cerita thriller yang tidak kurang hebatnya seperti TERORIS, TEMPUR, GERAK GEMPAR, DARI TANAH KE TANAH
  • Jika di luar negara, penulis seperti Stephen King (IT, Dark Tower), Dan Brown (The Da Vinci Code) antara yang terkenal dalam genre ini.



3) FANTASI
  • Jika kita berbincang tentang novel fantasi, pasti terbayang di minda karya novelis terkenal dunia J.K.Rowling. Novelnya HARRY POTTER SERIES telah menjadi antara fenomena dalam dunia penulisan buku. 
  • Apa agaknya formula beliau bagi menjadikan novel ini begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat didunia? Fantasi adalah tentang imaginasi dan angan-angan. Dalam sebuah cerita fantasi pasti ada unsur keajaiban, misteri dan keanehan. Jika kita kaji secara mendalam, watak dalam novel fantasi pasti ada 2 jenis kehidupan - nyata dan khayalan.
  • Kedua-dua kehidupan ini perlu diadunkan dengan baik supaya pembaca percaya dengan apa yang dilalui oleh watak tersebut. 
  • Antara karya fantasi yang menarik untuk dibaca seperti Siri Saga Artakusiad (Ahmad Patria), Trilogi The Lord of The Rings, Puteri Naga Tiberius (Sri Rahayu Mohd Yusop).

4) SERAM
  • Antara genre buku yang diminati rakyat Malaysia pada masa kini. Genre ini amat berjaya sama ada dalam bidang penulisan, drama atau filem. Kelahiran penulis dalam menghasilkan novel, cerpen juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi perlu diingat, seram bukan hanya pada watak tetapi bagaimana perasaan seram itu diwujudkan.
  • Skill untuk menimbulkan perasaan seram itu amat penting kerana itu yang akan menjadikan sesuatu jalan cerita itu menyeramkan. 
  • Genre ini bukan hanya tertumpu pada kisah hantu saja. Banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan tunggak seperti kepercayaan kuno dalam sesuatu masyarakat atau amalan khurafat.
  • Antara penulis dan novel yang menarik dari genre ini seperti Jangan baca novel ini (Ismi Fa Ismail), Lengloi (Maria Kajiwa), Orang Gaji (Daisy Zahra), Uwan Konah (Haida Hassan)




No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...