5 Novel Seram Melayu Wajib Baca.




1.UWAN KONAH KARYA HAIDA HASSAN



Kisah mengenai Munah yang kerap menerima gangguan dari makhluk halus milik nenek saudaranya. Kepulangannya ke kampung untuk bercuti seolah-olah mendekatkan dirinya dengan makhluk tersebut. Hidup Munah semakin tidak keruan bila hampir setiap malam dia dihantui dan bermimpi ngeri. Malah mimpi tersebut boleh menyebabkan Munah cedera secara realiti. Namun di dalam ketakutan itu terdapat seseorang yang membantu Munah setiap kali dia bermimpi ngeri. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Munah sentiasa rasa selamat setiap kali dia muncul. Klimaks cerita dan twist yang menarik. 

Kenapa novel ini wajib baca? Kisah yang dekat dengan masyarakat kita. Bukan cerita kosong tapi terselit pengajaran yang berguna untuk pembaca.

Review Penuh: Uwan Konah



Kisah dimulai dengan kedatangan Sara sebagai orang gaji baru di banglo tersebut. Dia disambut dingin oleh Mak Yam. Sedari awal Sara telah diberi arahan untuk mengikuti peraturan yang ketat sekiranya mahu terus bekerja di rumah itu. Peraturan ketat di dalam rumah itu menimbulkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam diri Sara sehingga dia terpaksa melalui beberapa siri gangguan misteri.

Kenapa novel ini wajib baca? Ini adalah novel yang telah memenangi Anugerah Novel Seram Terbaik. Bukan sekadar menang award, jalan cerita dan cliff hanger memang menarik dan best!

Review Penuh: Orang Gaji

3. JANGAN BACA NOVEL NI KARYA ISMI FA ISMAIL


Tajuknya sudah cukup unik. Cover buku bersama tulisan merah cukup menarik perhatian pembaca untuk tahu misteri tentang buku ini. Ya, buku ini memang penuh misteri, debaran dan keanehan. Nasihat kami, kalau memang jenis lemah semangat, make sure baca bersama-sama orang lain ya. Novel ini bercerita tentang kisah Munir. Dia kebetulan bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Adib. Apa yang peliknya, Adib tidak pernah lupa membawa sebuah novel berkulit hitam yang usang. Anehnya novel itu tidak ada tajuk. Jeng! Jeng! Jeng!. Pergh terasa kemisterian and keseraman novel ini. Munir punya rasa ingin tahu terus membuak-buak dan akhirnya dia dapat baca novel Adib ni. Dalam buku itu ada koleksi cerita-cerita pendek yang menyeramkan. Nak tahu seram yang macam mana, korang kena dapatkan buku ini sendiri dan baca.

Kenapa novel ini wajib baca? Cara penceritaan penulis dan konsep novel ini memang berbeza. Tajuk pun tak bagi orang baca, itu yang menarik ramai orang untuk membacanya.

4. MANUSCRIPT KARYA SAIDEE NOR AZAM


Bagi seorang yang bergelar penulis, masalah yang paling ditakuti adalah ‘writers block’. Iman Zaman semakin tertekan kerana sudah kekeringan ilham untuk mengarang cerita seram. Ketua editor syarikat penerbitan terkenal kerap kali menghubungi Iman dan bertanya tentang manuskrip baru. Di tambah lagi dengan sikap isterinya Diana yang semakin dingin. Pelbagai masalah yang muncul, tetapi Iman cuba mengelakkan diri dari prasangka buruk, dia tidak mahu penyakit skizonya muncul kembali.

Iman membuat keputusan untuk tinggal disebuah banglo mengharapkan ‘writers block’ dapat diatasi. Namun sebaliknya terlalu banyak misteri yang terpaksa Iman lalui di situ. Apa yang menyebabkan Iman ketagihan air roselle dan siapa lelaki yang selalu menghantui hidupnya? Siapa sebenarnya Faten Suhanna dan mampukah Iman menyiapkan manuskrip terbarunya?

Terlalu banyak persoalan, misteri dan permainan emosi. 
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” – Faten Suhanna
Antara dialog yang mendebarkan ketika Faten Suhanna di serang.

Kenapa novel ini wajib baca?
Silalah dapatkan buku ini untuk merasakan rentak emosi yang turun naik dan perasaan yang mendebarkan.

5. ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG



Runcing II - Zharulnizam Shah Z.A
“Dalam Kembara Mistik Yang Cukup Mendebarkan, Antara Pertarungan Haq Lawan Batil.”

Bidadari Pencabut Nyawa - Riduan Judin
“Darah Dan Hati Kamu Pasti Akan Menambah Kejelitaanku!” 

Penunggu Rumah Pasung - Jessy Mojuru
“Rumah Pasung Ini Menyimpan 1001 Rahsia. Hanya Dia Dan Temannya Yang Tahu.”

Tetamu Siang - Ramlee Awang Murshid
“Awas, Aku Akan Mencabut Nyawa Kalian Bila Siang Menjelma Tanpa Belas Dan Kasihan!”

Kenapa novel ini wajib baca? Gabungan 4 cerita mistik dalam satu antologi daripada penulis genre seram di Malaysia. Rugi tak baca, 4 in 1, seram berganda-ganda!

3 comments:

  1. Ika pernah baca Manuscript & Jangan Baca Novel Ni sahaja setakat yang tersenarai dalam list ni. Yang lain tak pernah baca lagi :) Terimakasih dgn suggestion. Tau dah lepas ni nak beli buku apa.

    ReplyDelete

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...