Tajuk: ANARKIS
Penulis : Khairul Nizam Khairani
ISBN: 978-967-369-321-4
Terbitan: Penerbit X
Tahun Terbitan: 2016
Buku ni buat aku rasa berbelah bagi, 50 - 50 perasaan nak
baca atau nak stop. Aku baca sampai bab 3, lepas tu aku sembang pasal buku ni
dengan member. Lepas habis borak, rasa macam apa yg aku baca pada 3 bab pertama
jadi menarik. Pelikkan. Dah la sembang dalam Grab, mesti driver tu confius.
Yelah aku cerita pasal Jeneral Revan kena tembak oleh sharpshooter Sarjan Awai.
Cerita dengan bersungguh-sungguh macam kejadian yang betul-betul berlaku.
Kami bercerita macam ini adalah peristiwa hangat dan tengah viral di media
sosial. Aku perasan driver tu duk jeling kat cermin pandang belakang. Sebelum
turun, sempat aku tamatkan cerita dengan bagi tahu kawan aku, "kita
sembang pasal novel ni, macam kes ni betul-betul berlaku, padahal ni cerita
thriller je." Hehehe
Aku rasa betul juga anggapan yang kita perlu bercerita atau
kongsi pandangan dengan orang lain. Hasilnya aku lebih faham dengan 3 bab
pertama yang aku baca. Jadi bersemangat aku sambung baca bab seterusnya sampai
habis.
Kesimpulannya DAHSYAT.
Aku dan novel ni ada satu tarikan yang lebih kurang sama
dengan TEMPUR. Dah lama aku usha, tiap kali ke kedai buku nampak, belek tapi
tak beli. What a strange relationship.
So, korang pun mesti rasa excited kan bila baca review aku
ni. ANARKIS kisah tentang seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk misi
pengaman di Bosnia. Namun satu kejadian yang tidak diingin telah berlaku dan
dia tekad membunuh Jeneral Revan Tanovic, tentera Serbia. 5 tahun meringkuk
dalam penjara di Croatia, akhirnya dia berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Di
sini perlariannya bermula sekali lagi bila dia menjadi buruan musuh yang tidak
dikenalpasti.
ANARKIS ini adalah satu falsafah yang membawa maksud cara hidup yang menolak kedaulatan kerajaan ke atas seseorang. Bila selesai membaca novel ini, baru kita akan faham kenapa tajuk ini dipilih.
Bab awal menceritakan sedikit sejarah peperangan Bosnia,
siapa Sarjan Awai dan bagaimana dia membunuh Jeneral Revan. Aku terfikir, apa
yang menyebabkan bacaan ini diteruskan? Erm, aku pun tak pasti. Bunyi tembakan
hanya bergema sekali dua dalam 3 bab ini. Jadi penulis berjaya menarik perhatian
pembaca at least 50% untuk terus membaca. Momentum bacaan terus meningkat,
emosi turun naik, debaran di sana sini. Ada ketika plot cerita jadi kelakar
dengan sedikit cubit manja antara Arman dan Anne. Begitu juga ada diselitkan
konflik keluarga antara Dr. Jason, Marina dan Sarjan Awai. Novel ini telah
dimasak dengan pelbagai rempah ratus bagi menghidangkan juadah yang menyelerakan
kepada peminat genre thriller.
Sedikit plot yang saya rasa boleh diperbaiki lagi bagi
menambah rasa umphh dalam cerita ini.
1) Plot ketika Ejen Doyle dan Sir Anthony diserang hendap
ditengah-tengah bandar. Berdasarkan situasi awal, kereta mereka terperangkap
dalam kesesakan dan ketika itu sebutir peluru dilepaskan dan mengenai Sir
Anthony. Bila aku baca, rasa macam situasi itu cuma ada mereka bertiga (driver,
Ejen Doyle & Sir Anthony) dan penembak hendap. Kenapa aku rasa sebegitu,
penceritaan terlalu menumpu kepada mereka saja. Tidak ada penceritaan tentang
situasi sekeliling secara jelas. Ya betul, penulis ada menyatakan yang orang ramai
menjerit bagai histeria. Namum itu tidak berjaya mengambarkan kekecohan secara
tepat. Kemudian, banyak tembakan dilepaskan, jadi dalam keadaan kelam kabut ini
aku rasa pasti ada orang awam yang terkena tembakan rawak itu @ tercedera. Perasaan cemas dan debaran kurang dirasai, yang pada aku kalau ditambah sedikit lagi rencah memang akan jadi lebih cantik dan kemas.
2) Beberapa plot pertempuran Sarjan Awai dengan bekas skuad
elite SAS, aku mengharapkan scene pergaduhan mereka lebih banyak aksi. Aku
rasakan Sarjan Awai menang dengan agak mudah tanpa tentangan yang hebat dari
askar-askar Flint. Tak sempat nak tengok kehebatan mereka dah mati ditembak
Awai.
Ok yang ni nak puji sikit, ada satu plot tu...sedih. Serius
terasa dihati. Dalam pelarian, dia masih sempat menyelamatkan orang dan
disebabkan itu, persepsi orang ramai berubah terhadap Sarjan Awai. Mereka
menyuruhnya lari supaya tidak ditangkap polis. Aku tak nak bagi spoiler, korang baca dan rasa sendiri feel ni. Good job, feel sampai.
Bagaimanapun, masih banyak persoalan yang tidak terjawab.
Tengah syok baca lepas tu habis kat situ je.
Arghh...kena cari sambungan ANARKIS:BANGKIT.
Pesanan terakhir, buat korang yang plan nak baca buku ni, make sure korang ada novel ANARKIS dan ANARKIS:BANGKIT. Kalau tak jadi macam aku, tengah syok baca tiba - tiba dah sampai helaian terakhir. Kesudahan tak pasti lagi macam mana. Jadi terpaksa bersabar dan pergi cari sambungannya untuk mengetahui nasib Sarjan Awai.
No comments:
Post a Comment