10 Buku Yang Bakal Membuka Minda Anda.



Buku adalah jendela dunia. Banyak perkara yang anda bakal perolehi dengan membaca. Anda boleh meneroka alam, menambah pengetahuan, menganalisis kronologi sesuatu peristiwa dan menyelami fikiran.


Banyak manfaat yang dapat diberikan sebuah buku kepada pembacanya. Membaca buku bukanlah aktiviti yang membosankan, malah buku memberikan pembacanya cabaran minda yang mengujakan. Berikut kami senaraikan 10 buah buku yang bakal membuka minda anda.




1. Segelas ‘Asir di Muara Nil
Penulis: Ibnu Rijal
Tahun Terbit: 2017
Penerbit: Karya Bestari


Buku Segelas ‘Asir di Muara Nil merupakan sebuah catatan perjalanan seorang penulis muda di bumi Mesir. Catatan perjalanan ini disampaikan kepada pembaca seolah-olah penulis sedang menulis di diarinya.  Pembaca akan dibawa kembara bersama penulis menelusuri kota-kota lama dan baru di Mesir dan segala pahit manis perjalanan tersebut.Bab-bab di dalam buku ini disusun plot demi plot, maka pembaca akan merasakan sebuah pengalaman kembara bersama sambil ditemani rakan kembara yang mengajak pembaca berfikir mengenai ibrah dari tempat-tempat yang dilawati, serta fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan tempat tersebut.



2. Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbit: 2009
Penebit: PTS Litera Sdn Bhd

Buku ini menceritakan tentang Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.

Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). 
Kemudian cuba menakluk Mesir.

Banyak pengajaran yang kita perolehi dari buku ini. Pemerintahan Monggol yang terkenal dengan kekejaman. Penaklukan mereka telah memusnahkan Kota Baghdad. Semua buku-buku telah dimusnahkan sehingga air Sungai Dajlah bertukar warna. Sesungguhnya kedatangan Hulagu Khan memang membawa "Khabar Hitam dari Timur".




3. Apa Lagi Cina Mahu 
Penulis: Firdaus Wong,  Ahmad Iqram Mohamad Noor
Tahun Terbit: 2019
Penerbit: MRM (Multiracial Reverted Muslims) Publication

Buku ‘Apa Lagi Cina Mahu’ dihasilkan oleh seorang tokoh pendakwah Muslim berbangsa Cina iaitu Firdaus Wong Wai Hung. Buku adalah bacaan umum terutama untuk mereka yang bukan berbangsa Cina. Melihat pada tajuk kelihatannya seperti ada unsur perkauman tetapi sebenarnya tidak.Isi buku ini adalah mengenai budaya, amalan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat cina di Malaysia.Bermula dari  pengkisahan tentang asal-usul, agama, kepercayaan,pantang larang sehingga perayaan bangsa cina diterangkan di dalam buku ini.




4. Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa
Penulis: Raudah "Roza" Roslan & Muhd Kamil Ibrahim

Tahun Terbit: 2017

Penerbit: Galeri Ilmu

Sebuah travelog. Pasangan penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak ... rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? 

Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.




5. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Edisi Malaysia)
Penulis: Hamka
Tahun Terbit: 1987
Penerbit: Pustaka Dini

Cerita ini berkisar tentang semangat juang Zainuddin, bagaimana merana dan melaratnya hidup Zainuddin setelah cintanya ditolak oleh keluarga Hayati. Kemudian beliau bangun semula dari segala kedukaan, membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi seorang penulis yang ternama dan berjaya. Ia menceritakan tentang kesetiaan, cinta dan kasihnya Zainuddin terhadap Hayati. 

Meski Hayati sudah berkahwin tetapi sebaik mendapat tahu tentang kesusahan yang dihadapi Hayati, lantaran suaminya yang suka berpoya-poya serta tidak bertanggung-jawab, Zainuddin terus membantu tanpa ada dendam dan benci. Sesungguhnya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitulah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1937. Setelah lebih 80 tahun, masih lagi kekal disebut dan dibaca oleh generasi demi generasi. Buku ini telah banyak kali diulang cetak. Buku yang sarat dengan pengajaran.



6. Kunang Pesisir Morten
Penulis: Raiha Bahaudin
Tahun Terbit: 2015
Penerbit: Nubook Press

Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan sembilan tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.

Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet juga menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit demi sedikit perkara- perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa.

Buku ini membawa pembaca ke zaman 80-an dan 90-an. Suasana masyarakat yang harmorni, saling menghormati antara satu sama lain. Penulis juga menceritakan kepintaran Dhiya yang secara simbolik memberitahu bahawa setiap manusia tidak kira bagaimana latar belakangnya mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri. Buku yang bakal mengajak kita berfikir luar dari kebiasaan. Buka minda untuk lebih memahami keadaan sekeliling.



7. Dunia Tanpa Tembok
Penulis: Ayman Rashdan Wong
Tahun Terbit: 2017
Penerbit: Patriots Publication

Ilmu adalah kuasa.

Bahasa adalah simbolik.

Geografi adalah takdir.

Ilmu tentang geopolitik antarabangsa adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme. Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.




8. Kisah 25 Filsuf Barat
Penulis: Mat Luthfi
Tahun Terbit: 2016
Penerbit: Puteh Press

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama mereka yang diolah secara mudah dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melakukan perkara tidak bijak, seperti manusia lain.

Namun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini disebabkan mungkin mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam.

Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.



9. Tasjil Anis - Rahsia Agung Melaka
Penulis: Farahana Shuhaimi
Tahun Terbit: 2018
Penerbit: Patriots Publication

Kesultanan Melayu Melaka seringkali menjadi bahan polemik apabila sejarahnya dibangkitkan dan dinukilkan. TAS akan membawa pembaca menelusuri himpunan petikan-petikan berkenaan kerajaan agung bangsa Melayu ini merentas catatan dan manuskrip dari dalam dan luar negara.

Berbanggalah, kerana Melaka adalah kemuncak peradaban bangsa. Baca rahsia-rahsia agung tentang pelabuhan Melaka yang terkaya pada masa silam. Melaka bukanlah hanya tentang perseteruan Tuah-Jebat, kisah Puteri Gunung Ledang, mahupun kisah sakti Taming Seri. Rahsia keagungannya terletak pada kemuncak intelektual warganya membangunkan sebuah empayar hebat zaman berzaman.



10. Islam Di Barat Muslim Di Timur
Penulis: Zulkifli Hasan
Tahun Terbit: 2015
Penerbit: Ilham Books


Buku yang bergenre travelog-intelektual ini adalah hasil daripada refleksi peribadi penulis terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dan perasaan semasa kembara ilmiah beliau di serata dunia. Walaupun telah mengembara puluhan negara di dunia ini, penulis secara khusus memilih memilih kota-kota ini iaitu Mekah-Madinah-Gaza-Kaherah-Rafah-Alexandria-Zagazig-Tokyo-Kyoto-Sendai-New York City-Chicago-Dallas-Boston-Indianapolis-Washington DC untuk perkongsian pengalaman kembara ilmiah ini.

Pengembaraan di kesemua destinasi ini memberikan begitu banyak pengalaman, ilmu pengetahuan dan pengajaran. Bukan itu sahaja, pengembaraan di Timur dan Barat ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada penulis daripada pelbagai aspek kehidupan.

Penulis menyaksikan bagaimana beberapa nilai Islam diamalkan di dunia Barat manakala dunia Islam meninggalkan nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan umat Islam.


sumber: Goodreads

Idea Kreatif Untuk Menyusun Buku



Anda tidak ada idea bagaimana untuk menjadikan rak buku di rumah lebih menarik? Anda kebuntuan idea untuk menyusun buku-buku anda? Jangan risau, mungkin idea di bawah dapat membantu anda semua.


Antara idea-idea menarik yang boleh anda gunakan untuk menyusun buku-buku di rak:

1) Anda boleh asingkan buku-buku kepada 2 kategori: 

   a) Fiksyen
   b) Non-Fiksyen
    
    Jadi, anda boleh sediakan satu rak untuk buku fiksyen dan satu rak untuk buku non
    fiksyen.

2) Susun ikut buku jenis kulit buku - hard cover atau paperbacks




3) Susun ikut abjad. 

4) Susun ikut nama penulis

5) Susun ikut tajuk buku

6) Kumpul dan susun ikut genre buku - seram, thriller, cinta, motivasi.

7) Susun ikut warna kulit buku. Nampak cantik dan menarik. Boleh jadi salah satu decoration dalam rumah anda.


sumber: Google

8) Kumpulkan pada satu bahagian buku yang anda belum baca. Jadi mudah untuk kenalpasti dan tidak perlu tercari-cari nanti.

9) Sediakan satu rak atau satu bahagian untuk buku yang baru dibeli. Boleh menambahkan semangat untuk membaca ni.

10) Susun buku mengikut ketinggian dan saiz buku.

11) Sediakan satu bahagian untuk buku kegemaran anda. Mungkin buku-buku ini yang selalu anda cari dan ulang baca. Untuk kemudahan di masa hadapan.

12) Susun buku mengikut penerbitan. 




Anda juga boleh gabungkan cara-cara di atas untuk menyusun buku atau gunakan satu atau 2 cara mengikut keselesaan anda.

Admin beri contoh:

1) Mula-mula anda asingkan buku mengikut kategori fiksyen dan non-fiksyen.
2) Kemudian, anda susun buku mengikut abjad. 
3) Jika anda ada 5 buah buku dengan judul yang bermula dengan huruf 'A', anda susun buku itu mengikut ketinggian.

Jadi rak buku anda akan tersusun dan kemas. Mudah juga untuk buat carian nanti. 

Mudah bukan.

Anda boleh labelkan bahagian di rak buku anda untuk memudahkan pencarian buku pada masa hadapan.

Jom tengok video di bawah, menarik bukan cara yang ditunjukkan untuk menyusun buku. Apa tunggu lagi, mari mula menyusun buku secara kreatif.




Book Review #35: Di Bawah Lengkung Langit Pualam


Penulis: John Shors

Penterjemah: Samsudin Jaapar

ISBN: 9789670892153

Tahun Terbit: 2019

Terbitan: ITBM

SINOPSIS:
Pada 1632, Maharaja Hindustan, Shah Jahan, diselubungi kehibaan akibat kemangkatan maharani baginda, Mumtaz Mahal. Bagi memenuhi permintaan terakhir kekasihnya itu, baginda mengarahkan pembinaan makam diraja sebagai lambang keagungan cinta mereka, Taj Mahal. Berlatarbelakangkan kekayaan dan kuasa yang tak terbayangkan, persaingan adik-beradik yang berakhir dengan tragedi, dan kekejaman pemerintahan kuku besi, Puteri Jahanara menceritakan semula peristiwa luar biasa yang melingkungi keajaiban Taj Mahal. Terperangkap dalam perkahwinan tragis yang bukan pilihannya, Jahanara berjaya mengalihkan perhatiannya dengan melibatkan diri dalam pembinaan Taj Mahal sebagai pembantu dan penasihat kepada Isa, jurubina Taj Mahal. 

Lama-kelamaan, puteri kesayangan maharaja itu terperangkap antara tanggungjawabnya sebagai seorang anak, sekatan tegar yang dikenakan ke atas wanita, dan kisah cinta terlarang. Berbekalkan keberanian yang luar biasa, Jahanara mencabar kebutaan dan ketaasuban di istana dalam usaha melindungi empayar ayahandanya daripada terjerumus ke dalam kancah perang saudara, sekali gus menyelamatkan maharaja daripada kekejaman putera baginda sendiri, Aurangzeb. Berlatarbelakangkan kebencian dan kekejaman, John Shors menggarap indah sebuah kisah cinta teragung bumi hindustan, peristiwa bersejarah yang mewarnai Empayar Mughal dan rahsia di sebalik kemasyhuran Taj Mahal.



ULASAN:
Novel ini menceritakan tentang kehidupan keluarga Maharaja Shah Jahan mengenai cinta, persahabatan, perebutan kuasa, pengkhianatan, pengorbanan dan juga kisah pembinaan Taj Mahal sebagai simbol cinta. Sekiranya sesiapa yang membaca tanpa mengetahui sejarah sebenar, akan mudah percaya ini adalah berdasarkan kisah benar. 

Novel ini adalah bergenre  fiksyen sejarah, jadi hanya 20% sahaja berdasarkan fakta. Hakikatnya agak mengecewakan bila penulis ini memanipulasi fakta sejarah mengikut imaginasinya. 

Memandangkan penulisnya “Mat Salleh”, jadi dia telah membaratkan budaya empayar Moghul yang memang beragama Islam. Bagaimana seorang maharaja cukup berpegang pada ajaran islam boleh membenarkan Puterinya yang telah berkahwin bersekedudukan dengan kekasihnya sehingga melahirkan anak luar nikah. Minum wain pula tidak menjadi masalah walaupun ada nyatakan dalam novel ini tentang haram minum arak. Bagaimana watak  yang digambarkan cukup beriman tapi pada masa yang sama masih melakukan dosa besar.

Ada pro dan kontranya pada setiap karya. Bagi pendapat Min, boleh memfiksyenkan kisah sejarah tetapi bukan pada fakta yang sahih, ini akan mengelirukan pembaca. Watak utama Puteri Jahanara di dalam novel ini dikatakan berkahwin dengan seorang bangsawan, hakikatnya Jahanara tidak pernah berkahwin. 

Dikatakan Puteri Jahanara bercinta dengan arkitek yang membina Taj Mahal bernama Isa, sedangkan realitinya Isa hanyalah pembantu atau penyelia kepada projek pembinaan makam itu dan mereka tidak pernah bertemu. Kalau baca review di goodreads memang ramai yang anggap buku ini berdasarkan kisah benar. 

Tapi kalau dilihat dari perspektif teknik penulisan dan idea, novel ini cukup hebat. Garapan plot yang cukup menarik, imaginasi yang kreatif dan bagi saya this is how writers should write. John Shors seorang penulis yang cukup berbakat. This book will hold you from the first chapter. Ada sesetengah plot yang  boleh membuatkan kita menitiskan airmata. Setiap babak diceritakan dengan baik sehingga kita boleh bayangkan suasana peristiwa, tempat apatah lagi bila diceritakan tentang keindahan senibina Taj Mahal membuatkan kita rasa nak sentuh makam tu. 

Kalau nak baca buku ni, put aside the historical facts and just enjoy the story

Honestly memang menarik…

Tahniah juga buat penterjemah novel ini, you did a good job.

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...