Posts

Showing posts from December, 2017

IMBASAN 2017

Image
Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu, akhirnya kita sampai ke penghujung 2017. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2017 dan kami mengharapkan anda akan teruskan menyokong kami di tahun 2018.
Pada awal kemunculan, kami bermula dengan FB page yang diberi nama D'ulatbuku. Sayangnya, apabila sinar cahay mula kelihatan, page kami telah di block. Apa sebabnya tidaklah kami ketahui dan usaha untuk mendapatkannya semula gagal. Sedih, itu saja yang mampu kami ucapkan. Namun, untuk berjaya, jatuh sekali pasti tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus mencuba dan berjuang. BANGKIT!!!
Jadi terhasillah blog ini dan FB page TheUlatBuku. Kalau belum LIKE, mari ramai-ramai LIKE page kami. Anda pasti mendapat perkongsian yang berguna.

RANGKUMAN ULASAN BUKU 2017

Team TheUlatBuku telah menghasilkan 20 ulasan buku dari pelbagai jenis genre. Di bawah adalah senarai buku-buku yang telah kami ulas sepanjang 2017 untuk tatapan anda semua. Bolehlah marathon baca ulasan kami.
NALARPEMBURUPELUKIS…

Book Review #20: MAGISIAL

Image
Tajuk: Magisial Penulis : Jun
ISBN: 978-967-13211-5-7 Terbitan: Prolog Media Tahun Terbitan: 2016
Menyesal aku baca, kenapa lah ada penulis sengal macam ni. Tajuk novel Suamiku Bukan anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri. Berdekah - dekah aku ketawa. Aduhai...kenapalah Jen ko tulis tajuk macam ni.
Korang mesti confius kan apa lah yang aku duk merepek kat atas tu. Ok, let me story. Jen ni seorang penulis novel. Dia ni popular la dan novel dia telah berjaya diadaptasi menjadi drama tv. Macam mana pun nasib tidak menyebelahinya bila drama adaptasi itu dapat kutukan hebat dari netizen sehingga dihentikan tayanganya. Kesian Jen, dia sangat demotivate dan asyik berkurung dalam bilik je. Ini memang sangat merisaukan hati sepupunya Liza.
Kehidupan Jen mula berubah bila seorang doktor muda, bergaya dan hensem pindah dihadapan rumahnya. Doktor ni pun bagi hint macam suka je dengan Jen. Tapi...ada sesuatu yang pelik berlaku. Kadang kala Dr. Danee ni sangat sweet dan gentleman. Erm...tapi kadang kala dia bole…

5 Novel Seram Melayu Wajib Baca.

Image
1.UWAN KONAH KARYA HAIDA HASSAN



Kisah mengenai Munah yang kerap menerima gangguan dari makhluk halus milik nenek saudaranya. Kepulangannya ke kampung untuk bercuti seolah-olah mendekatkan dirinya dengan makhluk tersebut. Hidup Munah semakin tidak keruan bila hampir setiap malam dia dihantui dan bermimpi ngeri. Malah mimpi tersebut boleh menyebabkan Munah cedera secara realiti. Namun di dalam ketakutan itu terdapat seseorang yang membantu Munah setiap kali dia bermimpi ngeri. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Munah sentiasa rasa selamat setiap kali dia muncul. Klimaks cerita dan twist yang menarik. 
Kenapa novel ini wajib baca? Kisah yang dekat dengan masyarakat kita. Bukan cerita kosong tapi terselit pengajaran yang berguna untuk pembaca.

Review Penuh: Uwan Konah
2. ORANG GAJI KARYA DAISY ZAHRA

Kisah dimulai dengan kedatangan Sara sebagai orang gaji baru di banglo tersebut. Dia disambut dingin oleh Mak Yam. Sedari awal Sara telah diberi arahan untuk mengikuti peraturan yang ketat seki…

Book Review #19: ANARKIS

Image
Tajuk: ANARKIS Penulis : Khairul Nizam Khairani ISBN: 978-967-369-321-4 Terbitan: Penerbit X Tahun Terbitan: 2016
Buku ni buat aku rasa berbelah bagi, 50 - 50 perasaan nak baca atau nak stop. Aku baca sampai bab 3, lepas tu aku sembang pasal buku ni dengan member. Lepas habis borak, rasa macam apa yg aku baca pada 3 bab pertama jadi menarik. Pelikkan. Dah la sembang dalam Grab, mesti driver tu confius. Yelah aku cerita pasal Jeneral Revan kena tembak oleh sharpshooterSarjan Awai. Cerita dengan bersungguh-sungguh macam kejadian yang betul-betul berlaku. Kami bercerita macam ini adalah peristiwa hangat dan tengah viral di media sosial. Aku perasan driver tu duk jeling kat cermin pandang belakang. Sebelum turun, sempat aku tamatkan cerita dengan bagi tahu kawan aku, "kita sembang pasal novel ni, macam kes ni betul-betul berlaku, padahal ni cerita thriller je." Hehehe
Aku rasa betul juga anggapan yang kita perlu bercerita atau kongsi pandangan dengan orang lain. Hasilnya aku le…

Book Review #18: LARI

Image
Tajuk: LARI Penulis : Mesbo Terbitan: S.O Publishing Tahun Terbitan: 2017


Lari genre action thriller adalah karya kedua penulis yang menggunakan nama pena Mesbo. Apabila mendengar nama Mesbo, dibenak saya hanya terfikir ianya satu nama yang unik dan mudah diingati. Mungkin ramai yang tidak tahu Mesbo bukanlah orang baru di dalam dunia penulisan, hakikatnya pemilik nama itu sendiri adalah seorang yang sudah lama berada dalam industri penulisan dan penerbitan. Mesbo atau nama sebenarnya adalah Shah Othman, tak kan tak kenal kot siapa lelaki hensem ni...pemilik Buku SO. Sebagaimana tajuknya Lari, saya yang membaca turut merasakan degupan jantung yang laju seperti turut berlari bersama Shariman. Lari mengisahkan Shariman yang mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian seseorang yang cukup dikasihi. Dia terpaksa mengharungi pelbagai konflik demi kebenaran dan sebuah dendam. Pada masa yang sama Shariman tidak menyedari Marco ketua sebuah kumpulan sindiket gelap turut menjejakiny…