Penulis : Jun
ISBN: 978-967-13211-5-7
ISBN: 978-967-13211-5-7
Terbitan: Prolog Media
Tahun Terbitan: 2016
Menyesal aku baca, kenapa lah ada penulis sengal macam ni. Tajuk novel Suamiku Bukan anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri. Berdekah - dekah aku ketawa. Aduhai...kenapalah Jen ko tulis tajuk macam ni.
Korang mesti confius kan apa lah yang aku duk merepek kat atas tu. Ok, let me story. Jen ni seorang penulis novel. Dia ni popular la dan novel dia telah berjaya diadaptasi menjadi drama tv. Macam mana pun nasib tidak menyebelahinya bila drama adaptasi itu dapat kutukan hebat dari netizen sehingga dihentikan tayanganya. Kesian Jen, dia sangat demotivate dan asyik berkurung dalam bilik je. Ini memang sangat merisaukan hati sepupunya Liza.
Kehidupan Jen mula berubah bila seorang doktor muda, bergaya dan hensem pindah dihadapan rumahnya. Doktor ni pun bagi hint macam suka je dengan Jen. Tapi...ada sesuatu yang pelik berlaku. Kadang kala Dr. Danee ni sangat sweet dan gentleman. Erm...tapi kadang kala dia boleh jadi creepy dan menakutkan.
Bila Jen baru mula nak rasa bahagia, tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita kematian sepupunya Liza. Bukan itu saja, kejadian pembunuhan jiran sebelah rumahnya juga begitu memeranjatkan. Dia sekali lagi hilang punca dan Danee missing in action, Jen tidak dapat menghubunginya. Apakah yang terjadi sebenarnya? MAGISIAL bakal merungkai segala persoalan.
First time baca hasil nukilan Jun, not bad. Ada diselitkan unsur-unsur kelakar dan sweet sour (macam masak ikan tiga rasa pulak). Secara keseluruhan, cerita ni memang tak kelakar langsung, ada unsur misteri and psiko thriller. Cuma aku rasa bila pengakhiran di tulis semula, rasa macam pelik sikit untuk diterima. Bagaimanapun, mesti ada sebab kenapa dijadikan sebegitu kan.
Memang betul, kebanyakkan orang inginkan penamat yang indah dan bahagia. Happy ever after, macam cerita fairy tale, Cinderella bertemu dengan si putera idaman. Dalam cerita Magisial ini, aku rasa penamat yang pertama lebih relevant dan dekat dihati aku sebagai seorang pembaca. Namun, setiap orang punyai pendapat dan pandangan masing - masing, so choose wisely.
Watak Mat yang pada awalnya kelihatan nerd, rupanya ada udang disebalik batu. Mat bukan orang sebarangan. Tapi yang bestnya Mat ni ada kedai buku terpakai, dan ada satu loteng tempat lepak untuk baca buku. Aku rasa macam teringin sangat nak ke kedai Mat ni dan duduk di loteng itu sambil baca novel sedap macam Magisial.
Satu pengajaran penting dalam novel ini, kalau korang baca jalan ceritanya adalah tentang seorang penulis. Kita sebagai orang luar (pembaca/masyarakat) kadang kala memang suka mengeluarkan komen-komen negatif terhadap sesuatu yang tidak disukai tanpa memikirkan perasaan orang yang menerimanya. Novel ini menceritakan bagaimana kesan komen negatif tersebut kepada diri seorang penulis. Tidak kisahlah penulis genre yang mana, apa yang dilakukan adalah dari ilham kreatif mereka. Kita sebagai orang luar yang tidak tahu sepenuhnya selok belok bidang mereka, usah terus menunding jari tanpa usul periksa.
Pada aku, kita memang boleh mengkritik tapi dengan cara yang berhemah dan membantu memperbaiki hasil kerja mereka. Barulah teamwork namanya.
Akhir kata, good job Jun, keep it up and keep writing.
Kepada peminat novel di luar sana, membacalah kerana itu bukti anda bijaksana.
#theulatbuku #bookreview
novel ni ada juga cerita cintanya, sikit2...hehehe
ReplyDelete