Book Review #23: MENTAL


Tajuk: Mental
Penulis: Tajul Zulkarnain
Tahun Terbit: 2017
Penerbit: Twirlight Zone Publishing

Mental! Itulah tajuk novel Tajul Zulkarnain yang ke-3. Hanya membaca tajuk seolah-olah boleh mengagak apa yang bakal dipersembahkan kepada pembaca. Bagi aku buku ini keluar tepat pada waktunya, disaat masalah kesakitan mental semakin meningkat di Malaysia sekarang ini. Melalui penceritaan di dalam novel ini kita dapat memahami pandangan dan melihat dari perspektif seorang pesakit yang mengalami major depresi sehingga membentuk satu personaliti yang lebih kejam.


Debaran penceritaan bermula seawal mukasurat pertama lagi dan tidak berhenti sehingga ke akhir. Kalau nak rasa perasaan seperti menaiki roller coaster maka novel ini adalah jawapannya. Walaupun hanya 219 mukasurat tetapi mengambil masa selama 3 hari untuk aku habiskan. Why? Kengerian bagi setiap seksaan, torehan dan aksi potong memotong membuatkan aku tidak mampu meneruskan bacaan. ‘Gilalah dia ni!!’… Itu adalah ayat pertama yang terkeluar dari mulut aku. Betullah dia memang mengalami masalah mental yang kronik.


Susunan plot kemas, garapan yang cukup menarik sehingga membawa kita memasuki ke alam seorang psychopath. Disebalik plot ngeri dan ganas itu begitu banyak pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis ini. Setiap mangsa yang terpilih telah melakukan kesalahan seperti korupsi, mengaibkan seseorang dan membuat fitnah di media sosial. Ada waktunya kita pula seperti menyokong tindakan lelaki psiko ini untuk menyeksa mangsanya. Lihat bagaimana permainan minda yang cuba penulis ini lakukan… bijak bukan!




Dialog yang mampu membuatkan pembaca rasa ngeri:
Tengok rupa kau, imej muslimah kau, sekali pandang, aku tak percaya kau ni jahat dari setan.” Lelaki itu menarik jarum yang dicucuk pada bibir Lili dengan kasar seperti dia menarik benang yang menjahit koyakan pada kain.

Meskipun begitu, novel ini hanya sesuai untuk pembacaan 18 tahun ke atas. Mungkin terdapat plot yang secara tidak langsung mengajar bagaimana untuk menggunakan peralatan yang sesuai bagi setiap seksaan. Terlalu terperinci setiap perancangan bagi satu hukuman yang dahsyat. Mungkin disini penulis perlu berhati-hati, kerana pembaca diluar sana ada pelbagai karakter.

Lepas habis membaca buku ini, akan membuatkan kita lebih berhati-hati. Malang tidak berbau di mana sahaja kita boleh menjadi sasaran. Oh yer untuk beberapa waktu aku tidak singgah ke Mc D terima kasihlah kepada Tajul Zulkarnain.

Jika anda ingin tahu, buku pertama penulis ini adalah Dari Tanah ke Tanah. Baca ulasan kami di sini.

DEMAM PBAKL2018 - PESTA BUKU SELANGOR 2018



Assalamualaikum semua.

Pada entri kali ini, admin ingin berkongsi tentang event kesukaan ramai. PESTA BUKU!!!

Peminat-peminat buku di luar sana pasti tidak ingin ketinggalan dengan aktiviti yang begitu menyeronokkan ini. Pesta ini telah bermula pada 29 MAC 2018 yang lalu dan akan berakhir pada 8 APRIL 2018. Bagi anda yang belum berkesempatan untuk datang, jangan risau. Masih ada masa sehingga hujung minggu ini.

Lokasi pameran di SACC Shah Alam bersebelahan dengan PKNS Shah Alam. Mudah kan untuk cari tempat ini. Kalau anda tidak pasti atau takut sesat, guna saja GOOGLE MAP atau WAZE. Pasti sampai.

Terdapat sebanyak 100 gerai pameran yang menjual bermacam-macam jenis buku. Admin dah pergi jumaat minggu lepas. Macam biasa, sanggup ambil cuti sebab tidak mahu bersesak dengan orang ramai pada hari minggu. Jadi, bila pergi hari bekerja lengang sikit suasana. Dapat meneliti buku dengan selesa dan boleh berbual dengan para pempamer di gerai mereka.

Oh ya! Tidak lupa, ada cabutan bertuah setiap hari. Hadiahnya RM500. Lumayan kan!
Anda cuba perlu membuat belian minimum RM30 dan berpeluang mendapat 1 borang cabutan bertuah. Anda tidak perlu risau, mereka akan campurkan semua jumlah belian anda. Contoh, anda beli buku di 3 gerai berbeza, jadi anda ada 3 resit - RM20 + RM10 + RM30 = RM60. Jadi anda layak mendapat 2 borang cabutan.

Kalau anda ada mencari buku-buku terbitan lama, ada juga admin lihat banyak dijual. Admin pun dapat jumpa buku Takdir - Hilal Asyraf yang memang dah tidak diterbitkan lagi. Happy sangat!









Sebahagian dari buku-buku yang admin beli semasa berkunjung ke PESTA BUKU SELANGOR 2018





 Inilah novel TAKDIR karya Hilal Asyraf yang dah lama admin cari. Akhirnya kami diketemukan di PESTA BUKU SELANGOR. Patutlah admin macam berat hati je nak balik. Rupanya ada yang menanti untuk dibawa bersama. :)




Nasihat admin, sediakan bajet dan senarai buku yang ingin dicari. Jangan jadi macam admin, seronok tengok semua buku-buku. Rasa ingin beli kesemuanya. PBAKL2018 nanti tak tau lah macam mana. Hehehe.

Akhir kata pada yang suka berswafoto, sila sertai pertandingan swafoto di gerai Bekazon depan pintu masuk. Selamat berpesta semua.

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...