5 novel action thriller melayu yang patut anda baca.



1. PEMBURU KARYA HILAL ASYRAF

Demi memelihara kemakmuran sebuah negara bernama Malaysia, Bakri dan Mustafa terpaksa melalui cabaran yang hebat. Bakri membesar tidak seperti remaja lain malah terpaksa melalui pembedahan yang mengorbankan masa depannya. Mustafa pula terpaksa hidup bersama kisah lampau yang hitam tetapi itu dijadikan kekuatan untuk berdepan dengan musuhnya. Anak dan bapa ini mempunyai misi untuk menumbangkan sebuah organisasi rahsia yang dinamakan sebagai Kesatuan Pemburu. Aksi ala movie Wanted lakonan Angelina Jolie dan James McAvoy. Hebatkan, jadi memang rugi kalau anda tidak baca sendiri novel ini. 
Boleh dapatkan novel ini di kedai buku atau beli terus dengan penulis. Boleh dapatkan maklumat cara pembelian di FB Hilal Asyraf Offical.

Review penuh: PEMBURU
2. TEROSIS - AKU BUKAN TEROSIS KARYA SYAUQIE M.K

Gagang telepon diletakkan. Arisya dan Safwan dipanggil masuk semula. "Ok guys, get your facts and figures ready. Kita jumpa KPN sekarang!" Arisya dan Safwan berpandangan, gugup. "Ketua Polis Negara?" 

Petikan dialog diatas merupakan antara plot cemas dalam novel ini. Kes jemaah misteri telah sampai ke tahap yang sangat serius. Apa yang dirancangkan oleh mereka telah menjadi isu besar dalam keselamatan negara. Safwan dan Arisya bakal menemui KPN untuk penjelasan lanjut. Pergh! memang rugi tak baca novel ini. Penuh debaran dan yang pasti kejahatan akan terbongkar! Boleh dapatkan di buku.so.com

Review penuh: TERORIS
3. TEMPUR KARYA AHMAD ERHAN

Permulaan cerita agak santai dan diselitkan unsur humor. Watak Adelia, Aslan dan Dato' Syukor mula muncul berselang - seli. Dato' Syukor yang tegas dan garang, Aslan yang kerap lambat masuk kerja dan Adelia yang cantik. Di satu bahagian lagi, seorang wanita misteri, sambil minum cendol dan kemudiannya melakukan jenayah. Sesuai dengan pepatah 'don't judge a book by it's cover', begitu banyak plot twist di dalam cerita ini. Banyak libasan pedang dan kehilangan nyawa bakal berlaku dalam cerita ini. Berjayakah ianya ditamatkan? Dapatkan novel ini di kedai buku berdekatan anda. 

Review penuh: TEMPUR

4. GERAK GEMPAR KARYA NORDEN MOHAMED

Krisis tercetus bila pelayaran kapal Lancang Kuning diserang sekumpulan lanun Somalia yang dikenali sebagai Bad Holac. WALI 9 serta-merta dikumpulkan bagi menangani krisis besar ini. Mereka mengumpul maklumat dari jabatan masing - masing bagi merangka operasi untuk menyelamatkan kapal Lancang Kuning. 
Bagi Extron Corporation, kejadian itu menjadi satu peluang baik untuk mereka  merampas kembali kontrak daripada Malpetro Malaysia. Apakah muslihat CEO Extron akan berjaya? Apa pula strategi WALI 9 dalam misi menyelamatkan Lancang Kuning dan Pegawai Operasi Malpetro Datuk Rauzah? Dapatkan di FB Novel Gerak Gempar.

Review penuh: GERAK GEMPAR


5. ADAM KARYA RAMLEE AWANG MURSHID

Hilman seorang pegawai polis berpangkat ASP yang telah lama berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Kisah kecemerlangannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Pernah menyertai pasukan pengaman antarabangsa (UNPROFOR) dan seorang sharp-shooter yang pernah bertempur secara combat. Selepas berbelas tahun terpisah, akhirnya Hilman dipertemukan dengan anaknya Jeslina di Kota New York. Namun, bahagia yang dikecapi hanya sementara. Hilman telah terjebak ke dalam satu konspirasi yang tidak dijangka. Dia dijadikan kambing hitam untuk menutup pesalah sebenar. 

Hilman tidak akan berputus asa. Dia akan mencari siapa dalang di sebalik kejadian ini. Siasatannya membawa Hilman ke pintu White House. Apa kesudahannya? Dapatkan A.D.A.M di kedai buku berhampiran anda. 

Comments

Popular posts from this blog

Senarai buku-buku menarik untuk dibaca tahun 2018

5 Novel Seram Melayu Wajib Baca.