IMBASAN 2017



Alhamdulillah. Setahun sudah berlalu, akhirnya kita sampai ke penghujung 2017. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2017 dan kami mengharapkan anda akan teruskan menyokong kami di tahun 2018.

Pada awal kemunculan, kami bermula dengan FB page yang diberi nama D'ulatbuku. Sayangnya, apabila sinar cahay mula kelihatan, page kami telah di block. Apa sebabnya tidaklah kami ketahui dan usaha untuk mendapatkannya semula gagal. Sedih, itu saja yang mampu kami ucapkan. Namun, untuk berjaya, jatuh sekali pasti tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus mencuba dan berjuang. BANGKIT!!!

Jadi terhasillah blog ini dan FB page TheUlatBuku. Kalau belum LIKE, mari ramai-ramai LIKE page kami. Anda pasti mendapat perkongsian yang berguna.


RANGKUMAN ULASAN BUKU 2017

Team TheUlatBuku telah menghasilkan 20 ulasan buku dari pelbagai jenis genre. Di bawah adalah senarai buku-buku yang telah kami ulas sepanjang 2017 untuk tatapan anda semua. Bolehlah marathon baca ulasan kami.


APA AKTIVITI MENARIK DI BLOG & FB PAGE SEPANJANG 2017?
  • Pertandingan #ulasgayasendiri - kami telah mengadakan satu pertandingan ulasan buku yang berlangsung pada bulan Nov '17 yang lalu. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap akan ada lebih ramai penyertaan untuk pertandingan yang akan datang.

Di bawah adalah screen shot ulasan dari pemenang Puan Rozita untuk buku Mat Clearner UK.





MAKLUMAT BERMANFAAT  UNTUK ANDA PEMINAT BUKU

Kami berkongsi maklumat yang pastinya diperlukan oleh peminat buku di luar sana. Informasi ini diharapkan dapat membantu peminat dan pencinta buku.

SEGMEN: 5 BUKU PILIHAN TEAM THEULATBUKU

Salah satu segmen yang kami perkenalkan bagi membantu anda semua mempelbagaikan jenis genre bahan bacaan. Mungkin ada yang tidak dapat membuat pilihan apa yang patut dibaca, jadi kami harap dengan cadangan pilihan yang kami kemukakan dapat membantu anda.

Kami akan teruskan segmen ini. Nantikan 5 pilihan menarik team TheUlatBuku dari genre yang lain pula.

Book Review #20: MAGISIAL


Tajuk: Magisial
Penulis : Jun
ISBN: 978-967-13211-5-7
Terbitan: Prolog Media
Tahun Terbitan: 2016

Menyesal aku baca, kenapa lah ada penulis sengal macam ni. Tajuk novel Suamiku Bukan anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri. Berdekah - dekah aku ketawa. Aduhai...kenapalah Jen ko tulis tajuk macam ni.

Korang mesti confius kan apa lah yang aku duk merepek kat atas tu. Ok, let me story. Jen ni seorang penulis novel. Dia ni popular la dan novel dia telah berjaya diadaptasi menjadi drama tv. Macam mana pun nasib tidak menyebelahinya bila drama adaptasi itu dapat kutukan hebat dari netizen sehingga dihentikan tayanganya. Kesian Jen, dia sangat demotivate dan asyik berkurung dalam bilik je. Ini memang sangat merisaukan hati sepupunya Liza.

Kehidupan Jen mula berubah bila seorang doktor muda, bergaya dan hensem pindah dihadapan rumahnya. Doktor ni pun bagi hint macam suka je dengan Jen. Tapi...ada sesuatu yang pelik berlaku. Kadang kala Dr. Danee ni sangat sweet dan gentleman. Erm...tapi kadang kala dia boleh jadi creepy dan menakutkan. 

Bila Jen baru mula nak rasa bahagia, tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita kematian sepupunya Liza. Bukan itu saja, kejadian pembunuhan jiran sebelah rumahnya juga begitu memeranjatkan. Dia sekali lagi hilang punca dan Danee missing in action, Jen tidak dapat menghubunginya. Apakah yang terjadi sebenarnya? MAGISIAL bakal merungkai segala persoalan.

First time baca hasil nukilan Jun, not bad. Ada diselitkan unsur-unsur kelakar dan sweet sour (macam masak ikan tiga rasa pulak). Secara keseluruhan, cerita ni memang tak kelakar langsung, ada unsur misteri and psiko thriller. Cuma aku rasa bila pengakhiran di tulis semula, rasa macam pelik sikit untuk diterima. Bagaimanapun, mesti ada sebab kenapa dijadikan sebegitu kan. 

Memang betul, kebanyakkan orang inginkan penamat yang indah dan bahagia. Happy ever after, macam cerita fairy tale, Cinderella bertemu dengan si putera idaman. Dalam cerita Magisial ini, aku rasa penamat yang pertama lebih relevant dan dekat dihati aku sebagai seorang pembaca. Namun, setiap orang punyai pendapat dan pandangan masing - masing, so choose wisely

Watak Mat yang pada awalnya kelihatan nerd, rupanya ada udang disebalik batu. Mat bukan orang sebarangan. Tapi yang bestnya Mat ni ada kedai buku terpakai, dan ada satu loteng tempat lepak untuk baca buku. Aku rasa macam teringin sangat nak ke kedai Mat ni dan duduk di loteng itu sambil baca novel sedap macam Magisial.

Ini sebuah karya alternative yang bagus, menggabungkan genre cinta, thriller dan psiko dalam satu naskah. Penulis berjaya menarik minat pembaca dengan permulaan yang ringan dan santai. Dr. Danee yang begitu caring pada Jen dan Mat yang kelihatan "something". 

Satu pengajaran penting dalam novel ini, kalau korang baca jalan ceritanya adalah tentang seorang penulis. Kita sebagai orang luar (pembaca/masyarakat) kadang kala memang suka mengeluarkan komen-komen negatif terhadap sesuatu yang tidak disukai tanpa memikirkan perasaan orang yang menerimanya. Novel ini menceritakan bagaimana kesan komen negatif tersebut kepada diri seorang penulis. Tidak kisahlah penulis genre yang mana, apa yang dilakukan adalah dari ilham kreatif mereka. Kita sebagai orang luar yang tidak tahu sepenuhnya selok belok bidang mereka, usah terus menunding jari tanpa usul periksa.



Pada aku, kita memang boleh mengkritik tapi dengan cara yang berhemah dan membantu memperbaiki hasil kerja mereka. Barulah teamwork namanya. 

Akhir kata, good job Jun, keep it up and keep writing

Kepada peminat novel di luar sana, membacalah kerana itu bukti anda bijaksana.

#theulatbuku #bookreview

5 Novel Seram Melayu Wajib Baca.




1.UWAN KONAH KARYA HAIDA HASSAN



Kisah mengenai Munah yang kerap menerima gangguan dari makhluk halus milik nenek saudaranya. Kepulangannya ke kampung untuk bercuti seolah-olah mendekatkan dirinya dengan makhluk tersebut. Hidup Munah semakin tidak keruan bila hampir setiap malam dia dihantui dan bermimpi ngeri. Malah mimpi tersebut boleh menyebabkan Munah cedera secara realiti. Namun di dalam ketakutan itu terdapat seseorang yang membantu Munah setiap kali dia bermimpi ngeri. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Munah sentiasa rasa selamat setiap kali dia muncul. Klimaks cerita dan twist yang menarik. 

Kenapa novel ini wajib baca? Kisah yang dekat dengan masyarakat kita. Bukan cerita kosong tapi terselit pengajaran yang berguna untuk pembaca.

Review Penuh: Uwan Konah



Kisah dimulai dengan kedatangan Sara sebagai orang gaji baru di banglo tersebut. Dia disambut dingin oleh Mak Yam. Sedari awal Sara telah diberi arahan untuk mengikuti peraturan yang ketat sekiranya mahu terus bekerja di rumah itu. Peraturan ketat di dalam rumah itu menimbulkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam diri Sara sehingga dia terpaksa melalui beberapa siri gangguan misteri.

Kenapa novel ini wajib baca? Ini adalah novel yang telah memenangi Anugerah Novel Seram Terbaik. Bukan sekadar menang award, jalan cerita dan cliff hanger memang menarik dan best!

Review Penuh: Orang Gaji

3. JANGAN BACA NOVEL NI KARYA ISMI FA ISMAIL


Tajuknya sudah cukup unik. Cover buku bersama tulisan merah cukup menarik perhatian pembaca untuk tahu misteri tentang buku ini. Ya, buku ini memang penuh misteri, debaran dan keanehan. Nasihat kami, kalau memang jenis lemah semangat, make sure baca bersama-sama orang lain ya. Novel ini bercerita tentang kisah Munir. Dia kebetulan bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Adib. Apa yang peliknya, Adib tidak pernah lupa membawa sebuah novel berkulit hitam yang usang. Anehnya novel itu tidak ada tajuk. Jeng! Jeng! Jeng!. Pergh terasa kemisterian and keseraman novel ini. Munir punya rasa ingin tahu terus membuak-buak dan akhirnya dia dapat baca novel Adib ni. Dalam buku itu ada koleksi cerita-cerita pendek yang menyeramkan. Nak tahu seram yang macam mana, korang kena dapatkan buku ini sendiri dan baca.

Kenapa novel ini wajib baca? Cara penceritaan penulis dan konsep novel ini memang berbeza. Tajuk pun tak bagi orang baca, itu yang menarik ramai orang untuk membacanya.

4. MANUSCRIPT KARYA SAIDEE NOR AZAM


Bagi seorang yang bergelar penulis, masalah yang paling ditakuti adalah ‘writers block’. Iman Zaman semakin tertekan kerana sudah kekeringan ilham untuk mengarang cerita seram. Ketua editor syarikat penerbitan terkenal kerap kali menghubungi Iman dan bertanya tentang manuskrip baru. Di tambah lagi dengan sikap isterinya Diana yang semakin dingin. Pelbagai masalah yang muncul, tetapi Iman cuba mengelakkan diri dari prasangka buruk, dia tidak mahu penyakit skizonya muncul kembali.

Iman membuat keputusan untuk tinggal disebuah banglo mengharapkan ‘writers block’ dapat diatasi. Namun sebaliknya terlalu banyak misteri yang terpaksa Iman lalui di situ. Apa yang menyebabkan Iman ketagihan air roselle dan siapa lelaki yang selalu menghantui hidupnya? Siapa sebenarnya Faten Suhanna dan mampukah Iman menyiapkan manuskrip terbarunya?

Terlalu banyak persoalan, misteri dan permainan emosi. 
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” – Faten Suhanna
Antara dialog yang mendebarkan ketika Faten Suhanna di serang.

Kenapa novel ini wajib baca?
Silalah dapatkan buku ini untuk merasakan rentak emosi yang turun naik dan perasaan yang mendebarkan.

5. ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG



Runcing II - Zharulnizam Shah Z.A
“Dalam Kembara Mistik Yang Cukup Mendebarkan, Antara Pertarungan Haq Lawan Batil.”

Bidadari Pencabut Nyawa - Riduan Judin
“Darah Dan Hati Kamu Pasti Akan Menambah Kejelitaanku!” 

Penunggu Rumah Pasung - Jessy Mojuru
“Rumah Pasung Ini Menyimpan 1001 Rahsia. Hanya Dia Dan Temannya Yang Tahu.”

Tetamu Siang - Ramlee Awang Murshid
“Awas, Aku Akan Mencabut Nyawa Kalian Bila Siang Menjelma Tanpa Belas Dan Kasihan!”

Kenapa novel ini wajib baca? Gabungan 4 cerita mistik dalam satu antologi daripada penulis genre seram di Malaysia. Rugi tak baca, 4 in 1, seram berganda-ganda!

Book Review #19: ANARKIS


Tajuk: ANARKIS
Penulis : Khairul Nizam Khairani
ISBN: 978-967-369-321-4
Terbitan: Penerbit X
Tahun Terbitan: 2016

Buku ni buat aku rasa berbelah bagi, 50 - 50 perasaan nak baca atau nak stop. Aku baca sampai bab 3, lepas tu aku sembang pasal buku ni dengan member. Lepas habis borak, rasa macam apa yg aku baca pada 3 bab pertama jadi menarik. Pelikkan. Dah la sembang dalam Grab, mesti driver tu confius. Yelah aku cerita pasal Jeneral Revan kena tembak oleh sharpshooter Sarjan Awai. Cerita dengan bersungguh-sungguh macam kejadian yang betul-betul berlaku. Kami bercerita macam ini adalah peristiwa hangat dan tengah viral di media sosial. Aku perasan driver tu duk jeling kat cermin pandang belakang. Sebelum turun, sempat aku tamatkan cerita dengan bagi tahu kawan aku, "kita sembang pasal novel ni, macam kes ni betul-betul berlaku, padahal ni cerita thriller je." Hehehe

Aku rasa betul juga anggapan yang kita perlu bercerita atau kongsi pandangan dengan orang lain. Hasilnya aku lebih faham dengan 3 bab pertama yang aku baca. Jadi bersemangat aku sambung baca bab seterusnya sampai habis.

Kesimpulannya DAHSYAT.

Aku dan novel ni ada satu tarikan yang lebih kurang sama dengan TEMPUR. Dah lama aku usha, tiap kali ke kedai buku nampak, belek tapi tak beli. What a strange relationship.

So, korang pun mesti rasa excited kan bila baca review aku ni. ANARKIS kisah tentang seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk misi pengaman di Bosnia. Namun satu kejadian yang tidak diingin telah berlaku dan dia tekad membunuh Jeneral Revan Tanovic, tentera Serbia. 5 tahun meringkuk dalam penjara di Croatia, akhirnya dia berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Di sini perlariannya bermula sekali lagi bila dia menjadi buruan musuh yang tidak dikenalpasti.

ANARKIS ini adalah satu falsafah yang membawa maksud cara hidup yang menolak kedaulatan kerajaan ke atas seseorang. Bila selesai membaca novel ini, baru kita akan faham kenapa tajuk ini dipilih. 

Bab awal menceritakan sedikit sejarah peperangan Bosnia, siapa Sarjan Awai dan bagaimana dia membunuh Jeneral Revan. Aku terfikir, apa yang menyebabkan bacaan ini diteruskan? Erm, aku pun tak pasti. Bunyi tembakan hanya bergema sekali dua dalam 3 bab ini. Jadi penulis berjaya menarik perhatian pembaca at least 50% untuk terus membaca. Momentum bacaan terus meningkat, emosi turun naik, debaran di sana sini. Ada ketika plot cerita jadi kelakar dengan sedikit cubit manja antara Arman dan Anne. Begitu juga ada diselitkan konflik keluarga antara Dr. Jason, Marina dan Sarjan Awai. Novel ini telah dimasak dengan pelbagai rempah ratus bagi menghidangkan juadah yang menyelerakan kepada peminat genre thriller.



Sedikit plot yang saya rasa boleh diperbaiki lagi bagi menambah rasa umphh dalam cerita ini.

1) Plot ketika Ejen Doyle dan Sir Anthony diserang hendap ditengah-tengah bandar. Berdasarkan situasi awal, kereta mereka terperangkap dalam kesesakan dan ketika itu sebutir peluru dilepaskan dan mengenai Sir Anthony. Bila aku baca, rasa macam situasi itu cuma ada mereka bertiga (driver, Ejen Doyle & Sir Anthony) dan penembak hendap. Kenapa aku rasa sebegitu, penceritaan terlalu menumpu kepada mereka saja. Tidak ada penceritaan tentang situasi sekeliling secara jelas. Ya betul, penulis ada menyatakan yang orang ramai menjerit bagai histeria. Namum itu tidak berjaya mengambarkan kekecohan secara tepat. Kemudian, banyak tembakan dilepaskan, jadi dalam keadaan kelam kabut ini aku rasa pasti ada orang awam yang terkena tembakan rawak itu @ tercedera. Perasaan cemas dan debaran kurang dirasai, yang pada aku kalau ditambah sedikit lagi rencah memang akan jadi lebih cantik dan kemas.

2) Beberapa plot pertempuran Sarjan Awai dengan bekas skuad elite SAS, aku mengharapkan scene pergaduhan mereka lebih banyak aksi. Aku rasakan Sarjan Awai menang dengan agak mudah tanpa tentangan yang hebat dari askar-askar Flint. Tak sempat nak tengok kehebatan mereka dah mati ditembak Awai.

Ok yang ni nak puji sikit, ada satu plot tu...sedih. Serius terasa dihati. Dalam pelarian, dia masih sempat menyelamatkan orang dan disebabkan itu, persepsi orang ramai berubah terhadap Sarjan Awai. Mereka menyuruhnya lari supaya tidak ditangkap polis. Aku tak nak bagi spoiler, korang baca dan rasa sendiri feel ni. Good job, feel sampai.


Bagaimanapun, masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Tengah syok baca lepas tu habis kat situ je.  Arghh...kena cari sambungan ANARKIS:BANGKIT. 

Pesanan terakhir, buat korang yang plan nak baca buku ni, make sure korang ada novel ANARKIS dan ANARKIS:BANGKIT. Kalau tak jadi macam aku, tengah syok baca tiba - tiba dah sampai helaian terakhir. Kesudahan tak pasti lagi macam mana. Jadi terpaksa bersabar dan pergi cari sambungannya untuk mengetahui nasib Sarjan Awai.

Book Review #18: LARI

Tajuk: LARI
Penulis : Mesbo
Terbitan: S.O Publishing
Tahun Terbitan: 2017



Lari genre action thriller adalah karya kedua penulis yang menggunakan nama pena Mesbo. Apabila mendengar nama Mesbo, dibenak saya hanya terfikir ianya satu nama yang unik dan mudah diingati.
Mungkin ramai yang tidak tahu Mesbo bukanlah orang baru di dalam dunia penulisan, hakikatnya pemilik nama itu sendiri adalah seorang yang sudah lama berada dalam industri penulisan dan penerbitan. Mesbo atau nama sebenarnya adalah Shah Othman, tak kan tak kenal kot siapa lelaki hensem ni...pemilik Buku SO.
Sebagaimana tajuknya Lari, saya yang membaca turut merasakan degupan jantung yang laju seperti turut berlari bersama Shariman.
Lari mengisahkan Shariman yang mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian seseorang yang cukup dikasihi. Dia terpaksa mengharungi pelbagai konflik demi kebenaran dan sebuah dendam. Pada masa yang sama Shariman tidak menyedari Marco ketua sebuah kumpulan sindiket gelap turut menjejakinya. Nyawa ibu dan adik Shariman jadi pertaruhan.

"Aku sudah mulakan sesuatu yang besar, sesuatu yang sudah lama aku simpan. Aku tak boleh berhenti sekarang. Sebab Marco atau sesiapa sahaja yang tahu aku sedang lakukan perkara ini pasti tidak akan berhenti."
Antara ungkapan dialog Shariman ketika dia dan Samad melarikan diri dari kuncu-kuncu Marco. Nak tahu apa yang dimaksudkan dalam dialog diatas kenalah dapatkan buku ini.

Plot di dalam novel ini bergerak pantas menyebabkan kita tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya. Setiap plot dijalin dengan kemas. Peranan setiap watak dikembangkan dengan baik. Penggunaan bahasa yang mudah dan santai. Saya rasa fokus penulis sememangnya lebih tertumpu kepada babak pertarungan, siasatan dan juga permainan emosi, but not so much on plot twist. Sedari awal kita telah didedahkan tujuan komplot antara Lia dan Shariman, malah siapa Dato’ Rizki dan Marco juga turut diceritakan. Namun masih ada twist dipengakhiran cerita. Teknik flashback juga agak menarik membuat pembaca lebih rasa simpati terhadap Shariman.
Walau selasak mana seseorang hero, mesti ada taman dalam hati, selitan kisah cinta yang tidak keterlaluan merubah rentak cerita menjadi sedikit sentimental.

Sedikit komen dari saya:
1) Olahan kisah di dalam novel ini membuatkan kita terbayang-bayang akan filem-filem aksi dari Hollywood. Namun budaya kita tidak sebebas mereka di barat. Contohnya Lia bukanlah calang-calang orang, tapi digambarkan seperti terlalu bebas sementara Shariman begitu mudah keluar masuk ke rumah Lia.
Sesebuah penulisan perlu menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam minda pembaca. Sekiranya ada unsur-unsur negatif perlu ada kesudahan yang memberi pengajaran.

2) Tiada motif yang jelas ke atas pembunuhan Datin Maimon dan Dato' Rizki. Kenapa mereka ini dibunuh masih lagi misteri.
Novel ini sesuai untuk pembaca dewasa. Apa pun tahniah buat Mesbo, semoga anda menghasilkan lebih banyak karya aksi yang hebat.

Jangan tak tahu, Malaysia pun ramai penulis novel thriller yang berbakat besar. Nak tahu apa lagi novel thriller yang best - 5 Novel Action Thriller Melayu

5 novel action thriller melayu yang patut anda baca.



1. PEMBURU KARYA HILAL ASYRAF

Demi memelihara kemakmuran sebuah negara bernama Malaysia, Bakri dan Mustafa terpaksa melalui cabaran yang hebat. Bakri membesar tidak seperti remaja lain malah terpaksa melalui pembedahan yang mengorbankan masa depannya. Mustafa pula terpaksa hidup bersama kisah lampau yang hitam tetapi itu dijadikan kekuatan untuk berdepan dengan musuhnya. Anak dan bapa ini mempunyai misi untuk menumbangkan sebuah organisasi rahsia yang dinamakan sebagai Kesatuan Pemburu. Aksi ala movie Wanted lakonan Angelina Jolie dan James McAvoy. Hebatkan, jadi memang rugi kalau anda tidak baca sendiri novel ini. 
Boleh dapatkan novel ini di kedai buku atau beli terus dengan penulis. Boleh dapatkan maklumat cara pembelian di FB Hilal Asyraf Offical.

Review penuh: PEMBURU
2. TEROSIS - AKU BUKAN TEROSIS KARYA SYAUQIE M.K

Gagang telepon diletakkan. Arisya dan Safwan dipanggil masuk semula. "Ok guys, get your facts and figures ready. Kita jumpa KPN sekarang!" Arisya dan Safwan berpandangan, gugup. "Ketua Polis Negara?" 

Petikan dialog diatas merupakan antara plot cemas dalam novel ini. Kes jemaah misteri telah sampai ke tahap yang sangat serius. Apa yang dirancangkan oleh mereka telah menjadi isu besar dalam keselamatan negara. Safwan dan Arisya bakal menemui KPN untuk penjelasan lanjut. Pergh! memang rugi tak baca novel ini. Penuh debaran dan yang pasti kejahatan akan terbongkar! Boleh dapatkan di buku.so.com

Review penuh: TERORIS
3. TEMPUR KARYA AHMAD ERHAN

Permulaan cerita agak santai dan diselitkan unsur humor. Watak Adelia, Aslan dan Dato' Syukor mula muncul berselang - seli. Dato' Syukor yang tegas dan garang, Aslan yang kerap lambat masuk kerja dan Adelia yang cantik. Di satu bahagian lagi, seorang wanita misteri, sambil minum cendol dan kemudiannya melakukan jenayah. Sesuai dengan pepatah 'don't judge a book by it's cover', begitu banyak plot twist di dalam cerita ini. Banyak libasan pedang dan kehilangan nyawa bakal berlaku dalam cerita ini. Berjayakah ianya ditamatkan? Dapatkan novel ini di kedai buku berdekatan anda. 

Review penuh: TEMPUR

4. GERAK GEMPAR KARYA NORDEN MOHAMED

Krisis tercetus bila pelayaran kapal Lancang Kuning diserang sekumpulan lanun Somalia yang dikenali sebagai Bad Holac. WALI 9 serta-merta dikumpulkan bagi menangani krisis besar ini. Mereka mengumpul maklumat dari jabatan masing - masing bagi merangka operasi untuk menyelamatkan kapal Lancang Kuning. 
Bagi Extron Corporation, kejadian itu menjadi satu peluang baik untuk mereka  merampas kembali kontrak daripada Malpetro Malaysia. Apakah muslihat CEO Extron akan berjaya? Apa pula strategi WALI 9 dalam misi menyelamatkan Lancang Kuning dan Pegawai Operasi Malpetro Datuk Rauzah? Dapatkan di FB Novel Gerak Gempar.

Review penuh: GERAK GEMPAR


5. ADAM KARYA RAMLEE AWANG MURSHID

Hilman seorang pegawai polis berpangkat ASP yang telah lama berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Kisah kecemerlangannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Pernah menyertai pasukan pengaman antarabangsa (UNPROFOR) dan seorang sharp-shooter yang pernah bertempur secara combat. Selepas berbelas tahun terpisah, akhirnya Hilman dipertemukan dengan anaknya Jeslina di Kota New York. Namun, bahagia yang dikecapi hanya sementara. Hilman telah terjebak ke dalam satu konspirasi yang tidak dijangka. Dia dijadikan kambing hitam untuk menutup pesalah sebenar. 

Hilman tidak akan berputus asa. Dia akan mencari siapa dalang di sebalik kejadian ini. Siasatannya membawa Hilman ke pintu White House. Apa kesudahannya? Dapatkan A.D.A.M di kedai buku berhampiran anda. 

Apa genre buku yang menarik untuk dibaca?



Secara umumnya, novel boleh dikategorikan kepada 2 bahagian - fiksyen dan non-fiksyen. Terdapat banyak sub-kategori dibawah novel fiksyen antaranya seperti cinta, thriller, seram, sai-fai, fantasi dan misteri.

Pada entri kali ini, mari kita mengupas 4 kategori dalam bahagian fiksyen.

1) CINTA
  • Genre ini mengetengahkan tentang emosi, kasih sayang, kesetiaan dalam sesuatu perhubungan. Ianya adalah satu topik yang luas skopnya tidak hanya tertumpu pada kisah cinta lelaki dan wanita sahaja. 
  • Cinta boleh meliputi rasa cinta manusia kepada pencipta, cinta pada keluarga, kasih sayang antara sahabat dan banyak lagi. Rasa suka, sedih, kecewa bercampur baur sepanjang perjalanan cerita. Ini menambahkan lagi rencah cerita dan menjadikan emosi pembaca turut sama berubah. 
  • Antara novel-novel cinta yang menarik dan bagus untuk dibaca seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, Bisik Pada Langit karya Siti Khadijah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick karya Hamka
  • Jika diluar negara penulis genre cinta yang terkenal antaranya Nora Roberts (The Obsession). Beliau telah menghasilkan lebih kurang 200 novel cinta dan dipasarkan diseluruh dunia.

2) THRILLER
  • Genre thriller ini kita boleh klasifikasikan kepada beberapa jenis seperti action-thriller, psiko-thriller, crime-thriller, epik-thriller dan horror-thriller. 
  • Bila kita bercerita tentang thriller, ianya pasti melibatkan degupan jantung yang laju, perasaan cemas dan suspen. Jika semua ini berjaya digarap dengan sempurna, pasti karya itu akan menjadi genre thriller yang menarik.
  • Antara novel thriller yang bagus dan berjaya memaparkan semua elemen diatas dengan baik ialah karya Ramlee Awang Murshid seperti Mandatori, Ungu Karmila (psiko-thriller), Tombiruo, ADAM, Satu Janji (action-thriller). Siri novel beliau SUNAN adalah satu contoh novel epik-thriller yang baik.
  • Terdapat juga penulis novel lain yang menghasilkan cerita thriller yang tidak kurang hebatnya seperti TERORIS, TEMPUR, GERAK GEMPAR, DARI TANAH KE TANAH
  • Jika di luar negara, penulis seperti Stephen King (IT, Dark Tower), Dan Brown (The Da Vinci Code) antara yang terkenal dalam genre ini.



3) FANTASI
  • Jika kita berbincang tentang novel fantasi, pasti terbayang di minda karya novelis terkenal dunia J.K.Rowling. Novelnya HARRY POTTER SERIES telah menjadi antara fenomena dalam dunia penulisan buku. 
  • Apa agaknya formula beliau bagi menjadikan novel ini begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat didunia? Fantasi adalah tentang imaginasi dan angan-angan. Dalam sebuah cerita fantasi pasti ada unsur keajaiban, misteri dan keanehan. Jika kita kaji secara mendalam, watak dalam novel fantasi pasti ada 2 jenis kehidupan - nyata dan khayalan.
  • Kedua-dua kehidupan ini perlu diadunkan dengan baik supaya pembaca percaya dengan apa yang dilalui oleh watak tersebut. 
  • Antara karya fantasi yang menarik untuk dibaca seperti Siri Saga Artakusiad (Ahmad Patria), Trilogi The Lord of The Rings, Puteri Naga Tiberius (Sri Rahayu Mohd Yusop).

4) SERAM
  • Antara genre buku yang diminati rakyat Malaysia pada masa kini. Genre ini amat berjaya sama ada dalam bidang penulisan, drama atau filem. Kelahiran penulis dalam menghasilkan novel, cerpen juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi perlu diingat, seram bukan hanya pada watak tetapi bagaimana perasaan seram itu diwujudkan.
  • Skill untuk menimbulkan perasaan seram itu amat penting kerana itu yang akan menjadikan sesuatu jalan cerita itu menyeramkan. 
  • Genre ini bukan hanya tertumpu pada kisah hantu saja. Banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan tunggak seperti kepercayaan kuno dalam sesuatu masyarakat atau amalan khurafat.
  • Antara penulis dan novel yang menarik dari genre ini seperti Jangan baca novel ini (Ismi Fa Ismail), Lengloi (Maria Kajiwa), Orang Gaji (Daisy Zahra), Uwan Konah (Haida Hassan)




INFO : Di mana boleh beli buku secara online?



Zaman sekarang kan, semua pun mudah, senang dan cepat. Banyak perkara yang kita boleh lakukan secara atas talian. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kedai buku bagi mendapatkan buku kegemaran anda.

Teringat satu peristiwa, bagaimana novel bersiri Harry Potter mula terkenal di seluruh dunia. Peminat siri ini sanggup beratur awal pagi dihadapan kedai menjual buku bagi mendapatkan naskah terbaru karya J.K.Rowling

Sekarang kita dah mempunyai banyak pilihan sama ada ingin ke kedai buku atau beli secara online melalui website, Facebook atau Instagram.

Jom kita tengok, antara laman web yang anda boleh lawati sekiranya ingin mendapatkan buku menarik dan terkini.

1) BUKUSO.COM

  • kedai buku online yang menjual pelbagai jenis buku terbitan beberapa penerbit seperti SO Publishing, KTR Press, Prolog Media dan beberapa penerbit lain lagi.



2) BOOKCAFE.COM.MY

  • website bookcafe.com.my menjual berbagai jenis genre buku dari buku kanak-kanak, buku agama, buku resepi, motivasi dan novel boleh didapati di sini. Apa yang menarik, selalu ada promosi hebat dan anda dapat membeli buku dengan harga yang lebih murah.



3) MPH ONLINE

  • Sebuah lagi kedai buku yang tidak asing lagi bagi orang ramai. Selain buku, MPH juga menjual pelbagai jenis kelengkapan alat tulis.


4) Karangkraf Mall

  • website ini menjual novel terbitan Buku Prima, buku-buku sekolah, majalah dan macam-macam lagi. 



5) Book Depository

  • Sekiranya ingin mencari bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda boleh melayari laman web ini. Pelbagai pilihan yang mereka tawarkan. 



6) Kinokuniya

  • Tidak perlu lagi bersusah payah ke KLCC. Anda boleh dapatkan buku-buku yang dijual di kedai buku Kinokuniya secara online.



Ada juga penulis buku yang menjual sendiri hasil karya mereka (self-publish). Biasanya mereka akan promosi di Facebook atau Instagram. Antaranya seperti dibawah:

Anekdot buku-buku perubatan

Novel Psiko Thriller - antaranya Dari Tanah ke Tanah

Novel cinta fantasi, lain dari lain - antaranya Rooftop, Infiniti

Novel Didera Hujan



Penerbit buku anekdot seperti Cikgu Kelas Sebelah

Antara novel karya beliau - Pemburu, Suri hati Encik Pembunuh & HERO


 Jadi mencari bahan bacaan yang berkualiti bukan satu masalah lagi. Dengan adanya media sosial yang digunakan secara berleluasa, semua informasi mudah untuk diakses dari mana sahaja.

#membacalahkeranaitubuktiandabijaksana
#books
#ulasgayasendiri


Book Review #17: KIUB




Tajuk: KIUB
Penulis : Arifful Baqi
ISBN: 978-967-446-327-4
Terbitan: Buku Prima
Tahun Terbitan: 2017


KIUB - Teringat kiub dalam movie transformer. Masa aku menulis review ni, coincidentally cerita Transformer: Revenge of the Fallen tengah ditayangkan di tv. Takde kaitan pun sebenarnya ...hahaha.

Ok, korang mesti nak tahu, KIUB ni cerita pasal apa kan. Adakah kisah cinta?? Erm...KIUB = CINTA, erghhh...serba tak kena...hehehe. Ini cerita aksi, letupan di sana sini, tembak menembak dan ramai lagi yang bakal terkorban dalam novel ini. 

Kisah bermula dengan misi Militan Gelap untuk merampas kiub yang dikatakan mempunyai kuasa. Apa kuasa KIUB itu, ia masih menjadi tanda tanya. Semua orang yang ada kaitan dengan kiub itu telah dibunuh oleh Militan Gelap dan kerana itu juga Zaki kehilangan kedua ibubapanya.

Dendam yang membara telah membawa Zaki ke satu misi yang dia sendiri tidak duga. Bertemu dengan Fateh telah memimpinnya ke satu matlamat baru. Mira Hafizah, gadis manis yang pintar. Dia datang menghulurkan bantuan dengan harapan kejahatan dapat dihapuskan.

Geng! Geng! Geng!...apa akan jadi seterusnya? Berjaya atau tidak Zaki menuntut bela atas kehilangan orang yang tersayang? Mira Hafizah ni nanti jadi girlfriend Zaki ke? Hehehe...cari jawapan dalam novel KIUB.

Sedikit komen dari sudut mata seorang pembaca, bagi tujuan penambahbaikan:

  • Pengembaraan berjalan kaki selama 5 bulan dari Malaysia ke Timur Laut Afrika. Kisah ini mungkin nampak lebih real sekiranya diselitkan beberapa babak tentang apa yang dilalui oleh Zaki. Pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan ini boleh dijadikan salah satu faktor mempengaruhi kekuatan fizikal dan mental Zaki sebelum di bertemu dengan Mustafa.
  • Ada sesetengah dialog dalam kumpulan Militan Gelap agak formal seperti penggunaan "kalian", "Tuan" yang dirasakan agak sopan untuk kumpulan penjahat. 
  • Babak dimana Mira Hafizah mengodam sistem, penceritaan yang agak mudah, tidak dapat menunjukkan sepenuhnya kehebatannya proses penggodaman tersebut.



Apa sekali pun syabas buat penulis. Keep it up, kita perlukan lebih ramai lagi penulis yang mampu menghasilkan novel aksi sebegini. 

Kalau korang suka novel aksi, KIUB tidak patut dilepaskan. 

Dah baca TEMPUR, kalau belum baca review kami, anda pasti teruja.

#bookreview #ulasgayasendiri #theulatbuku #writersbestfriend #membacaitubuktiandabijaksana




Adakah anda seorang bibliophile?

Tahukah anda apa itu bibliophile?

Bibliophile bermaksud pencinta buku atau peminat buku. Adakah korang tergolong dalam kelompok unik ini?



Kelompok ini dikatakan unik kerana mempunyai ciri-ciri dibawah:

  • sukakan apa saja berkaitan buku - baca buku, beli buku, hias buku.
  • tempat shopping paling digemari ialah kedai buku.
  • objek yang perlu ada dalam beg ialah buku.
  • masa akan terasa cepat berlalu bila ada buku ditangan.
  • impian untuk ada sebuah library dirumah.


  • memperuntukkan satu bajet setiap bulan untuk membeli buku.
  • setiap buku baru yang dibeli mampu memberikan kebahagiaan.
  • menanti buku pre-order sampai adalah satu penyeksaan hehehe.
  • balut buku yang baru dibeli sebelum mula membaca.
  • bila dah mula baca, susah nak lepaskan buku selagi tak jumpa penamat.

Adakah anda dalam kelompok unik ini? Membacalah kerana itu bukti anda bijaksana.

#theulatbuku #writersbestfriend

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...