INFO : Di mana boleh beli buku secara online?



Zaman sekarang kan, semua pun mudah, senang dan cepat. Banyak perkara yang kita boleh lakukan secara atas talian. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kedai buku bagi mendapatkan buku kegemaran anda.

Teringat satu peristiwa, bagaimana novel bersiri Harry Potter mula terkenal di seluruh dunia. Peminat siri ini sanggup beratur awal pagi dihadapan kedai menjual buku bagi mendapatkan naskah terbaru karya J.K.Rowling

Sekarang kita dah mempunyai banyak pilihan sama ada ingin ke kedai buku atau beli secara online melalui website, Facebook atau Instagram.

Jom kita tengok, antara laman web yang anda boleh lawati sekiranya ingin mendapatkan buku menarik dan terkini.

1) BUKUSO.COM

  • kedai buku online yang menjual pelbagai jenis buku terbitan beberapa penerbit seperti SO Publishing, KTR Press, Prolog Media dan beberapa penerbit lain lagi.



2) BOOKCAFE.COM.MY

  • website bookcafe.com.my menjual berbagai jenis genre buku dari buku kanak-kanak, buku agama, buku resepi, motivasi dan novel boleh didapati di sini. Apa yang menarik, selalu ada promosi hebat dan anda dapat membeli buku dengan harga yang lebih murah.



3) MPH ONLINE

  • Sebuah lagi kedai buku yang tidak asing lagi bagi orang ramai. Selain buku, MPH juga menjual pelbagai jenis kelengkapan alat tulis.


4) Karangkraf Mall

  • website ini menjual novel terbitan Buku Prima, buku-buku sekolah, majalah dan macam-macam lagi. 



5) Book Depository

  • Sekiranya ingin mencari bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda boleh melayari laman web ini. Pelbagai pilihan yang mereka tawarkan. 



6) Kinokuniya

  • Tidak perlu lagi bersusah payah ke KLCC. Anda boleh dapatkan buku-buku yang dijual di kedai buku Kinokuniya secara online.



Ada juga penulis buku yang menjual sendiri hasil karya mereka (self-publish). Biasanya mereka akan promosi di Facebook atau Instagram. Antaranya seperti dibawah:

Anekdot buku-buku perubatan

Novel Psiko Thriller - antaranya Dari Tanah ke Tanah

Novel cinta fantasi, lain dari lain - antaranya Rooftop, Infiniti

Novel Didera Hujan



Penerbit buku anekdot seperti Cikgu Kelas Sebelah

Antara novel karya beliau - Pemburu, Suri hati Encik Pembunuh & HERO


 Jadi mencari bahan bacaan yang berkualiti bukan satu masalah lagi. Dengan adanya media sosial yang digunakan secara berleluasa, semua informasi mudah untuk diakses dari mana sahaja.

#membacalahkeranaitubuktiandabijaksana
#books
#ulasgayasendiri


3 comments:

  1. Antara book depository dengan amazon, mana lagi bagus yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang best di book depository ialah kos penghantaran percuma. Jadi dah tak perlu fikirkan kos postage.

      Mana yang lebih baik, rasanya bergantung kepada keperluan sesorang. Book Depository fokus kepada jual buku saja, jadi kalau memang plan nak beli buku je, rasanya beli di sini lebih baik.

      Kalau amazon, bermacam-macam barang lain pun dijual. :)

      Delete
    2. Ermmm,banyak pilihan,tq @TheUlatBuku

      Delete

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...