5 novel action thriller melayu yang patut anda baca.



1. PEMBURU KARYA HILAL ASYRAF

Demi memelihara kemakmuran sebuah negara bernama Malaysia, Bakri dan Mustafa terpaksa melalui cabaran yang hebat. Bakri membesar tidak seperti remaja lain malah terpaksa melalui pembedahan yang mengorbankan masa depannya. Mustafa pula terpaksa hidup bersama kisah lampau yang hitam tetapi itu dijadikan kekuatan untuk berdepan dengan musuhnya. Anak dan bapa ini mempunyai misi untuk menumbangkan sebuah organisasi rahsia yang dinamakan sebagai Kesatuan Pemburu. Aksi ala movie Wanted lakonan Angelina Jolie dan James McAvoy. Hebatkan, jadi memang rugi kalau anda tidak baca sendiri novel ini. 
Boleh dapatkan novel ini di kedai buku atau beli terus dengan penulis. Boleh dapatkan maklumat cara pembelian di FB Hilal Asyraf Offical.

Review penuh: PEMBURU
2. TEROSIS - AKU BUKAN TEROSIS KARYA SYAUQIE M.K

Gagang telepon diletakkan. Arisya dan Safwan dipanggil masuk semula. "Ok guys, get your facts and figures ready. Kita jumpa KPN sekarang!" Arisya dan Safwan berpandangan, gugup. "Ketua Polis Negara?" 

Petikan dialog diatas merupakan antara plot cemas dalam novel ini. Kes jemaah misteri telah sampai ke tahap yang sangat serius. Apa yang dirancangkan oleh mereka telah menjadi isu besar dalam keselamatan negara. Safwan dan Arisya bakal menemui KPN untuk penjelasan lanjut. Pergh! memang rugi tak baca novel ini. Penuh debaran dan yang pasti kejahatan akan terbongkar! Boleh dapatkan di buku.so.com

Review penuh: TERORIS
3. TEMPUR KARYA AHMAD ERHAN

Permulaan cerita agak santai dan diselitkan unsur humor. Watak Adelia, Aslan dan Dato' Syukor mula muncul berselang - seli. Dato' Syukor yang tegas dan garang, Aslan yang kerap lambat masuk kerja dan Adelia yang cantik. Di satu bahagian lagi, seorang wanita misteri, sambil minum cendol dan kemudiannya melakukan jenayah. Sesuai dengan pepatah 'don't judge a book by it's cover', begitu banyak plot twist di dalam cerita ini. Banyak libasan pedang dan kehilangan nyawa bakal berlaku dalam cerita ini. Berjayakah ianya ditamatkan? Dapatkan novel ini di kedai buku berdekatan anda. 

Review penuh: TEMPUR

4. GERAK GEMPAR KARYA NORDEN MOHAMED

Krisis tercetus bila pelayaran kapal Lancang Kuning diserang sekumpulan lanun Somalia yang dikenali sebagai Bad Holac. WALI 9 serta-merta dikumpulkan bagi menangani krisis besar ini. Mereka mengumpul maklumat dari jabatan masing - masing bagi merangka operasi untuk menyelamatkan kapal Lancang Kuning. 
Bagi Extron Corporation, kejadian itu menjadi satu peluang baik untuk mereka  merampas kembali kontrak daripada Malpetro Malaysia. Apakah muslihat CEO Extron akan berjaya? Apa pula strategi WALI 9 dalam misi menyelamatkan Lancang Kuning dan Pegawai Operasi Malpetro Datuk Rauzah? Dapatkan di FB Novel Gerak Gempar.

Review penuh: GERAK GEMPAR


5. ADAM KARYA RAMLEE AWANG MURSHID

Hilman seorang pegawai polis berpangkat ASP yang telah lama berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Kisah kecemerlangannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Pernah menyertai pasukan pengaman antarabangsa (UNPROFOR) dan seorang sharp-shooter yang pernah bertempur secara combat. Selepas berbelas tahun terpisah, akhirnya Hilman dipertemukan dengan anaknya Jeslina di Kota New York. Namun, bahagia yang dikecapi hanya sementara. Hilman telah terjebak ke dalam satu konspirasi yang tidak dijangka. Dia dijadikan kambing hitam untuk menutup pesalah sebenar. 

Hilman tidak akan berputus asa. Dia akan mencari siapa dalang di sebalik kejadian ini. Siasatannya membawa Hilman ke pintu White House. Apa kesudahannya? Dapatkan A.D.A.M di kedai buku berhampiran anda. 

Apa genre buku yang menarik untuk dibaca?



Secara umumnya, novel boleh dikategorikan kepada 2 bahagian - fiksyen dan non-fiksyen. Terdapat banyak sub-kategori dibawah novel fiksyen antaranya seperti cinta, thriller, seram, sai-fai, fantasi dan misteri.

Pada entri kali ini, mari kita mengupas 4 kategori dalam bahagian fiksyen.

1) CINTA
  • Genre ini mengetengahkan tentang emosi, kasih sayang, kesetiaan dalam sesuatu perhubungan. Ianya adalah satu topik yang luas skopnya tidak hanya tertumpu pada kisah cinta lelaki dan wanita sahaja. 
  • Cinta boleh meliputi rasa cinta manusia kepada pencipta, cinta pada keluarga, kasih sayang antara sahabat dan banyak lagi. Rasa suka, sedih, kecewa bercampur baur sepanjang perjalanan cerita. Ini menambahkan lagi rencah cerita dan menjadikan emosi pembaca turut sama berubah. 
  • Antara novel-novel cinta yang menarik dan bagus untuk dibaca seperti Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, Bisik Pada Langit karya Siti Khadijah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick karya Hamka
  • Jika diluar negara penulis genre cinta yang terkenal antaranya Nora Roberts (The Obsession). Beliau telah menghasilkan lebih kurang 200 novel cinta dan dipasarkan diseluruh dunia.

2) THRILLER
  • Genre thriller ini kita boleh klasifikasikan kepada beberapa jenis seperti action-thriller, psiko-thriller, crime-thriller, epik-thriller dan horror-thriller. 
  • Bila kita bercerita tentang thriller, ianya pasti melibatkan degupan jantung yang laju, perasaan cemas dan suspen. Jika semua ini berjaya digarap dengan sempurna, pasti karya itu akan menjadi genre thriller yang menarik.
  • Antara novel thriller yang bagus dan berjaya memaparkan semua elemen diatas dengan baik ialah karya Ramlee Awang Murshid seperti Mandatori, Ungu Karmila (psiko-thriller), Tombiruo, ADAM, Satu Janji (action-thriller). Siri novel beliau SUNAN adalah satu contoh novel epik-thriller yang baik.
  • Terdapat juga penulis novel lain yang menghasilkan cerita thriller yang tidak kurang hebatnya seperti TERORIS, TEMPUR, GERAK GEMPAR, DARI TANAH KE TANAH
  • Jika di luar negara, penulis seperti Stephen King (IT, Dark Tower), Dan Brown (The Da Vinci Code) antara yang terkenal dalam genre ini.



3) FANTASI
  • Jika kita berbincang tentang novel fantasi, pasti terbayang di minda karya novelis terkenal dunia J.K.Rowling. Novelnya HARRY POTTER SERIES telah menjadi antara fenomena dalam dunia penulisan buku. 
  • Apa agaknya formula beliau bagi menjadikan novel ini begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat didunia? Fantasi adalah tentang imaginasi dan angan-angan. Dalam sebuah cerita fantasi pasti ada unsur keajaiban, misteri dan keanehan. Jika kita kaji secara mendalam, watak dalam novel fantasi pasti ada 2 jenis kehidupan - nyata dan khayalan.
  • Kedua-dua kehidupan ini perlu diadunkan dengan baik supaya pembaca percaya dengan apa yang dilalui oleh watak tersebut. 
  • Antara karya fantasi yang menarik untuk dibaca seperti Siri Saga Artakusiad (Ahmad Patria), Trilogi The Lord of The Rings, Puteri Naga Tiberius (Sri Rahayu Mohd Yusop).

4) SERAM
  • Antara genre buku yang diminati rakyat Malaysia pada masa kini. Genre ini amat berjaya sama ada dalam bidang penulisan, drama atau filem. Kelahiran penulis dalam menghasilkan novel, cerpen juga seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi perlu diingat, seram bukan hanya pada watak tetapi bagaimana perasaan seram itu diwujudkan.
  • Skill untuk menimbulkan perasaan seram itu amat penting kerana itu yang akan menjadikan sesuatu jalan cerita itu menyeramkan. 
  • Genre ini bukan hanya tertumpu pada kisah hantu saja. Banyak lagi kisah lain yang boleh dijadikan tunggak seperti kepercayaan kuno dalam sesuatu masyarakat atau amalan khurafat.
  • Antara penulis dan novel yang menarik dari genre ini seperti Jangan baca novel ini (Ismi Fa Ismail), Lengloi (Maria Kajiwa), Orang Gaji (Daisy Zahra), Uwan Konah (Haida Hassan)




INFO : Di mana boleh beli buku secara online?



Zaman sekarang kan, semua pun mudah, senang dan cepat. Banyak perkara yang kita boleh lakukan secara atas talian. Tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke kedai buku bagi mendapatkan buku kegemaran anda.

Teringat satu peristiwa, bagaimana novel bersiri Harry Potter mula terkenal di seluruh dunia. Peminat siri ini sanggup beratur awal pagi dihadapan kedai menjual buku bagi mendapatkan naskah terbaru karya J.K.Rowling

Sekarang kita dah mempunyai banyak pilihan sama ada ingin ke kedai buku atau beli secara online melalui website, Facebook atau Instagram.

Jom kita tengok, antara laman web yang anda boleh lawati sekiranya ingin mendapatkan buku menarik dan terkini.

1) BUKUSO.COM

  • kedai buku online yang menjual pelbagai jenis buku terbitan beberapa penerbit seperti SO Publishing, KTR Press, Prolog Media dan beberapa penerbit lain lagi.



2) BOOKCAFE.COM.MY

  • website bookcafe.com.my menjual berbagai jenis genre buku dari buku kanak-kanak, buku agama, buku resepi, motivasi dan novel boleh didapati di sini. Apa yang menarik, selalu ada promosi hebat dan anda dapat membeli buku dengan harga yang lebih murah.



3) MPH ONLINE

  • Sebuah lagi kedai buku yang tidak asing lagi bagi orang ramai. Selain buku, MPH juga menjual pelbagai jenis kelengkapan alat tulis.


4) Karangkraf Mall

  • website ini menjual novel terbitan Buku Prima, buku-buku sekolah, majalah dan macam-macam lagi. 



5) Book Depository

  • Sekiranya ingin mencari bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda boleh melayari laman web ini. Pelbagai pilihan yang mereka tawarkan. 



6) Kinokuniya

  • Tidak perlu lagi bersusah payah ke KLCC. Anda boleh dapatkan buku-buku yang dijual di kedai buku Kinokuniya secara online.



Ada juga penulis buku yang menjual sendiri hasil karya mereka (self-publish). Biasanya mereka akan promosi di Facebook atau Instagram. Antaranya seperti dibawah:

Anekdot buku-buku perubatan

Novel Psiko Thriller - antaranya Dari Tanah ke Tanah

Novel cinta fantasi, lain dari lain - antaranya Rooftop, Infiniti

Novel Didera Hujan



Penerbit buku anekdot seperti Cikgu Kelas Sebelah

Antara novel karya beliau - Pemburu, Suri hati Encik Pembunuh & HERO


 Jadi mencari bahan bacaan yang berkualiti bukan satu masalah lagi. Dengan adanya media sosial yang digunakan secara berleluasa, semua informasi mudah untuk diakses dari mana sahaja.

#membacalahkeranaitubuktiandabijaksana
#books
#ulasgayasendiri


Book Review #17: KIUB




Tajuk: KIUB
Penulis : Arifful Baqi
ISBN: 978-967-446-327-4
Terbitan: Buku Prima
Tahun Terbitan: 2017


KIUB - Teringat kiub dalam movie transformer. Masa aku menulis review ni, coincidentally cerita Transformer: Revenge of the Fallen tengah ditayangkan di tv. Takde kaitan pun sebenarnya ...hahaha.

Ok, korang mesti nak tahu, KIUB ni cerita pasal apa kan. Adakah kisah cinta?? Erm...KIUB = CINTA, erghhh...serba tak kena...hehehe. Ini cerita aksi, letupan di sana sini, tembak menembak dan ramai lagi yang bakal terkorban dalam novel ini. 

Kisah bermula dengan misi Militan Gelap untuk merampas kiub yang dikatakan mempunyai kuasa. Apa kuasa KIUB itu, ia masih menjadi tanda tanya. Semua orang yang ada kaitan dengan kiub itu telah dibunuh oleh Militan Gelap dan kerana itu juga Zaki kehilangan kedua ibubapanya.

Dendam yang membara telah membawa Zaki ke satu misi yang dia sendiri tidak duga. Bertemu dengan Fateh telah memimpinnya ke satu matlamat baru. Mira Hafizah, gadis manis yang pintar. Dia datang menghulurkan bantuan dengan harapan kejahatan dapat dihapuskan.

Geng! Geng! Geng!...apa akan jadi seterusnya? Berjaya atau tidak Zaki menuntut bela atas kehilangan orang yang tersayang? Mira Hafizah ni nanti jadi girlfriend Zaki ke? Hehehe...cari jawapan dalam novel KIUB.

Sedikit komen dari sudut mata seorang pembaca, bagi tujuan penambahbaikan:

  • Pengembaraan berjalan kaki selama 5 bulan dari Malaysia ke Timur Laut Afrika. Kisah ini mungkin nampak lebih real sekiranya diselitkan beberapa babak tentang apa yang dilalui oleh Zaki. Pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan ini boleh dijadikan salah satu faktor mempengaruhi kekuatan fizikal dan mental Zaki sebelum di bertemu dengan Mustafa.
  • Ada sesetengah dialog dalam kumpulan Militan Gelap agak formal seperti penggunaan "kalian", "Tuan" yang dirasakan agak sopan untuk kumpulan penjahat. 
  • Babak dimana Mira Hafizah mengodam sistem, penceritaan yang agak mudah, tidak dapat menunjukkan sepenuhnya kehebatannya proses penggodaman tersebut.



Apa sekali pun syabas buat penulis. Keep it up, kita perlukan lebih ramai lagi penulis yang mampu menghasilkan novel aksi sebegini. 

Kalau korang suka novel aksi, KIUB tidak patut dilepaskan. 

Dah baca TEMPUR, kalau belum baca review kami, anda pasti teruja.

#bookreview #ulasgayasendiri #theulatbuku #writersbestfriend #membacaitubuktiandabijaksana




Adakah anda seorang bibliophile?

Tahukah anda apa itu bibliophile?

Bibliophile bermaksud pencinta buku atau peminat buku. Adakah korang tergolong dalam kelompok unik ini?



Kelompok ini dikatakan unik kerana mempunyai ciri-ciri dibawah:

  • sukakan apa saja berkaitan buku - baca buku, beli buku, hias buku.
  • tempat shopping paling digemari ialah kedai buku.
  • objek yang perlu ada dalam beg ialah buku.
  • masa akan terasa cepat berlalu bila ada buku ditangan.
  • impian untuk ada sebuah library dirumah.


  • memperuntukkan satu bajet setiap bulan untuk membeli buku.
  • setiap buku baru yang dibeli mampu memberikan kebahagiaan.
  • menanti buku pre-order sampai adalah satu penyeksaan hehehe.
  • balut buku yang baru dibeli sebelum mula membaca.
  • bila dah mula baca, susah nak lepaskan buku selagi tak jumpa penamat.

Adakah anda dalam kelompok unik ini? Membacalah kerana itu bukti anda bijaksana.

#theulatbuku #writersbestfriend

Book Review #16: KANVAS

KANVAS By Ayumi


Tajuk: Kanvas
Penulis : Ayumi
ISBN: 978-967-15370-1-5
Terbitan: Prolog Media
Tahun Terbitan: 2017

Penulis baru, aku belum pernah baca lagi karya penulis ni. Reputasi Prolog Media yang menyebabkan aku tanpa ragu-ragu beli buku baru terbitan mereka. Bila diorang post je kat instagram, buku dan siap untuk dijual, terus aku DM admin diorang buat order. Penantian memang satu penyeksaan, seperti kata lagu Penantian nyanyi Febians. Maklumlah, buku baru dan order pun banyak. Akhirnya novel ini sampai juga ke tangan aku.

Ok, let start review about this novel.

Ed - Creepy & mystery guy. Dia takde ramai kawan, yang ada cuma Dom & Mama. Inspiration hunting is Ed favorite activity. Kat studio Dom, Hutan Rinan & menara di kolej. Sketch book adalah peneman setia, ke mana saja dia pergi buku itu pasti dibawa bersama. Dia memang tak kisah apa orang nak kata "screw them" .Buktinya dalam satu kelas, Prof open free topic and he choose about serial killer. Hahaha...creepy right! 

Kara seorang gadis yang happy-go-lucky, berkawan baik dengan Zea dan Lisa. Statusnya sebagai anak tunggal menyebabkan dia sering dikongkong oleh papanya En Rafat. Lepas final exam berakhir, mereka semua merancang untuk berkhemah bersama di Hutan Rinan. Bila Kara suarakan saja plan tersebut, terus ayahnya membantah. Kara yang tidak mahu dianggap anak manja nekad berbohong dengan ayahnya tentang destinasi perkhemahan mereka. Di sini segala-galanya mula berubah 360 darjah. Tulah, lain kali jangan bohong pada parent. Natijahnya kena tanggung sendiri.

Permulaan cerita ni, penulis dah mula membina watak Ed supaya pembaca boleh mula berimaginasi. Ed ni memang kira creepy habis lah, mana taknya tengah malam duduk lepak dalam hutan. Haish...orang normal rasanya akan lepak kat shopping compleks ke, kafe ke kan. Lebih menguatkan lagi character Ed, bila dia buat kecoh jumpa mayat dalam longkang kat kolej. Tapi masalahnya takde bukti, polis pun tak jumpa apa-apa yang mencurigakan. Lagilah semua orang mula pandang serong pada dia.

Keputusan Kara untuk mengingkari amaran ayahnya supaya tidak meneruskan niat untuk berkhemah di Hutan Rinan memang membawa padah. Bukan itu yang diimpikan  oleh Kara pada aktiviti perpisahan bersama teman-teman seperjuangan. Bila cerita sampai di konflik utama, korang memang akan terpaku dikerusi. Buku seperti digam pada tangan. Perasaan kesian pada Kara, ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi malam itu dan apa yg Ed buat bercampur baur. Kalau otak aku ni lutsinar, orang mungkin boleh nampak banyaknya tanda tanya (?) yang berlegar. Hahaha...nasib baik bukan, so nampak kerut dimuka je la.



Kombinasi Ed yang suka melukis dan buat komik online mengingatkan aku pada satu drama Korea - Two World. Kalau korang pernah tengok drama ni, cerita dia berkisarkan seorang pelukis komik. Dia ada anak perempuan seorang doktor yang tah macam mana boleh masuk ke dunia komik tu. Ada satu watak jahat dalam komik tu cuba bunuh penulis ni sebab dia tak suka penulis cuba matikan wataknya dalam webcomic tersebut. 

Mula - mula baca tu, ingat cerita Kanvas ni lebih kurang macam drama tu lah. Seriusly, aku silap. Kenapa aku cakap macam tu, sebab persamaannya cuma ada pada satu perkataan "webcomic" yang lain tak sama langsung. Makin di baca, makin menghilang tanggapan pertama aku itu. Tahniah penulis sebab berjaya berdiri atas cerita sendiri.

Dalam novel ni, Ed ada 4 versi yang berlainan. Aku tak nak pecah rahsia, hahaha. Korang kena baca baru tahu dan faham apa aku cakapkan ni. Novel ini menerapkan nilai persahabatan, kesetiaan, kekeluarga dan kasih sayang sesama manusia. Kesetian pasti diuji dan kebenaran akhirnya bakal terbukti. Actually this story about normal life of student in college which try to find out themself. Namun, cara penulis menterjemahkan cerita ini yang membuatkan novel ini menarik dan ada keunikan yang tersendiri.

Cuma ada persoalan yang tak terjawab, kenapa Azlam bertindak sebegitu? Kenapa En Rafat buat begitu pada Mama Kara? Erm...tidak ada penjelasan detail untuk 2 persoalan ini. Ya, mungkin plot sampingan tapi kalau dapat diberikan jawapan baru rasa penutup novel ini benar - benar kemas.

p/s: ada contest #ulasgayasendiri mari sertainya. 

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...