INFO: Apa itu ulasan buku?


Apa itu ulasan buku? Bagaimana cara yang betul untuk membuat ulasan? Apa format yang perlu diikuti? Buat ulasan ini macam tulis sinopsis cerita ke?

Mungkin ini antara persoalan yang bermain di minda sesetengah orang. Setiap kali anda habis membaca sebuah buku, pasti ada perkara yang ingin anda luahkan. Contoh paling mudah, bagus atau tidak buku tersebut. Berbaloi ke anda beli buku itu, dapat pengajaran yang berguna atau tidak.

"Jom LIKE page kami Theulatbuku. Banyak info menarik tentang buku akan kami kongsikan"

Bila kita cuba menjawab persoalan sebegini, jawapan tersebut sekiranya disusun rapi akan dapat menjadi sebuah ulasan yang cantik. 

Ulasan bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesebuah karya, sebaliknya mengangkat karya tersebut ke suatu tahap yang lebih baik. Tanpa sebuah ulasan, bagaimana seorang penulis dapat mengetahui tahap penerimaan masyarakat terhadap hasil nukilannya. 



Pada pandangan saya, sekiranya sesebuah karya tidak pernah dikritik ianya seperti tidak pernah dibaca. Sungguh rugi sekiranya hasil penat lelah sang penulis hanya dipandang sepi. Kritikan dan ulasan menunjukkan pembaca itu peka dan mendalami setiap karya yang dibaca. 

Ulasan yang baik seharusnya merangkumi segala aspek seperti cetakan kulit buku, bahasa yang digunakan, jalan cerita, watak, konflik, ketepatan fakta dan tatabahasa. 

Format ulasan gaya Theulatbuku:
  • apa faktor yang menarik perhatian dan mendorong buku tersebut dibeli
  • pandangan pertama bila terpandang pada buku tersebut (is like love at the first sight)
  • tentang penulis karya - pernah baca karya beliau yang lain? atau pernah dengar / baca komen orang lain tentang penulis dan buku beliau.
  • sedikit sinopsis tentang jalan cerita (jangan bagi spoiler ya)
  • komen tentang watak - the good & the bad point
  • komen tentang konflik - the good & the bad point
  • Cadangan untuk penambahbaikan




Salah satu buku yang boleh dijadikan rujukan untuk contoh - contoh ulasan buku yang baik ialah "Ulasan Buku". Buku ini disusun oleh Anuar Manshor dan diterbitkan oleh ITBM. Dalam buku ini anda boleh lihat contoh bagaimana sesebuah ulasan ditulis.



No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...