KELEBIHAN MEMBACA BUKU SECARA FIZIKAL



Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa sekarang telah mewujudkan pelbagai platform alternative seperti e-book. Namun begitu, buku fizikal masih diminati ramai. Apakah kelebihan membaca buku secara fizikal? 

Berikut adalah kelebihan membaca buku secara fizikal menurut Abigail Wise dalam tulisannya bertajuk 8 Science-Backed Reasons to read a (real) book.

1) Meningkatkan kebijaksanaan

Dalam setiap bahan bacaan, pasti ada ilmu yang akan kita perolehi. Seperti tulisan Dr. Seuss, “The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.” Membaca sebuah buku ibarat meneroka dunia pengetahuan tanpa sempadan. Dengan membaca kita akan dapat menambah kosa kata dan meningkatkan keupayaan bahasa. Ianya sekaligus membantu kemahiran bacaan kita menjadi lebih baik.

2) Merehatkan minda

Penyelidikan menunjukkan bahawa membaca boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Satu kajian pada tahun 2009 oleh penyelidik Sussex University menunjukkan bahawa bacaan boleh mengurangkan tekanan sebanyak 68 peratus. “It really doesn’t matter what book you read, by losing yourself in a thoroughly engrossing book you can escape from the worries and stresses of the everyday world and spend a while exploring the domain of the author’s imagination,” cognitive neuropsychologist David Lewis memberitahu The Telegraph.


3) Membaca sebelum tidur

Membaca sebelum tidur adalah satu cara untuk merehatkan diri. Ianya memberi isyarat kepada badan untuk berehat. Sikap masyarakat digital yang gemar bermain gadget sebelum tidur adalah tidak baik dan patut dielakkan. Jika anda lihat kembali, banyak filem pada masa lalu yang menunjukkan babak di mana ibu atau bapa akan membacakan buku cerita (bedtimes stories) kepada kanak-kanak untuk membantu mereka berehat dan mendapat tidur yang nyenyak.



4) Membaca membina empati

Membaca buku-buku fiksyen khususnya akan membantu anda memahami emosi dan fikiran orang lain. Karya fiksyen kebanyakkannya akan menceritakan tentang emosi manusia dalam sesuatu keadaan secara mendalam. Bila kita membaca buku, ianya secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran kita dalam memahami sifat dan perangai manusia masyarakat sekeliling. 


5) Membaca meningkatkan daya fikiran

Membaca secara berterusan akan meningkatkan daya ingatan dan memberi otak anda kerja yang baik. Bila usia semakin meningkat, daya ingatan dan fungsi otak akan mula menurun tetapi membaca akan membantu memperlahankan proses tersebut. Ianya juga membantu menjadikan minda anda lebih tajam dan mengurangkan risiko masalah mental.



5 comments:

  1. AM masih mengamalkan membaca secara fizikal!! Boleh main stop2 & mark bahagian mana yg belum dibaca, bahagian mana yg menarik & bahagian mana yg boleh dikongsi.. membaca jambatan ilmu!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni saya sedang beralih arah sikit sikit ke arah buku digital. Sebab utamanya, saya selalu bergerak sana-sini. Jadi saya perlukan buku digital. Tapi keseluruhannya, saya lebih suka buku fizikal sebab terasa macam betul-betul sedang membaca bila baca buku fizikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku digital mudah dibawa ke mana saja. Boleh download dalam smartphone atau tab. Salah satu pilihan juga. Selamat membaca tuan, :)

      Delete
  3. Antara membaca buku fizikal dengan buku elektronik yang mana lebih fokus.

    ReplyDelete

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...