Tajuk: Puteri
Naga Tiberius
Penulis : Sri
Rahayu Mohd Yusop
ISBN:
978-967-369-366-5
Terbitan: Penerbit
X
Tahun Terbitan:
2017
PUTERI NAGA TIBERIUS
Puteri dan naga adalah 2 gabungan
yang pelik. Biasanya kalau puteri, mesti digambarkan dengan kecantikkannya,
sopan santun dan lemah lembut. Jadi puteri apakah ini yang ada kaitan dengan
seekor naga?
Novel terbitan Penerbit X ini adalah
hasil nukilan penulis yang diberi nama Sri Rahayu Mohd Yusop. Kulit buku yang
berwarna coklat cair dengan lukisan seekor naga bersama seorang perempuan di
atas gunung nampak simple tapi punya daya tarikan tersendiri. Gabungan ini
telah berjaya menambat hati saya untuk memiliki naskah ini.
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan tentang
Sula seorang gadis hamba. Dia mempunyai keunikan yang tidak diketahui orang
lain. Dia mampu membezakan perkara baik dan jahat. Tuannya Bregheda telah
mempergunakannya untuk menghasilkan racun yang mampu membunuh. Racun adalah
salah satu ilmu gelap yang diharamkan dalam undang-undang Kerajaan Tiber.
Dia nekad untuk melarikan diri
dari rumah tuannya itu. Matlamat Sula, dia tidak ingin lagi menggunakan
tangannya untuk membunuh sebaliknya dia ingin menjadi penyembuh. Sula ingin
bertemu dengan Si Tua Emery di Tasik Magor.
Putera Basilius adalah bakal
pewaris tahta Kerajaan Tiber. Sebagai seorang bakal maharaja, baginda telah
dilatih dengan berbagai kemahiran sejak dari kecil lagi. Hati mudanya
memberontak ingin keluar dari istana emas ini. Satu hari Putera Basilius nekad
untuk lari dari istana. Baginda memerintahkan mimiknya Hura menyerupai
baginda untuk mengelakkan kehilangannya dicurigai.
Namun gurunya Mebrune telah
mengetahui muslihat yang digunakan. Dek kerana dia telah masak dengan perangai
Tuan Putera, Mebrune melepaskan baginda pergi dengan berkata “Patik beri tuanku
satu hari dan satu malam, sebelum tuanku pulang ke istana dalam tangisan.”
Dengan matlamat pelarian yang berbeza
takdir telah menemukan Sula dan Putera Basilius. Pelbagai cabaran dan rintangan bakal mereka tempuh. Berjayakah mereka mengharunginya? Sila dapatkan dan baca novel ini untuk
dapatkan jawapannya.
APA PENDAPAT SAYA TERHADAP BUKU INI
Tabik spring pada penulis kerana
berjaya menarik perhatian saya dari prolog lagi. Habis sahaja baca prolog, hati saya seperti ditarik oleh satu kuasa magnet untuk meneruskan bacaan.
Bab-bab seterusnya disusun dengan
sangat kemas. Penulis berjaya merungkai setiap watak dengan teliti. Semakin
dibaca, perkembangan cerita dan watak bertambah jelas. Ianya ibarat menaiki bot
menuju sebuah pulau. Semakin hampir ke destinasi dituju, makin jelas kecantikan pulau itu
kelihatan di depan mata.
Satu lagi keunikan novel ini,
setiap bab akan dimulakan dengan puisi, lagu ataupun madah yang berkaitan
dengan bab tersebut. Jadi secara kasar, pembaca sudah diberikan hint awal
tentang bab tersebut. Apabila selesai membaca, kita akan dapat memahami maksud
puisi, madah atau lagu yang ditulis pada awal bab itu.
Cerita ini boleh dibayangkan
seperti movie Lord of the Rings atau drama Merlin, tapi jalan cerita dan
wataknya mampu berdiri dengan sendiri hasil garapan penulis. Ada makhluk pelik
yang Sula jumpa seperti Ular Seraphin, keluarga naga Tiberius, orang bunian dan
macam-macam lagi. Setiap watak muncul pada masa yang tepat.
Penjelasan penulis tentang sistem
nama dalam Kerajaan Tiber sangat teliti. Ianya telah diceritakan dengan
terperinci beserta contoh. Pemahamam tentang sistem ini perlu untuk membantu
pembaca mengenali setiap watak dalam cerita ini. Bila kita faham, secara
automatik kita boleh meletakkan taraf setiap watak yang muncul.
Salah satu plot yang agak
mengagumkan ialah perihal seni bina istana Kota Tiberius. Deskripsi binaan
istana itu mengingatkan tentang kehebatan kaum tsamud umat Nabi Salleh yang
mahir menukang dan mengukir. Sementara binaan taman-taman istana dibayangkan
seperti keindahan Taman Tergantung Babylon.
CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN
Pertempuran di makam diraja
antara Putera Basilius dan Raja Angas pada saya adalah pertarungan hebat.
Sayangnya gambaran pertempuran tersebut kurang menyerlah dan agak kurang
garapan bagi memberikan impak kepada pembaca.
Keputusan Sula untuk menggunakan
kuasa tongkatnya pada waktu tersebut adalah tepat. Namun, sebagai pembaca saya
tidak dapat merasai kesedihan dan kepiluan yang dilalui oleh Sula yang
menyebabkan dia membuat keputusan sebesar itu. Ini kerana keputusan yang
diambil Sula bakal merubah segala yang terjadi dalam kehidupannya.
Penggunaan universiti dirasakan
sedikit janggal. Mungkin kalau guna satu istilah lain yang lebih unik pasti
lebih menarik.
Watak Bregheda dan suaminya
Raksasa kurang mendapat pendedahan. Mereka adalah tuan kepada Sula, yang pada
saya perlu ditonjolkan kejahatan yang telah mereka lakukan. Namun kisah mereka
tidak banyak digarap dengan baik dalam keseluruhan cerita.
KESIMPULAN
Ya, saya ingin melahirkan rasa
kagum kepada puan penulis yang berjaya menghasilkan karya sehebat ini. Genre
karya sebegini agak jarang dihasilkan. Pengakhiran kisah ini seperti
menggambarkan bakal ada sambungan. Benarkah puan penulis? Jika ada, tak sabar
menantikannya.
Novel ini memang tidak rugi untuk
dimiliki dan dibaca. Bahasa yang digunakan sangat indah dan tidak membosankan.
Anda mencari-cari karya yang berbeza, maka PUTERI NAGA TIBERIUS adalah jawapan
yang tepat. Karya epik-fantasi yang membawa kita mengembara ke satu dunia lain.
~Realiti di alam fantasi~
Terima kasih sudi baca & reviu dengan terperinci. Semua poin saya ambil maklum.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca ulasan kami. 1
Deletewow baca review pun dah tertarik ^_^
ReplyDeleteterima kasih. Jalan cerita novel ni best, tak rugi baca.
Deletecerita yang menarik, review pun best
ReplyDeleterecommended buku ni, bahasa yang digunakan pun sangat cantik. :)
DeleteNovel amat menarik. Tahniah kepada penulis. Harapan agar ada kesinambungan dari cerita ini.
ReplyDelete