Book Review #10: Jika Aku

Tajuk: Jika Aku
Penulis: Anna Lee
ISBN: 978-967-13211-9-5
Terbitan: Prolog Media
Tahun terbitan: 2017




Seorang lelaki dan perempuan berdiri ditengah padang, saling berpandangan. Apakah bicara mereka? Jika aku dapat meneka apa yang bermain diminda mereka berdua, adakah ianya satu keistimewaan atau ketulahan? 

Begitulah yang aku boleh gambarkan bila mana melihat cover buku ini. Ilustrasi yang ringkas tapi penuh makna tersembunyi. "JIKA AKU" seperti satu angan - angan. Dulu masa sekolah, aku ingat akan ada satu jenis karangan seperti " Aku sebatang pensel", "Aku seekor lebah". Kita membayangkan diri dalam satu bentuk atau suasana yang lain. Ekspresikan diri anda.

JIKA AKU sebuah kisah yang unik dalam suasana yang sangat dekat dengan kehidupan harian kita. Unsur dan tempat yang digunakan seperti komuter, KL Sentral, Uber dan usha orang dalam train adalah satu yang kebanyakkan orang pernah lalui. Hehehe, aku pun dulu masa mula - mula bekerja ulang alik dari Rawang ke Kelana Jaya menaiki komuter dan LRT. Bila baca kisah ni, rasa macam mengimbas kenangan sangat. 



Ok, meh aku story sikit sinopsis novel JIKA AKU ni kat korang. Mengisahkan Teja seorang gadis yang ada kelebihan luar biasa. Dia boleh dengar apa yang ada dalam fikiran orang lain. Jadi hidup dia sangat serabut dengan suara dari benak orang lain. Macam - macam dia dengar dan di jelak dengan semua fikiran manusia. Oleh itu, dia akan pastikan earphone sentiasa di telinganya. Satu hari, dia ter'usha' sorang jejaka ni. Tertarik dengan jejaka misteri ini, Teja seperti mendapat motivasi di pagi hari. Dia memberanikan diri untuk mendekati, tetapi itu hanya menghancurkan jiwanya. 



Konflik bermula, pelbagai persoalan mula wujud. Dalam kotak fikiran aku punyalah banyak ? ? ? ? ?. Aku dah rasa macam Teja. Mula keluarkan assumption sendiri. Sambil baca, sambil fikir apa jawapan kepada setiap misteri yang ada. Takkan hero jahat kot? Tapi apasal dia pun macam suka je kat Teja tu? Entah - entah diorang ni kawan sekolah? Nampak tak, aku cuba buat plot cerita aku sendiri hahaha. Marah Anna Lee nanti, aku suka hati ubah cerita dia dalam otak aku. 

Dapat sign dari penulis sendiri, happy tak terkata. Bukan senang nak dapat :)


Hidup tak selalunya indah, dalam aku syok - syok  dibuai dengan jalan cerita yang aku duk follow dari awal...tiba tiba plot cerita bertukar 360 darjah. ??? mula memenuhi semula benak fikiran. Kenapa ini semua terjadi? Adakah yang jahat sememangnya jahat? Betul ke Teja ni seorang mind reader? Siapa sebenarnya Puan Lola ? Apa sebenarnya yang jadi pada Pak Long Teja. Dimana semua kebenaran ini tersembunyi. Sememangnya novel ini bukan buku yang korang boleh baca bab depan, skip then baca bab belakang je. Confirm korang tak faham. Jadi sila baca perlahan - lahan dari halaman 1 sehingga halaman 341. Baru kebenaran akan tersingkap. 

Dapat bookmark juga, bukan 1 tapi 2. Tq Prolog Media


Di sini aku nak selitkan sedikit komen, secara keseluruhan aku suka novel ni. Unpredictable twist, bukan sekali tapi 2 kali. Bukan sesuatu yang mudah, tahniah untuk penulis Anna Lee. Cuba aku rasa organisasi misteri yang menjadi dalang dalam beberapa kejadian not strong enough. Bagaimanapun perlu diingat, ini novel cinta fantasi. Jadi kewujudan cerita tentang organisasi ini hanya side dishes. Tidak mencacatkan keseluruhan storyline novel ini. Aku ada terpikir, kalau cerita pasal organisasi ni di thriller kan best jugakan.

Akhir kalam, aku nak pecah rahsia, cerita ni akan putar belitkan fikiran korang berkali - kali. Bersedialah untuk menghadapinya. Jangan korang keliru kerana "HANYA KEBENARAN JALAN KELUARNYA"





No comments:

Post a Comment

Ingin baca E-Book secara percuma? Ini aplikasi yang anda boleh muat turun.

Aplikasi e-book kini menjadi alternatif kepada pembaca buku. Selain dari mudah untuk dibawa ke mana saja, e-book juga menjadi pil...